Mesej cerita: Lain kali kalau nak sound orang lain, panadng kiri kanan dulu, jangan main laser jer mulut...
Dulu ada lah seorang lecturer aku ni, tegas, menepati masa, garang bertempat dan manis orangnya (tapi dah kahwin dah, dah lama kahwin pun...).
So, satu hari tu, dia masuk lewat. Kitorang pun pelik... Kitorang punyala tunggu apsal kelas tak start-start, dah 15 minit dah, rasa macam nak je keluar balik hostel sambung tidur, dah la kelas awal-awal pagi buta...
Last-last dia masuk...
Rupanya, dia cerita, dia pergi hall sebelah, kelas budak-budak junior, tengah bising-bising sebelum lecture start, habis dia bebel kelas tu! Tak reti nak get ready untuk kelas la, main-main la, takde perangai student final year la, takde masa depanla....
Alih-alih, dia cakap, dia perasan yang muka-muka dalam kelas tu dia tak familiar, dia tanyala kelas tu kelas apa and dewan tu dewan apa, baru dia tahu dia dah salah masuk kelas...
Aku gelak tak ingat dunia (ingat akhirat je...) hari tu!!
Inspirasi dari sini
kahkahkah
ReplyDeletelecturer kau lupa istinjak agaknya..
patutlah laju semacam masuk kelas...
ReplyDeletesekali salah kelas dowh... wakakak!!
wahahaha!!~
ReplyDeletebapak ahh!!~
free-free je student tu wat muke blurr~~
hehe!