Aku tak pasti apa yang patut aku tulis setelah menulis tajuk kali ini, dan setelah menulis lebih kurang beberapa perenggan, save dalam blogger, apabila aku edit balik, aku telah memutuskan untuk memadamkan kesemua ayat-ayat yang telah aku mula tulis sebelum ini.
Bahkan 20 minit yang lalu aku masih berkira-kira sama ada aku patut menulis entri kali ini dalam BI (Bahasa Inggeris) ataupun dalam BI (Bahasa Ibunda). Such is how indecision person I am...
Lalu aku keluar ke 7E terdekat, mencari satu-satunya 'senjata' ampuh untuk aku menulis entri kali ini, iaitu 'senjata' ampuh yang sama aku gunakan untuk menulis banyak lagi entri-entri dalam !Trash Talk! ini, yang aku kira mendapat sambutan yang fenomenal (ya, dalam mimpi aku!) iaitu Nescafe Original Nestle...
Lalu aku fikir ada baiknya jika entri kali ini dibuat dalam bentuk narratif...
***
Lalu aku mengambil tempat yang biasa aku ambil di mapley dan menghirup air di atas mejaku itu, nescafe susu, memang suatu anugerah Ilahi kepada insani di dunia ini! Aku juga kurang pasti sudah berapa tahun aku jatuh cinta dengannya. Adakah ketika satu masa dulu apabila pertama kali aku meminta emak aku untuk membuatkan secawan air yang sama dengan yang dibuatnya untuk ayahku, dan dengan sekali hirup, terus aku jatuh cinta buat seumur hidup...
Hey, mungkin itulah yang dikatakan orang cinta pandang pertama? Walaupun dalam kes aku, ianya lebih sesuai dinamakan "cinta hirupan pertama"?
Namun, pada hari ini, nescafe sudah semacam menjadi lebih daripada sekadar minuman sahaja. Ianya bagaikan satu dadah! Dadah yang mengketagihkan! Ramai lelaki yang menghisap rokok dalam dunia moden ini, Jangan tanya aku pasal statistik kerana perkara-perkara mudah seperti itu kita sudah mempunyai google untuk memberikan jawapannya, tapi dari pemerhatian selama suku abad aku, itu adalah realitinya. Tanyalah perokok adakah mereka akan simply berhenti merokok kerana harga rokok naik, risiko penyakit kronik, ataupun kerana gambar-gambar ngeri yang di'exaggerate'kan pada kotak rokok?
Aku yakin jawapan kebanyakkannya adalah 'tidak'. Rightly so...
Begitulah aku dengan Nescafe. Mungkin Nescafe ini tidak mendatangkan risiko kanser paru-paru dan strok pada hari tua anda, namun jika ia boleh, ada aku kisah? ha-HA!
Tapi itu cerita lain...
Yes, Nescafe is just like the cigarette for me, without the smoke, of course...
Bagi aku amat payah untuk menghabiskan minuman ini dengan sekali teguk atau dengan rakus, sepertimana orang kebanyakan meminum air sirap untuk menghilangkan dahaga mereka ketika berhari raya. Ia harus dinikmati sedikit-sedikit. Hirup demi hirup harus dihayati dan biasanya ia datang dengan sesuatu yang lebih serius. Satu idea atau pemikiran!
Lalu aku menghirup nescafe lagi...
Pada aku, amat jarang sekali aku memesan atau membeli mahupun membancuh nescafe untuk menghilangkan rasa haus aku. Mungkin pernah sekali-sekala, tapi untuk kebanyakan waktu lain, ianya adalah untuk sebab yang lebih maha, lebih maha daripada MAHA itu sendiri...
Aku meminumnya, hirup demi hirup, adalah untuk mendapatkan lebih ilham, lebih clear idea about what the fucking world is all about...
Kadang-kadang aku memikirkan tentang situasi semasa dunia ini dan masyarakatnya. Mengenai isu-isu dan struggle yang harus kita lalui hari-hari, sebagai individu mahupun ahli masyarakat. Refleksi terhadap permasalahan orang lain sebenarnya susah untuk seseorang individu itu cernakan, melainkan seseorang itu menjadi lebih understanding...
Lalu aku membuka akhbar hari ini, sambil menghirup nescafeku satu kali lagi...
Helai demi helai yang aku belek memberikan pelbagai jenis cerita yang berlainan, yang mana jika didalami dengan lebih jauh, memberikan impresi dan definisi berbeza terhadap 1001 benda. Ini memberhentikan pemikiran aku sejenak kepada tuduhan sesetengah kelompok bahawa surat khabar arus perdana ketika ini semakin hilang reputasinya. Berita-berita dimuatkan dengan nada bias dan disensasikan lebih daripada keperluan sebenarnya.
Sukar sebenarnya untuk sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan sebegini. Pertama adalah kerana kita sendiri terbatas dalam mengetahui, apatah lagi menintepretasikan berita-berita, mahupun kejadian-kejadian yang menghasilkan berita-berita itu sendiri, jadi bagai'fuckingmana' (pinjam dari The Alpha Kotey) untuk kita mengesahkan kesahihan sesuatu laporan berita itu? Of course certain news hanya perlukan sedikit logik untuk membuat spekulasi, namun spekulasi, seperti juga dakwaan terhadap kesahihan berita-berita medai arus perdana sekarang, juga adalah sesuatu yang bogus at best...
Jadi, berita-berita surat khabar itu semuanya benar atau tidak? Entahlah... Mungkin kita hanya boleh berharap agar integriti wartawan tersebut masih intact dalam melaporkan berita, se-intact rekod tanpa kalah Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris musim ini...
Satu lagi hirupan nescafe singgah dibibir...
bersambung... (sehingga aku sempat menulis lagi)
T/t: If you stay, I will either wait all night... Or until my heart explodes out!
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL