Pakcik aku masuk hospital. Dan dia kena bedah buat bypass.
Basically dia punya gaya hidup amat sihat. Ok, agak sihat...
Selalu jogging, tak merokok. For someone on his late 40s, he's quite in a good shape. Things happen though, suatu petang lepas dia balik kerja, maid dia tengok dia terhuyung-hayang dah macam nak pengsan. Maid call wife dia, makcik aku and then, pung pang pung pang, nak dipendekkan cerita [padahal aku tak tahu detail cerita...], pergi lah check dengan doktor.
Doktor cakap dia ada 4 blockage dengan 3 di arteri. Salah satu blockage memang dah tersumbat habis. Tapi agak pelik, kata doktor, sebab pakcik aku tak tunjukkan konvensyional simptom, yakni seperti sakit dada, semput dan letih-letih. Dari apa yang aku dengar sikit-sikit hasil perbualan makcik aku dengn mak aku [yang fly dari KB ke KL] ialah jantung pakcik aku bagaikan mengalami sedikit 'pengubahsuaian' bagi membolehkan darah dipam keluar daripada jantung melalui salah satu salur yang sepatutnya adalah untuk mengepam darah masuk. Entahlah, aku tak berapa faham sangat pasal aku tak dengar betul-betul explanation makcik aku tu...
Then, aku pergi jumpa beliau bersama-sama dengan mak dan seorang lagi pakcik aku pada Ahad lepas. Actually, dia nampak sihat, almost nothing happen. Bila dia dibawa ke ICU orientation [masuk ICU ni ada orientasi jugak rupanya, ingatkan masuk U je ada...], dia ditawarkan untuk dibawa dengan wheel chair, tapi beliau menolak kerana berasa cukup sihat untuk berjalan sendiri. Lagipun orientasi tu, bukannya ambil masa lama sangat pun...
Then pagi semalam dia dibedah, dan sekarang berada dalam wad ICU hingga entah berapa lama, bergantung kepada pemerhatian doktor. Aku harap dia tidak terkena infection after operation, tu je...
Tapi awal-awal lagi doktor dah cakap yang risiko pakcik aku amat rendah, terutamanya diambil kira faktor gaya hidup beliau. Namun disebabkan sejarah famili, menyebabkan benda ni terkena kepadanya.
Ya, family history! How fucking scared!!
Pakcik aku ni, dalam ramai-ramai pakcik dan makcik aku adalah yang mempunyai hidup paling eratur sekali. Jangankan dia, anak-anak dia (sepupu aku) pun hidup dalam jadual yang teratur. No commentlah pasal keketatan jadual diorang pasal aku tak pernah dengar diorang complaining. Nampaknya diorang cam ok je (3 beradik) dengan sistem ayah diorang. lagipun bukan dapat keburukan pun. Badan sihat, boleh asah banyak bakat terpendam pulak tu. Sukan, muzik, pelajaran. Pilih je mana berkenan kelak untuk dijadikan karier path, contohnya.
So, macam mana dia boleh terkena sakit jantung? Macam mana dia boleh ada blockage dalam salur jantung dia?
First ialah family history, which mean genetic, something I've graduated with at the university before... Next is pemakanan. Pemakanan kena jaga! Apa-pa penyakit pun kebanyakannya berpunca daripada makanan jugak.
WE are what WE eat, aren't we??
Berbalik kepada family history tadi, tak semestinya hanya kerana datuk dan ayah korang pernah kena heart attack, korang pun pasti akan kena, tapi the chance is high la... Depend pulak dengan situasi datuk dan ayah kamu dengan kamu sendiri. Adakah kamu merokok? Bagaimana dengan ayah kamu? Ja ga makan? ada bersenam? Hidup dalam persekitaran yang bagaimana? Ada stress kerja? STRESS!!
Itu adalah kata kunci buat pakcik aku. bagaimana seorang yang tak merokok dan bersenam secara kerap boleh terkena serangan jantung? Muda lagi, 47 tahun [kot...]. Jawapannya adalah stress!
Hendak dijadikan cerita, it's running through the family history. Rupanya kami-kami ni tak boleh stress-stress sangat, nanti risiko terkena sakit jantung tu meningkat pula. kalau yang dah ada gaya hidup sihat pun kena, yang macam aku ni...
Dah la penggila nescafe!
So, aku nekad, lepas-lepas ni aku nak kawal kadar stress aku! Lepas tu, aku akan kurangkan makan lewat malam dan minum Nescafe secara berlebihan, unless dibancuh sendiri [bukan dengn 3 in 1]!!
Ini semua harus dilakukan kerana aku seorang yang sangat tidak konsisten dalam ber-eksesais!
T/t: I've got a bulletproof heart! You've got a hallow point smile! We had our run away scarves, got a photograph dream on the getaway miles...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL