Thursday, March 17, 2011

Multi - Tasking

Kepada mereka yang bakal graduate dan mahu terjun ke dunia pekerjaan. Bagi yang nak kerja dalam lab, selaku manager or ketua lab, sama ada dengan kerajaan atau swasta (terutamanya kerajaanlah, pasal aku kerja ngan gomen...), tahukah anda bahawa apa-apa jua kelulusan sarjana muda/sarjana/PhD sains anda adalah tidak mencukupi untuk menanggung beban kerja sebagai seorang ketua lab (pegawai sains or pegawai penyelidik)?

Kenapa?

Kerana anda perlukan lebih daripada satu ijazah sahaja untuk menjadi ketua lab yang berjaya. Mari kita tengok apa lagi bidang-bidang lain yang perlu anda master-skill kan sebelum anda boleh benar-benar menjadi seorang ketua lab yang berjaya, berintergriti, dan kacak macam saya...


Penulisan/Bahasa/Sastera

Salah satu task utama aku bila mula kerja adalah men-translate teks-teks method dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Tanpa kesabaran yang tinggi, pengalaman yang luas dan tatabahasa BM dan BI yang tinggi, agak mustahil untuk menyelesaikan tugas ini dengan sempurna. Nanti jadilah kekeliruan tentang istilah 'On' sebagai 'Buka' dan 'Open' juga sebagai 'Buka', manakala 'save your document' akan menjadi 'selamatkan dokumen anda'...


Architecture

Perlu dalam merangka sebarang renovation ataupun pembangunan lab baru. Kadang-kadang kita sendiri yang kena buat blue print...

Engineering/Technician

Dalam keadaan ketiadaan budget, alat-alat yang rosak mungkin terpaksa dibaiki sendiri. Kadang-kadang juga harus mengambil tindakan terhadap wiring yang faulty, merangka wiring baru jika ada renovation yang akan dilakukan dan hal-hal berkaitan. Kadang-kadang plumber pun kena jadi jugak...

Akaun

Sangat penting pada penghujung dan awal tahun dalam membuat budget dan mengira perbelanjaan untuk lab. Terutamanya apabila budget di-cut down sebanyak 80% oleh kerajaan...


Psikologi

Bidang yang paling sikit pegawai-pegawai baru kuasai. Macam mana nak ambik hati bos, macam mana nak ambik hati senior, macam mana nak ambik hati colleague, macam mana nak ambik hati anak buah... Semua ni kena tahu, jika tidak anda akan dimusushi semua orang dan kerja anda jadi sangat tak tenteram. Ini membawa kita kepada kemahiran seterusnya iaitu...

Politik

More like high school politic jugak. Who ever more popular, get the better power, hu-HA! Kena berhati-hati dengan permainan tikam belakang dan bodekan terhadap bos. Kadang-kadang kena pandai-pandai divert attention orang yang kita annoyed dengannya agar dia tak menyusahkan kita secara langsung atau tidak. untuk itu, kemahiran seterusnya adalah perlu, iaitu...

Diplomatik

Ini amat penting supaya anda tidak menanggung:

a) kesalahan orang lain

b) kerja orang lain

Apa yang boleh anda buat ialah, siapkan kerja anda dan hanya kerja anda sahaja. Buat betul-betul, tapi jangan buat semuanya dengan perfect. Kiranya konsistensi turun naik jugaklah. Tapi kena hati-hati, jangan sampai tak konsisten sangat-sangat, nanti anda terus tiada kerja (baca: kena buang).

Kalau ada orang lain minta anda ambil alih tugas mereka, kaji dulu kepentingan tugas tersebut, jangan sampa kerja sebenar anda tak siap dan anda dipersalahkan atas kerja orang lain... Naya!

Satu lagi, perlu sentiasa beringat dan pastikan orang bawah anda mengutamakan kerja hakiki mereka dan tidak terlalu fokus kepada perkara-perkara sampingan lain seperti MLM dan jual tupperware atau kain batik.

(btw, siapa nak beli baju batik T'ganu, ada 3 helai dengan aku, kontek melalui E-mail, area Lembah Kelang sahaja, Lelaki sahaja, maaf...).

Perguruan

Seperti mana seorang guru besar yang harus memastikan sekolah berjalan mengikut Standard Operational Procedure, sebagaimana seorang guru disiplin yang harus menjaga disiplin kerja anak-anak buahnya, sebagaimana guru kaunseling yang sentiasa kena memberi motivasi dan nasihat kepada staf bawahannya, sebagaimana cikgu-cikgu sains yang kena mengajar basic sains kepada pembantu-pembantu makmalnya, dan sebagaimana guru kelas yang kena menanda kertas-kertas exam mereka...

Kesetiausahaan

Anda bos, anda jugalah setiausaha anda sendiri (dan juga bos anda).

Kalau anda sebelum-sebelum ini seorang yang selekeh dan gagal menyimpan sesuatu secara teratur, sudah tiba masanya anda mula mengorganisasikan hidup anda...

Planner

Yang ni paling penting, which I am worst at...

Seni mempertahankan diri

sentiasa penting ni... siapa cakap tak penting? hu-HA!!


sampai sini dulu kali ni, kalau ada lagi, aku sambung la siri ke-2 bila-bila aku suka... haw haw haw!!


T/t: how can they say, Jenny would you comeback home? Cause every body know you don't! Ever want to come back, let me be the one to save you!

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL