Aku rasa sedikit bersalah kerana tidak mengemaskini blog ini sekerap yang aku pernah mahupun lebih kerap daripada sekarang ini. Memang senang memberikan alasan sibuk itu, sibuk sini dan mengabaikan blog ini, tapi hakikatnya, ketiadaan komputer sendiri yang membantutkan aku untuk menulis dengan lebih kerap... Maka dapatlah korang tengok aku cuma menempel link-link lagu yang tak guna yang bersepah boleh didapati di You Tube mahupun liriknya di internet, huhu...
Aku memang rasa bersalah terhadap mereka yang bersusah-payah menjadi 'Follower' aku, dan rasanya ini bukan kali pertama aku mengucapkan terima kasih. Sekali lagi, terima kasih kerana menjadi follower blog ini, atas apa niat sekalipun... Sebenarnya banyak perkara yang ingin aku tuliskan dekat sini, idea selalu datang terutamanya sebelum aku tidur, namun apakan daya, sebelum tidur aku dah shut down komputer (pinjam), dan amat leceh untuk 'on'-kan balik...
Aku juga sukar untuk memahami kenapa aku selalu mendapat idea yang mencurah-curah hanya seketika sebelum aku tidur, mungkin ini caranya alam menghukum aku untuk menjadi seorang yang insomnia lalu melewatkan aku ke tempat kerja keesokannya...
Kadang-kadang aku memikirkan tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan pun dengan aku, dan kadang-kadang aku memikirkan penyelesaian kepada pelbagai isu yang dunia masa kini hadapi secara global... Dan itu lah bahagian yang paling sukar kerana ia banyak menyebabkan malam-malam aku berlalu tanpa tidur...
Sebenarnya bukanlah memikirkan penyelesaian masalah global itu sendiri yang menghalang aku daripada tidur malam, namun sambutan yang diadakan terhadap aku setelah aku berjaya menyelesaikan masalah-masalah tersebut yang terlalu panjang dan mengambil masa sehingga semalaman lamanya...
Pun bagaimana walau, aku akan tetap berusaha untuk meluangkan lebih banyak masa untuk mengisi blog ini. Aku tahu bahawa kebanyakan orang akan mengatakan bahawa blog adalah milik pribadi, dan bagaimana tuan punya blog mahu mengemaskinikannya adalah entirely bergantung kepada mereka. Namun, aku bukanlah seperti orang kebanyakan... : P
So, kepada follower-follower aku yang dikasihi, ingatlah, anda merupakan inspirasi aku untuk terus menulis dan aku tidak akan mensia-siakan sokongan anda. Aku akan hadir dengan lebih kerap pada masa akan datang!
Cuma aku kenalah memberikan fokus aku kepada perkara-perkara yang lebih penting pada aku buat masa ini, iaitu seperti... err...
Habiskan main game di Facebook!!
T/t: they say that FB is closing is an hoax news, but... Let's not take our chance, right?? hehe : P
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL