Crash the Wedding!!
Apabila anda mempunyai teknologi canggih, iaitu Global Positioning Arina's System (GPAS), untuk menunjukkan arah, anda harus yakin dengan setiap arahan yang diberikannya tanpa sebarang alasan! Walaupun sudah terang lagi bersuluh yang arah yang ditunjukkannya adalah salah, arah itu tetap harus diikuti kerana ada kelebihannya yang tersendiri...
Ya, GPAS memang Power!!
Seperti yang aku nyatakan di entri sebelum ini, hujung minggu lepas aku ke Melaka kerana menemani (lebih kepada menjadi driver sebenarnya...) Apek Botak memenuhi jemputan kahwin seorang ex-coursemate beliau di Johor. Kononnya, kata si Apek Botak ini, mereka amat rapat berdua kerana mereka agak tidak sehaluan dengan rakan-rakan kursus mereka yang lain. Mentang-mentanglah ambil course law, terus berlagak... kata Apek Botak, bukan aku yang cakap...
So, kira-kiranya kawandengan sangat baiklah, kira cam dah ada skandal dah (kononnya...) Sebelum ke majlis kahwin yang diadakan di Muar, kami singgah di Melaka, rumah salah seorang junior aku, si Ratu Kucing, Arina. Kiranya dah one way tu, pergi la melawat sekejap, jumpa-jumpa dengan famili dia yang terdiri daripada si sombong Putih, si gebu Chiki dan suaminya yang baru dikahwininya iaitu si Au (tak silap aku, itulah yang Arina sebut) dan jugak nenek moyangnya iaitu si Amil (Comel)...
Oh, kami juga ada berjumpa dengan ibu, kakak-kakak dan adik si Arina dirumahnya. Ibu dan kakak sulungnya hingga sempat melakarkan peta untuk ke tempat destinasi majlis perkahwinan tersebut dengan peta yang sebenarnya hampir kesemua daripada kami tidak memahaminya...
Mujur ada Google map, Alhamdulillah...
Berikut merupakan akaun perjalanan kami yang diceritakan sendiri oleh Apek Botak dalam komen beliau terhadap album gambar di FB salah seorang daripada ahli rombongan tersebut. Tiada satu ayat pun diubah dan ianya di-copy-paste secara terus dengan pemberitahuan empunya diri. Walaupun telah diberitahu akan digunakan disini, tidak pula penulis ingat sama ada Si Apek Botak ada memberi kebenaran atau tidak...
Ah, biarlah! What worse could happen? He's just a PhD Law's student, anyway...
"Lepas rumah Arina.... Gi muar wedding best friend!!! Kecoh kat situ!! Gara2 renjis tu bikin malu!!! Then minta pula telur banyak-banyak (si) seterika (nota tIZc: nama gelaran salah seorang ahli rombongan kerana namanya di FB ada iras-iras bunyi seterika...) tu!!!
Habis wedding.. gi dataran pahlawan pula.. Hujan tetiba!!! Terjumpa sarinah (tIZc: salah seorang geng Taekwondo kat Universiti dulu. Oh, aku lupa bagitahu yang join rombongan ni kesemuanya dari team Taekwondo U aku dulu...). [bukan..silap..dia terjumpa aku dulu hehe]. so terpaksa lepak kat mall.
sekali (hujan) berhenti.. gi balik (ke)A'famosa then Jonker Street. Bajet (stay) sejam. Pukul 9pm patutnya blah. habis shop dah jam 11 dekat 12am [boleh tak!!]. Then gi makan ikan bakar!! [damn..is cheap and delicious]. makan plus gossip2 [kalau dah jumpa kaki gossip..inilah jadinya]. terlupa masih kat Melaka [ingat dah kat Bangi].. Gossip tak ingat dunia!!!
Nearly 1.00 am, balikb then lalu Kampung Kandang (rumah si Arina) lagi. Naluri ibu terhebat. tetiba mak arina called!! Rahsia terbongkar, masih kat Melaka lagi!! Sudahlah bising kat kereta, pesan mak cik..." jangan happening sangat.. ingat doa dalam perjalanan pulang!!" [sentap kejap...cepat2 kami org berdoa].dah bajet mantap sangat boleh keluar dari pusat bandaraya Melaka..
Sekali travel agent:"ikut kiri..."[ dengan nada 100% pasti padahal sign board depan mata (tulis) KL sebelah kanan]. Apa boleh buat... dah travel agent org Melaka!!! Ikutlah (kitorang arah) kiri.
tetiba Poixon (tIZc: nama FB si Apek Botak) : "rasanya sebelah kanan" [tak de orang caya sebab orang Borneo manalah tau apa2..haahahahaa]. (Tapi) makin jauh dr pangkal jalan, masuk pusat bandar, terus travel agent diam tak bersuara!!
Terpaksalah round pusat bandaraya tuk kali ketiga!!!
MANTAP sangat travel agent ni!!! [NO OFFENCE..hehehee]. (Apabila akhirnya)sampai (lagi) simpang yg sama...dan kali ni, NO MORE KIRI OK!!! kanan pula!!!
sampai-sampai rumah dah dekat pukul 4am. Dalam perjalanan ada lah buat sesuatu yg KEJI sangat-sangat-sangat!!! Hanya budak-budak dalam kereta saja yg tau!!!
Thats what we call ONE DAY TRIP!!! (It) is really almost one day full!!! Bak kata semua pula: kalau dah kena pada gang-gang satu kepala, jalan satu hari pun tak rasa penat!! (tIZc: ....) AKU SETUJU!!! hehehehee~
thanks to talkIZcheap! (bukan nama sebenar) sebab BAIK SANGAT!!! Setuju kan semua??
Semua jalan Melaka habis kena jalan!! Sebab dari pagi nak gi rumah Arina dah mula sesat jalan... Sampailah balik dari Melaka pun tak leh keluar-keluar dari Melaka (sesat punya fasal) !! Inilah pentingnya kalau ada travel agent asal Melaka!! semuanya jadi "senang"~"
Disclaimer: Segala ayat adalah di-copy-paste terus daripada komen si Apek Botak dari FB, dengan sedikit penerangan (dalam kurungan) mengenai fakta-fakta berkaitan, dan sedikit pembetulan ejaan bagi perkataan-perkataan yang mungkin sedikit terkeliru makna sebenarnya. Biasalah, keyboard setiap orang adalah berlainan, dan typo juga adalah berlainan...
T/t: Amacam? artikel macam ni agak-agak boleh masuk majalah Rokes ke tak, hah?? :p
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL