Ingat lagi tak pasal staf bank yang datang buat survey dekat kantin ofis/lab aku hari tu?
Tak ingat? takpe... Baca balik kat sini.
Okey, seperti yang dimaklumkan, aku telah bagi mereka no handphone aku kepada diorang dengan harapan palsu kepada diri-sendiri agar diorang terlalu busy dan tak telefon aku balik...
Tapi jangkaan aku ternyata tepat, mereka pasti akan call!
Bank officer: Hello, En ####?
Gua: Ya, saya...
Bank Officer: Saya dari ** Bank, hari tu encik ada join survey dari bank kami kan, dekat *** (ofis gua)
Gua (berkerut muka): ya, ya... ada...
Bank Officer: Kat sini encik ada tulis yang encik berminat nak tahu lebih lanjut dengan skim kami ni kan?
Gua: (dalam hati aku dah menyumpah seranah diri sendiri, apsal la kau gatal sangat tanda kotak 'Ya' hari tu?? kan dah kena!): er... a'ah...
Bank Officer: jadi, boleh tak saya nak jumpa encik esok..tuuut!!
Panggilan terputus tiba-tiba. Aku dah nak buat sujud syukur dah pasal TM/Celcom yang aku selalu kutuk-kutuk akhirnya berjasa jugak, tapi tak jadi pasal aku masih dalam washroom lagi masa tu...
Tetiba, ring tone bunyi balik. Alamak! Nombor tadi... terpaksa gua angkat memandangkan gua sangat beretika orangnya...
Bank Officer: En #### ya? Sorry tadi panggilan terputus. So, macam mana? Boleh tak kita jumpa esok?
Gua: Err... tak boleh la, cik, (ya, caller tu perempuan, tapi tak dapat dipastikan sama ada awek atau makcik... suara cam makcik je...) esok bos saya suruh masuk ofis, ada kerja... tu la, cuti-cuti pun kena kerja, berkhidmat untuk negara la katakan... (okey, yang last tu aku tambah sendiri)
Bank Officer: Oo, tak boleh ek? Jadi, kalau Rabu ok tak?
Gua: (ish, pushy pulak makcik ni, tak tahu ke yang sebenarnya aku tak berminat?) Err... tak boleh jugak la, sebab Rabu sampai Jumaat saya kena Out-station (betul! Sumpah aku tak tipu sikit rabuk pun!)...
Bank Officer: ya ke? Jadi bila baru encik free?
Gua: (apa free-free? semua benda kena bayarlah!) Dalam minggu depan lah, tapi itu pun kena tengok keadaan jugak, mana tahu kalau tiba-tiba saya kena rushing mana-mana lagi pulak, saya tak tahu lagi...
Bank Officer: Ooo, macam tu ek... takpe lah, nanti minggu depan, hari Isnin saya call encik balik la...
Gua: (ceh, persistent!) a'a... ok lah, kita tengok la macam mana Isnin nanti...
-Tamat perbualan telefon-
Ok, seriously, aku memang la tak berminat dengan skim dia tu pasal memang takde kaitan dengan aku, leceh sial!! Memang seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ini la...
So, untuk minggu ni, aku berjaya mengelakkan diri daripada dengar syarahan bosan yang semestinya mahu cuba aku sign something yang aku tak faham yang akan end up aku kena bayar something kat bank tu...
Arghh.. bosan!!
So, macam mana? Isnin nanti apa alasan terbaik yang harus aku bagi untuk elak berjumpa dengan staf bank yang leceh ni? Kena masuk hutan? Terima panggilan PLKN (kejadah PLKN umur 25?), atau terpaksa join millitary service? oops, lupa pulak, kita bukan duduk dekat Korea...
Damn!
T/t: And I look up to the sky and curse my fate, and the rain start falling, the water run down to my eyes, as if they were saying "Fuck you too!"
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL