Thursday, November 25, 2010

The Reality Check

Ini kisah mengenai wang, pendidikan tinggi, dan masyarakat...

Waktu lunch di pejabat pada aku merupakan waktu yang paling berharga, bukan kerana aku dapat pergi makan dan skip kerja, kalau nak skip kerja, bila-bila pun boleh, haw haw!!

Ok, on the serious note, waktu lunch aku suka berkumpul dengan staf-staf lelaki. For your fucking information (sorry la, tengah dalam mood album baru MCR, bayak la sikit cursing...), dalam staf lelaki ni, kiranya aku pangkat no. dua la kalau dikira dari segi gred tu, tapi kalau dikira dari umur bekerja, of course la aku yang paling junior...

Diorang ni menarik, bahkan, mana-mana lelaki pada peringkat umur dan pengalaman mereka juga adalah menarik. Inilah peluang untuk aku masuk lihat bagaimana pandangan kehidupan mereka. What they makes of the life generally. They were a government worker for only god's know for how long, a father, a friend, a voter, and so much fucking more 'a' lagi...

Ok, tamat prolog, sekarang masuk ceritanya. Nak dijadikan cerita, hari tu, ada la staf-staf bank datang ke kantin (memang kantin dowh, tahap-tahap kantin zaman-zaman sekolah rendah 90-an dulu) ofis/makmal kitorang. Apa yang diorang buat tu aku tak tahu sangat. Kemudian, salah seorang staf aku yang terkenal degan sedikit celupar, atau suka cakap lepas, say out loud, "Ha, tu nak suruh orang berhutang la tu...".

Aku gelak (dalam hati).

Kemudian bermulalah topik pasal kad kredit di meja makan kitorang. Bercakap la staf aku yang tadi, kita panggil saja beliau En F (bukan nama penuh, dan bukan juga 'F' word...). En F mengakui yang beliau ada 2 kad kredit dan hutangnya mencecah 5,6 ribu ringgit. Aku pun tak pernah ada kad kredit dan tak pernah berhutang sebanyak tu kecuali hutang loan kereta dan PTPTipu je, jadi, aku pun tak tahu adakah nilai tersebut boleh dikatakan tinggi, ataupun masih terkawal. Terutamanya bagi seorang staf yang aku kira gajinya memang tak cecah 3,4 ribu di tengah-tengah kota metropolitan Keiy Eiil ni...

Berapa jumlah kad kredit beliau dan juga jumlah hutang beliau bukanlah dalam interest aku, tapi, apa yang dikatakan seterusnya, sememangnya menarik minat aku. Katanya, "Hari tu aku dah bayar hutang bank RM500, bulan depannya tu pulak, aku guna lagi RM 700.. so, hutang RM # ribu tu macam tak bergerak-gerak..." beliau menyambung lagi, "Nak buat camne? Dah kita nak pakai benda (yang dibeli dengan menggunakan kad kredit) tu... Nak pinjam dengan siapa lagi? Kawan-kawan pun macam kita jugak (in term of pendapatan, aku fikir, maksud dia). Lagipun, kalau pinjam dengan kawan-kawan RM400 bulan ni, bulan depan kena bayar RM400 jugak, nak bayar RM200 sebulan, sebulan, SEGAN..."

Now, the keyword sini ialah segan. 'Segan' ialah satu perasaan, atau lebih tepat lagi persepsi. Persepsi kita terhadap orang lain yang mungkin akan memandang kita dengan kurang rasa hormat jika kita melakukan perkara yang akan membawa kepada kita berperasaan 'segan'.

Perasaan pula biasanya terlahir daripada signal otak kita hasil daripada pemikiran yang bias. Kenapa bias? Kerana perasaan biasanya hanya menguntungkan kita untuk satu-satu masa sahaja, dan ia akan mengabaikan kebaikan jangka panjang.

Contoh mudah, perasaan takut terhadap polis trafik menyebabkan kita hanya mengenakan tali pinggang keledar dalam kereta kita apabila ada operasi atau road block sahaja. Kita tidak fikir bahawa tali pinggang keledar kereta kita mampu mengurangkan risiko kecederaan berat jika kita terlibat dalam kemalangan. Kita juga hanya memperlahankan kenderaan di highway apabila kita berperasaan takut akan kena saman speed trap, bukannya takut akan kemungkinan kita terlibat dalam kemalangan yang bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan dan kerugian, bahkan kematian kepada yang tersayang... Itu contoh serba sedikit.

Kenapa kita boleh segan untuk membayar hutang kepada seorang kawan secara ansuran, tapi tidak segan berbuat perkara yang sama dengan bank, walhal bank akan mengenakan interest/bunga/riba terhadap kita? Sudah tentu seorang kawan yang baik boleh memahami keadaan kita jika kita membayar hutang secara ansuran. Dan dia juga, kebarangkaliannya takkan meletakkan riba ke atas hutang kita itu. Kecuali 'kawan' kita tu sebenarnya ialah 'Ah Long'...

Inilah satu daripada salah tanggapan masyarakat kita. Lebih baik hidup berhutang dan bergelumang dosa (riba) serta menanggung kerugian (dunia akhirat), asalkan jangan ada rasa SEGAN dengan kawan-kawan/masyarakat...

***

Kemudian, dalam hampir aku menghabiskan nasi dalam pinggan tu, datanglah makcik/awek (nak kata makcik tu, makciklah jugak, tapi masih ada ciri-ciri awek-awek, diorang ni dalam lingkungan 30-an kot...) staf bank ke meja kitorang. "Abang, boleh tolong tak, kami nak buat survey sedikit" kata mereka kepada staf-staf veteran aku. Aku yakin yang makcik/awek tersebut membahasakan 'Abang' kepada diorang, sebab aku muda lagi, paling koman pun panggil adik, huhuhu...

Survey yang diorang nak buat tu adalah berkenaan program bank diorang mengenai dana tabungan pengajian tinggi untuk anak-anak, dan diorang nak staf-staf dekat kompleks pejabat yang aku kerja tu untuk isi borang survey tu seramai yang mungkin. First, staf-staf veteran aku agak keberatan. mungkin memikirkan agak leceh untuk melayan makcik/awek ni kalau-kalau diorang mula start cerita pasal macam-macam skim yang lain pulak. Aku pun malas nak melayan sebenarnya, sebab, kalau aku mahu, biasanya aku cari, kalau yang datang cari kita ni, memang malas nak layan.

Selepas dipujuk 2,3 minit, akhirnya semua setuju nak mengisi borang survey tersebut, termasuklah aku. Aku bukan apa, malas jugak kalau kita duk isi survey tu susah-susah, lepas tu, bila dapat personal contact number semua, dia pergi guna untuk buat iklan-iklan pasal skim-skim lain pulak. Pakcik aku pernah kena sekali, mengamuk sakan dia... Aku pulak bukannya jenis yang pandai mengamuk, so memang leceh lah nanti nak menolak iklan-iklan diorang ni, ceh...

Ok, dalam mengisi borang tersebut, yang sahih-sahihnya hanya orang yang dah berkeluarga dan sudah atau sedang expecting untuk dapat anak sahaja yang layak mengisinya. Masakan tidak, semua soalan pun berkisar mengenai perancangan individu terhadap perbelanjaan yang bakal dihadapi apabila anak diorang nak masuk IPT nanti (tak tahu IPT tu apa? pergi google 'UNIC'!).

Now, sebenarnya tiada problem dalam borang survey itu mahupun the manner of that survey being conducted. Yang aku annoy ialah, aku ni dahlah tak habis bayar lagi hutang pengajian aku, single trang-tang-tang, takde langsung perancangan kahwin, duit dalam bank tu toksah ceritalah kan, tetiba tanya pasal simpanan untuk pengajian anak ni apahal? Dah tu suruh aku bayang-bayangkan lagi, konon-kononnya kalau ada...

Yang aku boleh bayangkan cumalah macam mana aku nak dapatkan lawyer yang akan membolehkan aku mendapat perintah mahkamah untuk hanya bayar hutang pengajian aku tanpa perlu membayar interest (pasal aku taknak masuk neraka yang lagi bawah, at the current rate, rasanya dah cukup bawah dah ni, kalau subahat riba lagi, God save us!)

Ni dah bagi no handphone ni nanti, dicarinya kita sampai ke lubang cacing nanti nak iklankan diorang punya skim, duh...

Meminjam ayat popular Obefiend : Annoying siall!!

***

Tak silap aku, soalan pertama yang ditanya dalam borang survey tersebut ialah 'adakah anda rasa pengajian tinggi itu penting atau tidak?'. Ikhlasnya, walaupun aku ada ijazah (rujuk entri 'Sarjana'), tapi jauh di sudut hati aku merasakan pendidikan tinggi ni sebenarnya tak penting sangat pun! Tak masuk U pun berlambak orang boleh jadi millionaire, billionaire, toksah cakap la yang boleh survive tu, berlambak-lambak... Orang bijak pandai yang tak masuk IPT pun ramai jugak. Yang rosak akhlak, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditunjuk pun lagi ramai yang masuk IPT. So, secara peribadinya, pendidikan tinggi ni, pada aku hanya sesuai untuk orang yang benar-benar sukakan belajar sahaja. Aku sentiasa cakap dulu, semasa aku masih menuntut, kalau korang masuk Universiti/IPT tapi masih rasa macam study kerana terpaksa, bukannya kerana minat, then, you are the most un-lucky person in the university...

I am very lucky to have a great university lives, and I am very satisfied with the field that I chosed to study/learn, even if maybe now I don't really work in the same field as what I had studied.

Pada aku, masuk U ialah satu impian. Dan setelah itu, aku masuk U untuk mengejar satu lagi satisfaction, iaitu aku nak mengetahui lebih lanjut mengenai satu-satu bidang tersebut, iaitu bidang yang (luckily) aku terpilih untuk mengikutinya di IPT dulu... Jadi, ianya adalah tanpa penyesalan, for whatever result I produced is the secondary - seperti pra-kata album baru MCR - "the aftermath is secondary!"

Pernah jugak aku terfikirkan untuk jadikan belajar sepenuh masa ni sebagai karier seumur hidup aku, tapi apakan daya, tak semua benda yang kita rancang tu boleh excel, ye tak (I don't plan things, remember?)

Tapi itu lah, setelah mengisi borang survey dengan secara tipu sunat seperti yang biasa aku lakukan kalau mengisi mana-mana borang survey yang tak berkaitan degan kesihatan dan keselamatan, si staf bank (aku tak pasti pula kalau-kalau mereka semua tu semuanya pegawai, so aku stick dengan gelaran 'staf' sajalah ye...) tu pun cakap lah yang antara objektif utama skim mereka dan survey mereka ini adalah untuk melihat tahap kesedaran masyarakat, Melayu khususnya, mengenai pendidikan tinggi ni. Mereka nak tahu sejauh mana masyarakat sekarang sedar akan kepentingan pendidikan tinggi ini.

Pada aku pula, aku berharap yang masyarakat suatu hari nanti akan sedar, bukan pendidikan tinggi yang penting, tetapi pengamalan ilmu itu, tinggi atau tidak, yang lebih penting!

***

Selepas aktiviti lunch hari tersebut, aku terus masuk pejabat aku dan menulis mengenai perkara ini (time rehat ada lagi masa tu...)

Dan aku menyedari sesuatu perkara, iaitu wang dan pendidikan merupakan dua perkara yang sensitif dan penting. Dalam perjalanan dari kantin balik ke makmal kami, staf-staf veteran masih lagi berbincang mengenai kos pengajian di IPT, dan mereka, walaupun masih mampu bergelak ketawa, namun ada nada sedikit frust mengenai betapa untuk belajar juga memerlukan kos yang tinggi. Belajar tinggi-tinggi supaya bila graduate nanti mampu memperoleh peluang pekerjaan yang lebih baik dari segi pendapatannya, tapi sebelum itu, ibu bapa harus bergolok bergadai untuk membayar yuran pengajian anak-anak...

Betullah apa yang diorang cakap akhirnya,

"Nak belajar susah, tak belajar lagi susah..."

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL