Friday, March 18, 2011

Hujan

Aku berfikir sendiri, macam mana nak basuh baju kalau hujan asyik turun macam ni...

Akhir-akhir ni hidup aku bagaikan tunggang terbalik. Ada mesyuarat 'management review' yang membentangkan kemajuan dokumen-dokumen untuk pohon ISO untuk lab aku. Kiranya persediaan untuk meeting ni dah cecah empat minggu jugak. Dah la meeting ni kiranya men'define'kan keseluruhan tahun pertama aku dalam kerja ni...

Hujung minggu lepas, atas permintaan apek botak, aku menjadi pemandu beliau pergi majlis kawen 'skandal' (konon) beliau masa undergrad dulu ke Melaka. Penat jugak. Esoknya, aku kena ambil mak, pakcik dan adik aku dari LCCT ke Hospital Pantai KL. Macam gampang juga apabila kita tak tahu jalan sangat, and then, nak elak jem punya pasal, ikut GPS pakcik aku pusing-pusing ["turn left, turn right, ter-rus...] entah sampai mana...

Nasib baik sampai!

Seperti yang aku bagitahu dalam dua entri lepas, pakcik aku masuk hospital untuk operate bypass jantung. So far ok, tiada komplikasi dan masih dalam wad untuk observation, but I guess, until this entry is written, nothing serious happened. Kecuali heart beat dia senang naik disebabkan anxiety, katanya, masa aku melawat dia petang tadi... So, doktor bagi dia ubat untuk kontrol anxiety dia la...

Agak penat jugak when you live fast just to die slow...

Minggu ni aku akan ke Melaka sekali lagi, untuk reviving 'karier' aku selaku juruletih Taekwondo, lepas tu, Isninnya akan ke Besut untuk meeting seksyen aku, selama 4 hari... Harap-harap Jumaat depan boss diluluskan cuti aku, huhuhu...

Insya-Allah kalau sempat, aku akan tuliskan entri "Hujung Minggu Saya" yang akan memperkenalkan penulisan asal Apek Botak, hasil komen berbentuk diari beliau di album gambar di Fesbuk mengenai what happen in Melaka hari tu. So, bagi penggemar !Trash Talk!, bersedialah! Dan bagi pencinta bahasa, beredarlah... kah kah!

And then, selepas aku pulang dari Besut, mungkin, aku akan tulis pula pasal "Hujung Minggu Saya II" mengenai apa-apa peristiwa yang berlaku sepanjang aku menjadi juruletih di Melaka nanti...

OK, aku nak bersiap pergi training, dan mungkin kena ambik adik aku dari Ipoh (first time drive kat KL) yang nak melawat pakcik aku tu, lepas training malam ni. Esok pukul 9am dah kena gerak ke Melaka...

Bila aku nak basuh baju ni??

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL