Yeah!!
Jika kamu membaca entri ini, maka ketahuilah olehmu sesungguhnya blog ini sudah pun memasuki umur yang ke SETAHUN jagung!!
Yeah, dan Tahniah sekali lagi!!
Maka genaplah setahun ruangan cyber ini disepahkan oleh aku melalui blog ini. Entah apa-apa, aku pun tak tahu apakah kebaikannya yang diperoleh oleh orang-orang yang membaca 'belog' (pinjam perkataan kegemaran Hanis Zalikha, heh :p) ini... Tu pun kalau ada orang yang baca la...
Bukan niat aku untuk berkongsi tarikh lahir 'belog' aku ini dengan tarikh lahir Yesus Kristus (mengikut kepercayaan Kristian), tapi mungkin atas lahirnya rasa bosan yang teramat pada tarikh ini tahun lepas, aku memutuskan untuk "why not?"
(Iklan: untuk post pertama aku, sila klik sini.)
Hakikatnya, sampai hari ini aku masih tak percaya yang aku telah menulis kesemua entri dalam belog ini, walaupun diakui terdapat juga beberapa isi kandungan yang terlampau ringkas, dicedok dari sumber sekunder, tertier dan sebagainya, namun yang selebihnya lahir daripada inspirasi sendiri (melalui pelbagai sumber lain jugak!) yang aku kira memberi imej tersendiri terhadap 'belog' ini.
Memang aku amat jauhlah kiranya untuk dibandingkan dengan selebriti blogger yang lain yang jauh lebih terkehadapan, lebih matang dalam menulis 'belog' mereka, namun aku percaya yang setiap perkara boleh dipelajari, dilatih dan lama-kelamaan menjadi lebih tajam skill seseorang itu. Cuma kita perlu bersikap terbukalah dalam proses pembelajaran kita itu.
Ceh, apekejadah aku membebel ni? Aku kira 'belog' ini telah cuba untuk memberikan imejnya yang tersendiri dalam tahun pertama kewujudannya ini, dan dengan perkataan 'cuba', aku tak bermaksud yang ia berjaya... keh keh keh!!
So, sebagaimana anda kira anda melihat 'belog' ini bagaimana, aku terima seadanya, dan anda juga harus terima seadanya, kerana kemungkinan besarnya ia takkan berubah untuk 100 tahun lagi, huhuhu...
Apa-apa pun, ribuan terima kasih untuk Followers 'belog' ini, tegar atau tidak, anda semua adalah antara yang pertama, Deus, Azx, Floe, Cik Faeezan (never really know who you are, though, huhu...), cik Sephia 'theredwarriors sejati', Tasha and Musyai, dan tak lupa pada abe Jarr 'the Kopites', Mr Freak (takde belog dan tak pernah komen, so tak tahu identiti sebenar, thanks anyway, though...), invisible follower, dan ketika artikel ini ditulis (tulis sebelum auto-post) seorang follower terbaru, EqussCaballus - Welcome to the !Trash Talk!
Sesunggunya anda semua inspirasi saya...
Tak lupa juga kepada pengkomen mana-mana entri dalam 'belog' ini walaupun cuma sekali untuk mem'promote' link 'belog' anda. Anda merupakan pendorong saya untuk terus menulis. Terutamanya di entri paling banyak sambutan dan komen, iaitu entri review manga: Kindaichi Shonen no Jikembo!
Review manga sedang saya berkira-kira untuk melakukannya sekurang-kurangnya dua kali lagi, tapi dek kerana dua-dua manga ni saya kira boleh diberikan tahap legendary, maka saya harus berhati-hati dan study betul-betul sebelum membuatnya. Lagipun salah satu manga tersebut masih on-going, so, macam mana nak buat review? Namun saya akan cuba juga...
Dan, ya, jangan risau, saya akan habiskan 'My Caffein Romance, seboleh-bolehnya sebelum minggu depan, sebelum cerita menjadi basi, heh heh...
owh, rasanya cukuplah setakat ini. Sesiapa yang mahu membelanja kek sempena ulangtahun 'belog' ini, silalah berbuat demikian dengan kehadiran saya, okey! Janganlah kedekut kek pulak...
Ceh, ending tak best, huhuhu....
Jumpa tahun depan (God-willing) dalam !Trash Talk! Episode II: Attack of The Blogs (working title)
T/t: "Everyone has something to say, everyone has points to prove,but eventhough the things that we're saying do have a point, doesn't put us in the right or wrong party..."
ha-HA!
ReplyDelete