Time ni adik aku dah bagi ayat Shin Chan, "Nasib baik kitorang yang bukak (selak), kalau pencuri, macam mana?" (sila translate ke loghat Kelantan, yer...) kat aku, ceh...
Dengan kepulangan diorang yang mengejut ni, secara automatiknya plan aku untuk semalam (nak pergi sembahyang Jumaat kat kat masjid sekolah lama aku) dan hari ni (ke golok) terbatal... Bukannya apa, malas la pulak nak berjalan bila ramai orang kat rumah, pasal kereta dah automatik menjadi 'untuk kegunaan keluarga'...
Now, what happen again if I plan things?
Tapi, sebagai ganti, petang tadi, aku ke PCB, family trip... pergi bakar-bakar ayam, dan waktu, sebelum balik tengok bola! Now, aku tak terlibat langsung dalam planning the trip, dan ini menjadi faktor penting dalam menjayakannya, hehehe...
Aku ajak sekali sepupu aku yang baru balik dari Ostrolia... ye la, dia sorang-sorang kat rumah dengan parents dia, adik-beradik semua kat KL atau Qatar, and dia kata nak datang rumah, so aku cakap, join je lah pergi piknik...
So, pergi lah kitorang (satu famili, aku bawak la kereta aku dengan adik laki aku sorang, orang lain naik Unser ayah aku, all and all, ada 10 orang semua, dua buah kereta) ke sebuah pantai yang menghadap Laut China Selatan...
beach boys and girls (aku di belakang kamera)
pembakar ayam (dan ikan) yang cuak...
Buat-buat muka tak bersalah... baru balik Kelantan je dah buat pasal...huhu
"Ostrolia takde paip pecah" ayat kaver malu...
Dia cakap lagi, kat sana, summer suhu lagi rendah (tak silap 10 degree?) tapi orang dah bukak baju...*damn!
Lepas tu, aku memang dah redi bawak bola, so, pergi la main kejap dekat beach ball court... bukanla court sangat, just ada tiang gol, dan tali yang jadi pitch border... Aku, adik aku dengan sepupu aku, pergi la sepak-sepak bola kat situ, sambil bajet ambik free-kick, corner dan penalti... bosan-bosan main la, katakan... Sekali, dah dekat pukul 7pm, datang seorang brader, dia cakap situ sebenarnya kena sewa untuk main... Tapi kitorang tak tahu la pasal takde sign board ke, pagar ke, nampak macam tempat terbuka untuk siapa-siapa yang nak main atau yang orang kampung buat je, sebab tu kitorang bantai je main, wakakak!!
kaki Beckham
Apa-apa pun, aku semakin yakin yang aku tak sepatutnya plan semua aktiviti aku, kalau ada orang ajak, pergi je... huhu
Aku juga semakin yakin untuk persediaan ke Stretford End untuk try out, sedikit masa lagi... untuk gantikan tempat Ryan Giggs...
T/t: Lets sing along - Glory Glory Paul Scholes!! -wish you were there
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL