Wednesday, December 15, 2010

Salah

Kita salahkan sistem, salahkan mentaliti orang lain, kita salahkan masyarakat, kita salahkan ahli politik, parti politik, fahaman politik, politik itu sendiri, kita salahkan sistem pendidikan kerana terlalu mementingkan pencapaian dalam peperiksaan, kita salahkan ekonomi yang jatuh dan merudum, kita salahkan harga pasaran dan kebergantungan kepada subsidi untuk naikkan harga petrol....

Ini semua salah nenek moyang kita sebab masa nak merdeka dulu ikut sangat kata-kata penjajah, ini semua salah masyarakat kita yang jumud dan tak berdaya saing, ini semua salah masyarakat yang ketinggalan dalam ilmu sains dan teknologi. Ini semua salah pemimpn yang korup. Ini semua salah pemimpin yang jumud. Ini semua salah pemimpin yang terkongkong idealistiknya dek kerana kekangan agama dan budaya bangsa. Ini semua salah perlembagaan negara. Ini semua salah pengaruh budaya barat, salah ibu bapa yang tak pandai jaga anak, salah guru-guru yang tak reti mengajar. Salah sistem melatih guru-guru kita yang melahirkan guru yang hanya mengajar demi mendapat gaji dan pencen.

Ini semua salah dunia barat yang berkrisis kerana kepentingan peribadi. Ini semua salah pasaran global. Ini semua salah kapitalis, komunis dan semua lis-lis dan nis-nis yang lain. Ini semua salah makanan manis, salah gula dan salah diabetis! Ini semua salah tauke simen dan tauke kilang gula sebab harga barang-barang ini naik. Ini semua salah Zionis dan Illuminatus. 

Ini semua salah sejarah dan kekeliruannya. Ini semua salah revolusi perindustrian dan pembakaran terbuka. Ini semua salah kesan rumah hijau dan pemanasan global. Ini semua salah kegiatan pemburuan dan pembalakan haram. Ini semua salah pemimpin dan masyarakat yang korup dan selfish! Ini semua salah Manchester United dan Sir Alex Ferguson!

Ini semua salah ibu mengandung...

Yang tak salah dan tak pernah akan salah ialah kita sendiri!

Sebab kita sempurna, kita lengkap. Kita dah tahap-tahap dewa, tahap wali-wali...

Kitakan ma'sum!

1 comment:

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL