Wednesday, January 26, 2011

Tarikh Naik

Member aku punya anak yang didiagnos dengan G6PD sudah dibenarkan keluar wad, sehari selepas entri sebelum ini ditulis. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Memandangkan doktor dah bagi balik dan mengingatkan si 'Z' agar berjaga-jaga dengan anaknya dalam setahun dua pertama umur bayinya itu, aku kira tahap penyakit anaknya adalah peringkat 3 ke bawah (3-5).

Rujuk entri sebelum ini jika tak faham...

Ada masa aku nak pergi tengok anak dia kat Shah Alam, lagipun Sabtu ni ada game Piala Sumbangsih kat Shah Alam..

Sudah sampai masanya aku tanya sepupu aku kot-kot dia ada tiket VIP lebih...

****

KL is a funny place, terutamanya tempat area aku bekerja. Di depan kompleks tempat aku bekerja ialah Jabatan Perhutanan, dan ironi dan strategiknya tempat itu adalah kerana area itu sememangnya boleh disifatkan sebagai hutan simpan dalam 'hutan konkrit' kota metropolitan ini.

KL dalam akhir tahun lepas dan awal tahun ini, atau lebih spesifiknya Disember dan Januari ini aku lihat tiada bezanya dengan Kelantan, dari segi cuaca. Membesar secara tetap, yakni tidak berhijrah keluar untuk lebih dari 3 minggu dari Kelantan selama 17 tahun, menyebabkan aku terbiasa dengan musim tengkujuh di Kelantan dari November ke awal Februari setiap tahun. Memang dalam subjek Geografi, kita diajar Monsun Timur Laut sampai ke Mac, tapi hakikatnya Mac biasanya sudah agak panas... Dah boleh start sepak bola kat padang sekolah dah...

Musim tengkujuh memang sejuk sampaikan aku kira dahulu kalau Santa Clause ada di Malaysia, maka rakyat Kelantan sahaja yang boleh memahami maksud sebenar white christmas, jika tidak dari segi suasana keputihan salji sekalipun, sekurang-kurangnya pada suhu dan cuacanya...

Jadi aku rasa amat ganjil apabila KL juga mengalami situasi serupa pada kali ini. Ia bagaikan meletakkan aku seperti berada di rumah kampungku (which explain kenapa aku susah bangun pagi kebelakangan ni...). Cuaca sejuk yang bagaikan out of it's place ini juga mengingatkan aku kepada kesan pemanasan global.

"...and people actually never believe and try to understand and feel what's happening.until they see the prove but at that time it's too late" ujar seorang kawan aku, pelajar PhD dalam hal ehwal iklim dunia...


Jangan main-main!


"ne lah serba sedikit impaknya...it's hard for our environment to handle the increment/changes of heat from ocean and land. So the climate can change very fast even in very few kilometer, contohnya ukm-hujan dan hentian kajang-xhujan.however...every phenomenon has it's on processes and factors. some more KL tu urban area so byk sumbangan tenaga kepada atmosfera...latent heat release, pollution dan sebagainya." sambung beliau lagi apabila aku mengungkitkan situasi di KL sekarang ini yang menyerupai suasana cuaca di Kelantan pada musim tengkujuh di Facebook.


Lalu aku mengambil keputusan, berdasarkan sains semasa, untuk tidak lagi mandi pagi kerana terlalu sejuk. Bayangkan melangut dalam bilik mandi selama setengah jam semata-mata nak ada keberanian menyimbah air ke badan dalam cuaca yang sebegini sejuk...


Patutlah punch card aku asyik merah je kebelakangan ni!


****


Aku juga hairan, kenapa talian internet snailmyx di ofis aku hanya menjadi laju apabila di luar waktu pejabat. Tak kisah lah sama ada sebelum atau selepas waktu pejabat, asalkan di luar waktu pejabat.


Dalam dunia yang dikuasai maklumat hari ini, agak ketinggalanlah jabatan aku jika pekerja-pekerjanya gagal mengakses maklumat mahupun berkongsi maklumat melalui e-mail dan lain-lain pada waktu pejabat, ye tak?!


Kena pula jika ada tugas yang memerlukan penggunaan internet secara segera mahupun kerap, menjadikan egala urusan agak tidak lancar. Lebih-lebih lagi dengna penggunaan sistem berasaskan internet. Dah lah sistem lembab nak mampus mengalahkan Snailmyx, susah diakses, dan mempunyai deadline yang melampau, menyebabkan benci aku pada talian internet ofis aku dan sistem jabatan kerajaan bertambah. Kalau kerja lambat atau tak siap, yang susahnya penjawat awam macam aku jugak, lagi kena dengar komplen orang awam pasal disiplin kerja penjawat awam ni teruk lagi, Apek Botak pun pernah marah aku kononnya bersenang-lenang kat pejabat wal hal time tu pukul 1, time rehat...


Orang awam selalu salah nombor buat panggilan masuk talian ofis aku dari pukul 1- 2pm, takde pulak aku nak maki diorang... huhu


So, demi memenuhi tuntutan kerja yang memerlukan talian internet, terpaksalah aku stay back lama-lama sikit dekat ofis, walaupun hakikatnya pegawai memang takde OT...


Takpelah, berkhidmat untuk negara punya pasal!!


Tapi aku selalu merungut mengenai talian internet ofis aku di Facebook setiap pagi!!

****

Bukan niat aku untuk membiarkan blog ini terbengkalai lama, bahkan setiap kali aku bersendirian, aku akan bermonolog, dan dari situ timbul idea-idea baru untuk menulis lagi di sini. Namun aku tidak punya komputer sendiri buat masa sekarang, dan seperti yang aku ceritakan di atas, talian internet hanya terhad di rumah sewa aku sahaja pada waktu malam.

Kekangan dengan beban kerja lebih membantutkan lagi hasrat aku untuk lebih aktif di sini, kadang-kadang sahaja mencuri masa pergi meninggalkan komen di sokernet dan bermain game di Facebook.

Namun aku kira, bilangan draft dalam dashboard aku menjadi bukti untuk diri sendiri bahawa passion itu masih belum hilang!

Tunggu sahaja entri-entri baru yang lebih berkisar dengan kehidupan harian aku yang bosan lagi membosankan, luahan pendapat mengenai perkara-perkara yang tak perlu kamu tahu, dan EPL Transfers Humour January edition...

Untuk sementara itu, doakan aku diberi kemudahan menyiapkan kerja-kerja ofis yang bertimbun sekarang ni...


T/t: this is not the end, this is not the beginning, the hardest part of ending is starting again...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL