Manusia suka bercakap!
ya... itulah fitrahnya!
bahkan manusia mampu hidup tanpa air selama 48 jam, dan mampu hidup tanpa makanan sehingga ke seminggu, tapi, mereka tidak akan sanggup melepaskan 2 benda ini selama 5 minit pon (ok lar, ok lar, 1 minit...) iaitu tidak bercakap, dan/atau bergerak!
Cubalah sendiri, baru percaya, huhu...(tumbuhan sekalipun perlu bergerak!)
Dalam diri setiap org ade dua kehendak ini, dan kita tak dapat lari darinya... sementelah zaman teknologi maklumat kini, duk sorang2 dalam bilik pon bleh ber-YM, chat messenger, update Facebook, Friendster, SMS, MMS, Video Messenger (btw, brape ek rate utk Celcom??), blogging dan semacam lagi cara baru berkomunikasi, bahkan monolog sekalipon...
Atas dasar ini jugalah (dan sebab xbleh tido dan menghabiskan byk masa baca2 blog lain...), atas dasar semangat 'Everyone has something to talk about...' sampailah ilham kepada saya untuk memulakan blog ini...
Mari kita menelusuri topik2 yg biasa manusia bincangkan (terutamanya dalam blog), biasanya akan ada topik politik, agama, bola,dan diari harian...
Atas faktor sentiasa mempunyai perbezaan pendapat (dan team bola kegemaran) inilah manusia suka berblog, mana lagi hendak disalurkan idea2 baru perancangan ummah, serta ayat2 mengeji menyalahkan sistem dan kerajaan dgn lebih berkesan selain dari ber'blogging'? di mana lagi hendak disantapkan kepada khalayak mengenai diari "seorang extraordinary-nya aku" selain dari berblogging? Dari sini insan meluahkan apa yg terbuku di dada kepada publik... bukannya xbleh nk buat kt tempat lain... kbyakan blogger mmg berbakat utk menjadi ahli bahas sekolah masing2 dan hebat dlm publik speakingnya, cuma mungkin, kalau dlm blog, kalo kena hentam balik kt komen pon, sekurang2nya kita diberi tempoh masa utk carik idea counter balik kutukan2 dari publik, yer tak?? hehe..
Jadi, utk blog ini, saya jadikan ia tipikal blog sahaja mungkin... org nk crita pasal politik, aku xbrape nk gemor, org nk citer pasal agama, tahu ler jgk skit2... nk citer pasal bola? ok ler, selalu tgk ESPN, tp mainnya cam haram jgk... tp yg pastinya, selain mengtrash-talkkan sesetengah pihak berkenaan sesetengah perkara, blog ini juga akan sekali-sekala menyediakan tips self-defense (insha-Allah), serta tips2 lain seperti bagaimana menjadi insan yg lebih berjaya (sama ada dlm perkara kebaikan atau kejahatan, sama2 lar pilih...), atau isu2 sulit yg lain seperti siapakah selebrti sukan yg lebih berjaya antara B. Santhianathan dan Bambang Pamungkas? serta perkara2 yg lebih kurang...
Akhir kata utk post yg pertama ini, sebarang kesalahan fakta harap diampunkan kerana ketika itu sama ada saya malas nk cari, ataupon internet fail (sila guna tanggapan ke-dua).. oh ya! blog ini mungkin akan menemui anda dlm tri-bahasa; bahasa Melayu, Inggeris, dan bahasa rojak! sekian...
"Everyone has something to say, everyone has points to prove,but eventhough the things that we're saying do have a point, doesn't put us in the right or wrong party..."
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL