Wednesday, July 28, 2010

Tell You My Dirty Little Secret...

Aku amat berharap, suatu hari nanti, apabila yang pasti telah tiba, iaitu Hari Perhitungan terbesar Umat Manusia di Padang Mahsyar kelak, aku akan berpeluang untuk pergi berjumpa, walaupun dengan seorang atheist...

Dan gelak depan muka dia and say, "ON YOUR FACE!! Bwargh harharharhar!!!"

The downside though is that I'm probably be walking with my face too [at this rate] on that day...

aishhh...

Semoga Tuhan ampunkan dosa-dosa aku...

Click here [You Tube]


[while if I'm wrong (about religion and God and stuff...), the atheist certainly won't get the same opportunity as mine, as they themselves believe that we just be another protein/acid amino molecules once we're long dead : P]



T/t: He's pulling his weapon to his side, loading it full of a good-bye, holding an enemy across the line!

Monday, July 26, 2010

When Comics Go Serious...

Comic Con



Credit to Jorge Charm, PHD Comics : P


T/t: Comics are a continuing story where the fans are active participants. Fans act as a storytellers, helping to shape the characters by projecting their own thoughts and fears unto them -PHD 'Tales from Road, Comic Con : pt 2-

Sunday, July 25, 2010

Happy Birthdays, Leos! ROARRR!!!

Aku memang tak kisah dengan peningkatan suhu dan juga peningkatan harga bahan bakar secara global...

Dunia dah hampir ke penghujungnya, what did you expect??





When you read the news
Does it make you sick?
Murder, money, and politics
Gonna fill you up
Get your bullshit fix
It's the End Of The World
Grab your crucifix
And fall to your knees
And beg God please
Have mercy on me (Mercy!)

When you turn on the TV
What do you get?
Sex, lies, scandal, violence
Like the end of a gun
Pressed against your lips
It's the End Of The World
Grab your crucifix
And fall to your knees


And beg God please...
Have mercy on me!

When you can't buy gas
And you can't pay rent
And what you've got left
Is the Government's

No win
No future
No benefit

It's the End Of The World
Grab your crucifix
And fall to your knees


And beg God please!!
Have mercy on me!

[Coming out of the hypocrisy
Coming out of the bureaucracy
Coming in to lead a war
They're a shame!!!]


You can ignore what you cannot see
You can believe in a lie
You can run away from anything
Until you open your eyes

No rest for the wicked
Yeah they never quit
Watchin' waiting
For the next trick

We won't be celebrating
When the atom's split

It's the end of the world
Grab your crucifix
And fall to your knees


And beg god please!
Have mercy on me!!

[Coming out of the hypocrisy
Coming out of the bureaucracy
Coming in to lead a war
They're a shame!!]

You can ignore what you cannot see
You can believe in a lie
You can run away from anything
Until you open your eyes

[Coming out of the hypocrisy
Coming out of the bureaucracy
Coming in to lead a war
They're a shame!!]



T/t: 25 years of walking on God damn Earth and still counting [the sins], ain't no better man yet...

Saturday, July 24, 2010

Pantun 3 Kerat...

*sekali-sekala aku akan berpuitis... erk!!

I love being young,
or at least look like one,
coz Mapley always give me student's rate discount! : P



T/t: God Bless Mapley!!

My Calculator Romance

My SuperCalc!

Dalam dua tiga hari lepas, tengah aku berkira-kira nak siapkan satu report yang memerlukan proses kira-mengira yang tak kurang tahap bangsatnya, aku pun mencapai calculator scientific aka SuperCalc aku yang telah berkhidmat dengan aku sejak dari zaman matriks lagi...

Sekali, tekan-tekan 'ON', dia taknak hidup... Aku cuak!! Biar betik!!

So, tamatlah nyawa 'seorang' kawan lama... T.T

Memang banyak jasa calculator ni. Sejak dari Matrikulasi lagi kami mengharungi setiap exam bersama sampai la aku grad! Kiranya tanpa calculator ni, mungkin aku takkan grad pun! Serius!

Aku tak tahu kenapa ia mati tiba-tiba, selama ni OK je... Adakah disebabkan aku letak dia dalam beg aku dan semenjak duamenjak ni, aku asyik duk travel je, mungkin dalam pada itu, dia terhentak dan mengalami 'kecederaan' dalaman... Atau dia mogok pasal memang dah lama aku tak pakai dia...

Atau mungkin simply kerana bateri dia dah habis...

Apa-apapun alasan/sebabnya, satu perkara yang pasti, 

Jasamu dikenang....

 Sticker 'I Smell Victory' dan nombor tu adalah no. angka giliran exam first kami...




Sekarang ni aku dah calculator-less, kecuali calculator yang ada dalam handphone je...

Sempena birthday aku yang dah dekat ni, aku berharap akan dihadiahkan kalkulator saintifik yang baru... =P

huhu...



T/t: camne nak jadi saintis ni? Kalkulator pun takde... -SV thesis aku dulu-


Thursday, July 22, 2010

Me: Filo'sofistikated'... III

Punca kerisauan manusia itu adalah keinginan. Seperti kata pepatah, hajat di hati hendak memeluk gunung, apakan daya, tangan tak sampai...

Untuk melenyapkan kerisauan, hati seseorang itu haruslah tenang... Setenang permukaan cermin yang memantulkan cahaya, setenang permukaan air tasik pada malam hari yang memantulkan sinaran bulan purnama...

Tidak terusik oleh keinginan duniawi.


Namun, cakap itu mudah, siapa pula yang dapat mengamalkannya?


T/t: talk IS cheap...

Wednesday, July 21, 2010

How Fuck Can it Be?

Diari pagi ini:

6.00am, alarm bunyi, cam biasa, lagu 'Hearts and Nails' dari six10repeators [sape2 main PES 09 patut tahu...]. Kenapa letak lagu rock jadik alarm? Kerana tujuan utama alarm adalah untuk mengejutkan aku, kalau aku letak lagu jazz, lagi nak tidur ada la... Aku bangun, stop alarm, dan snooze lagi 15 minit...

6.15am, cuaca hujan... tak perlu aku terangkan lagi mengenai mood untuk bangun tidur bila mana cuaca hujan... Tapi, disebabkan tak nak keluar lewat, aku gagahkan diri untuk bangun... Keluar bilik dan teringat, hari ni nak kena pergi HQ kat Putrajaya, kena pakai baju lengan panjang la... imej kena jaga depan Pengarah [hehehe], ye tak? Then teringat, baju tak bergosok lagi. Takkan la pergi HQ pakai baju tak bergosok...

Meja iron memang takde la, biasa gosok lapik sejadah je [ye... ada sejadah di rumah sewa aku!], tapi tadi, aku tak jumpa sejadah biasa yang aku jadikan tempat lapik untuk gosok baju. Sejadah tu lembut, so, memang best buat alas... selepas terpinga-pinga 2-3 minit, aku ambik keputusan untuk gunakan sejadah lain... Gosok ala kadar, then pergi mandi...

6.30am, mandi express, cara yang aku belajar sejak di sekolah menengah lagi... Lepas mandi, bersiap, sembahyang then teringat yang minyak kereta cam tak banyak je... Hujan belum berhenti, terpikir camne aku nak ke kereta aku [kereta parking luar pagar, standard lar, rumah sewa bujang...]. Payung ada dua, dua-dua dalam kereta [fuck me!]... sweater pun...[walaupun sweater tu bukan baju hujan]. Akhirnya aku redah je,

"Ala... lahir bawah langit, takkan takut hujan kot?" [quote coach aku yang paling aku suka repeat...]

6.46am[jam kereta aku], bertolak ke pejabat... tengok meter minyak dan terpikir, "sempat ni nak sampai KL", lalu aku bergerak tanpa rasa was-was... Hujan belum berhenti.

6.50++am, masuk tol bangi dan ke highway sungai besi, tiada apa-apa luar biasa berlaku melainkan aku sedikit slow sebab pagi-pagi, aku memang slow, dan hujan menambahkan lagi ke'slow'an aku... Masuk je dalam 4,5 km, lebih kurang, nampak electronic board dekat highway, katanya ada accident antara Kajang-UPM, trafik slow... "alamak!"

7.00++am, memang slow habis trafik! Menjelang 7.20 baru lepas UPM... biasanya time tu aku dah dekat area TUDM Sg Besi dah... Layan je la... bukan salah aku pun, bos takde hari ni, tapi still kena buat surat la, pasal kad dah confirm-confirm merah. Dalam hati duk menyumpah Lori yang accident tu, "Bangang ke apa? tak reti bawak lori? Ntah2 pecut laju-laju time hujan-hujan gini? Pagi-pagi dah accident..." aku membuat spekulasi...

7.30am, lepas tol Sg Besi... Aku decide untuk stop isi minyak [sebab karang siang nak kena pergi Putrajaya pulak...] dan beli Nescafe untuk breakfast... Alang-alang dah lewat, jangan sampai kereta mati tengah jalan pasal tak cukup minyak, ye dok?

7.45am, jem, tipikal KL... masa dari Desa Petaling ke Jalan Istana mengambil masa yang tipikal seperti hari-hari biasa yang menjadikan kelewatan serta kemerahan punch card menjadi semakin nyata. Cuaca hujan semestinya tidak memberikan banyak bantuan...

8.17am, sampai ofis, kad merah... Hujan belum berhenti, dan aku menyumpah nasib aku!!


T/t: mengantuk, jammed, lewat... padan muka!!

Tuesday, July 20, 2010

Racism in Al-Quran?

Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran mengenai yahudi tu, adalah untuk kita membenci yahudi, atau perangai yahudi?

“…lalu ditimpakanlah kepada mereka (kaum Yahudi) nista dan kehinaan, serta mereka mendapatkan kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar…” (QS. Al Baqarah 61).


OK, mengingkari ayat-ayat Allah tu boleh saja termasuk dalam sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mengaku Islam dalam IC... tinggal sembahyang, bukak aurat [to give the least of the examples], dan term 'membunuh' di sini, mungkin jika bukan secara literally, tapi jika kita memburuk-burukkan nama nabi-nabi [tanpa alasan/bukti yang benar/kukuh], mungkin ia termasuk dalam kategori yang sama?

Jika ada antara mereka yang arif terbaca entri ini, mungkin boleh berikan sedikit 'pencerahan' mengenai perkara ini....

After all, mungkin al-Quran too should be read what's in between the line, ain't they??


T/t: Does anti-anti-semantic make me a racist??

Monday, July 19, 2010

Goal-Line Technology

Let hear your say.... [on trashback section below]


Me: Filo'sofistikated'... II

Kita, manusia, sering menganggap sendiri sebagai lebih pandai... Dari itu, kita sering menganggap orang lain sebagai inferior, dan sering menganggap sendiri sebagai melihat dari sudut yang tidak dilihat oleh orang lain...

Dari itu, kita, kebanyakan masanya terlupa bahawa terdapatnya sisi yang kita sendiri terlepas pandang. Dalam menguatkan hujah kita dari sudut pandangan kita sendiri, kita secara langsung atau tidak, cuba menafikan sudut pandangan yang telah kita terlepas pandang...

Untuk itu, kita senang untuk beranggapan, mahupun menuduh mereka yang tidak memandang dengan sudut yang sama dengan kita sebagai individu atau kumpulan yang lebih inferior/bodoh daripada kita. Tanpa kita sedari, kumpulan yang lain itu, iaitu mereka yang bertentangan sudut pandangan mereka dengan kita [dan mereka sendiri telah terlepas pandang sudut pandangan kita], beranggapan bahawa kitalah yang telah terlepas pandang sudut pandangan mereka. Oleh sikap yang 'menganggap sendiri lebih pandai' itu, maka mereka akan melihat kita sebagai golongan yang lebih inferior/bodoh, dan memandang kita dengan pandangan yang 'menghina'...

Sedikit kita ketahui, dalam masa yang sama, terdapat satu pihak yang, memandang dari kedua-dua sudut pandangan [yang sama, dan bertentangan, dengan kita], dan, walaupun kebanyakan mereka bersikap 'berada di atas pagar', namun hakikatnya mereka, jauh dalam benak dan hati masing-masing, mengetawakan kedua-dua pihak, yang kononnya cuba mempertahankan pandangan masing-masing tanpa menyedari bahawa mereka, kedua-dua pihak, sebenarnya adalah benar, dan pada masa yang sama juga, adalah salah [kerana mengabaikan sudut pandangan 'lawan' mereka]...

Pihak yang cenderung kepada satu sudut pandangan sahaja akan menuduh pihak lawannya [yang memandang dari sudut berlainan] sebagai jumud dan tidak open minded, manakala pihak yang berada 'di atas pagar' didakwa sebagai tidak tetap pendirian, manakala pihak yang berada 'di atas pagar' ini pula menuduh kedua-dua pihak yang cuma cenderung kepada satu sudut pandangan sahaja sebagai tidak melihat keseluruhan situasi [the bigger picture].

Sedikit yang kita sedari, dalam pada itu, terdapat satu lagi pihak yang tidak melihat dari mana-mana sudut sekalipun, dan menganggap kesemua pihak yang lain sebagai inferior/bodoh kerana berbalah mengenai isu yang pada mereka, adalah sia-sia!

Jadi, dengan kata lain, selagi kita beranggapan bahawa kitalah yang paling pandai, atau sekurang-kurangnya percaya bahawa kitalah pihak yang mengikut golongan yang palng cerdik pandai, dan gagal menerima kritikan atau pendapat dari sudut lain, kita akan sentiasa menganggap bahawa kitalah yang paling benar, manakala pihak selebihnya sebagai inferior!

Dan tanpa kita sedari, pihak yang lain juga beranggapan sedemikian terhadap kita....


T/t: sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

Sunday, July 18, 2010

On My Blog Design...

Sebenarnya dah lama aku nak kasik touch up skit blog aku nih, pasal aku rasa ia terlampau lame, takde taste, wakakak!!

Hakikatnya, aku rasa yang ruangan post terlalu kecik, dan rasanya semua entri aku jadik terlalu panjang dan sangat dragging untuk orang baca... [atau mungkin jugak ia disebabkan isi entri itu sendiri...]

Aku penah cuba-cuba main adjust dekat HTML dia, nak bagi widen skit aku punya blog post, tapi nampaknya to no avail... Pernah jugak aku terpikir nak 'upah' member aku yang pandai pasal HTML untuk touch up skit blog ni, tapi aku takde masa plak nak suruh dia...huhu

Dah lama benda alah design blog ni ada dekat blogspot ni, aku aware tentang itu, cumanya, aku tak mahu gunakannya, takut-takut aku punya design akan hilang ke'dark'annya [Dark ke??], yang aku cuba kekalkan...

Then, aku rasa design ni paling sesuai kot dengan imej yang cuba aku sampaikan pada blog ni... Mengekalkan ciri-ciri dark design asal [yang juga diolah sedikit je dari default punya option...]

Aku harap ia membangkitkan mood lama blog aku [which I don't really know myself what it is/was...], disamping memberi kesegaran kepada pembaca [which, again, I don't really know I have it or not :P]...

Satu jer yang mungkin buat aku rasa tak puas hati sikit ialah, tajuk blog ini tidak lagi centrelized[not a word]...

Semoga korang tak terasa sakit mata atau sakit hati ketika membaca blog ini, dan rajin-rajin la komen...


Bukan apa, sebagai galakan untuk aku terus menulis  ;P [chit poodah!!]


T/t: berjaya membazirkan satu entri dengan entri yang sia-sia lagi poyo ini :P

Saturday, July 17, 2010

Me: Filo'sofistikated'...

I try to put myself in your shoes, but it's all too small and the design ain't cool...

So, I blame you!!!



T/t: cuba menjadi bijak, dan fahami ayat di atas...

Friday, July 16, 2010

Diari Minggu Ini

Kota Bharu,

Pulang ke kampung halaman, outstation. Urusan Sri Paduka baginda, sulit... dah rasa cam spy pun ada!

Kena gi jaga exam kat sana...

Seberang Takir,

Dalam perjalanan balik ke KL, lalu jalan pantai Terengganu, ushar-ushar keropok, tipikal kalau pergi Terengganu :p

Tapi, keropok memang best, berbaloi beli 30 batang...

Kajang,

Selepas dalam 5-6 jam lebih kurang dari Dungun [singgah Dungun jap, makan tengah hari rumah salah seorang staf], sampai Kajang. Ingat nak abang driver hantar sampai rumah sewa kat bangi, tapi dia cakap dia dah satu jalan dengan staf seorang lagi, dia taknak pusing masuk Bangi... Aku pasrah, janji dengan member ambik dekat tengah-tengah bandar Kajang, sekali member salah budget time, menunggu jugak la aku, dalam 4-5 lagu jugak la habis [mp3]...

Ada sedikit rasa macam kena buli!

Bangi,

SMS bos, cakap nak masuk lewat sikit. Alasan, nak kena hantar kertas exam ke Putrajaya. Memang pun. Tapi Putrajaya dengan bangi dekat je, ingat nak bertolak dari rumah lewat sikit, bleh tido lebih skit [walaupun tak drive, tetap penat jugak travel :p]. Tapi bos suruh hantar tengah hari...

rosak plan nak bangun lewat...

KL,

Jem, tipikal KL... Aku turun waktu standard, sampai lab 7.30++. Colleague cakap ada meeting. Patut la bos suruh datang jugak pagi... Sambil meeting, ada sambutan meraikan persaraan salah seorang staf... Then pas meeting, baru perasan senarai 'to fuck list' menjadi semakin panjang berbanding sebelum outstation...

Pas meeting, makan dulu!!

Pejabat Pos,

Akhirnya, lepas solat Jumaat, pergi jugak ke Putrajaya. Tapi tidak sebelum singgah pejabat pos... ada urusan, tolong colleague aku. Kerja yang sepatutnya tak sampai 10 minit berlarutan ke hampir sejam pasal salah faham sikit dengan pos office... Colleague aku ni pun satu, tak bagi dokumen-dokumen yang penting, menyebabkan aku kena explain panjang-panjang plak kat situ... Seb baik ada teknologi komunikasi, dan staff pos pun sporting!!

Tak jadi aku nak marah-marah Pos Malaysia...

Putrajaya,

Aku cuak, sempat ke nak sampai Putrajaya sebelum pukul 5? Hari jumaat, staf sana biasa balik pukul 4.30... Lepas call orang-orang berkaitan, aku pecut ikut MEX... Agak cuak pasal hujan kejap-kejap, tapi lebat nak mampus... Gamble je, nasib baik sempat...

Sampai sana ada meeting pulak dengan Timbalan Pengarah kejadah... Ada tambah kerja lagik...

Bangi,

Brunch masa meeting tadi. Dah sampai pukul 5, perut dah menyanyi lagu rock classic. Sampai Bangi, pusing-pusing cari tempat makan. Aiseh, student sudah masuk, semua tempat penuh... Damn! Balik rumah, makan kedai dekat-dekat area rumah...

Time tu, memang aku dah berfikir pakai perut, tak pakai otak lagi!

Rumah,

Member goreng keropok yang aku bawak balik dari Terengganu, tapi perut dah kenyang pulak. Pastu ajak main badminton... Apa barang main badminton, perut tengah penuh? Dari Asar, bawak ke Maghrib, bawak ke Isyak, ajak bukan main, baju sudah tukar, tapi takde sorang pun menunjukkan tanda-tanda positif akan bergerak pergi main.

Last-last semua surrender, dan pergi makan McD [maunya badan tak naik??]...

McD

Ushar awek...



T/t: I miss my momma, give me the chair... Lethal injection or the string from the rope if you dare! Coz nobody know all the trouble I've seems!!

Wednesday, July 14, 2010

Release The Kraken!!

"ku hanya sotong biasa, mencari makan di akuarium terbuka..."

Paul d Oracle Octopus dikatakan akan bersara, sekali gus menamatkan spekulasi yang Jose Mourinho ingin membawanya ke Real Madrid. Paul, berkaki 8, dipercayai semuanya bangku, ingin dimiliki oleh pengurus baru Real Madrid itu bagi meramalkan keputusan el-classico pada musim depan... Sekarang Jose terpaksa melupakan hasratnya itu...

"kalau ada Paul ramal result el-classico kan senang, takyah pecah2 kepala pikir strategi... game lain dah memang tak penting pun kat La Liga ni..."


Sementara itu, Spain dijangka akan membida sotong tersebut, dengan yuran perpindahan sebanyak €38k. Katanya untuk menggantikan Xavi Hernandes, jika beliau bersara kelak... "Paul dengan 8 kaki pastinya mampu menggelecek dan passing lebih baik dan lebih cantik daripada Xavi...", kata Spanish FA spokesman tanpa menyedari yang si Paul ni kaki bangku...

Namun, bidaan tersebut pastinya mendapat saingan tinggi daripada parti politik tersohor di Malaysia iaitu Bee Enn, yang juga ingin mendapatkan sotong tersebut untuk meramalkan keputusan PRU akan datang...

Ketepatan ramalan Paul dikatakan menarik minat pemimpin tertinggi parti komponen tersebut...

Namun, penulis memang percayakan si Paul peramal keputusan bola sepak ni...

Penulis percaya yang Paul memang sedap jika dibuat Takoyaki!!

yummy...

Sementara itu, para pengkaji konspirasi mula mengaitkan Piala Dunia, Paul d Sutun dan kejayaan Spain merangkul kejuaraan Piala Dunia pertama mereka dengan konspirasi-konspirasi besar di seluruh dunia...

"Paul meramalkan Spain muncul juara, dan sekarang Spain melengkapkan senarai 8 pemenang World Cup... sotong 8 kaki, 8 pemenang Werl Kap, memang bukan kebetulan..." ujar seorang peminat kajian konspirasi.

8 juga adalah no. jersi Xavi Hernandes, pemain terbaik Sepanyol, dan blog Mr Deus yang dikecam teruk pengkaji konspirasi baru-baru ini juga berkaitan dengan no 8 [erk888]

tIc amat positif, kesemua ini dikaitkan berikutan tersiarnya gambar ini di internet baru-baru ini...

sumber: Sokernet

Maunya Belanda tak mengamuk!!

T/t: Aku masih percaya yang Hatsu masih merupakan sotong yang paling popular pasal reti masak takoyaki...

Tuesday, July 13, 2010

Fast and La Furious Rojas!!

Dalam dunia sekarang, semua benda orang nak cepat...

Kecuali 4 perkara:

-mati,
-sembahyang,
-buat kerja,
-dan main bini...


T/t: tulis belog pon nak main rush jer...

Sunday, July 11, 2010

Too Klose, yet Two Far...



Hope you'll be there on Brasilia 2014, and give us a last World Cup somersault  :D



you can smile for another 4 years... :p


T/t: Miroslav Klose is better than Lionel Messi!!

Thursday, July 8, 2010

How Could This Happen To Me...

Takde idea, ARGHH!!!

huhuhu... World Cup memang melemahkan minda, terutamanya apabila support team tak kuat, cam aku... bila team dah out, tak tahu nak buat apa. Nak tengok game pagi, tak sanggup, pasal pagi-pagi dah kena bawak kereta, nak bagi punch card merah pun tak sanggup, pasal baru start kerja balik.. [kerja2 sebelum ni tak memerlukan aku punch card...]

walhal 4 tahun lepas, time world cup aku tengah practical... dalam sebulan tu, ada sehari je aku terlewat, pasal world cup...lupa match apa...

aku ada kebarangkalian terlepas tengok final, pasal aku mungkin on da way out station ke Kelantan [ironi sungguh!!]

bagaimanapun, prediksyen aku ialah Netherland 0-1 Espana... juara baru Piala Dunia bakal diketahui Ahad ini [awal pagi Isnin waktu Malaysia]. Aku tips Spain menang pasal aku rasa luck diorang kuat, cam Greece 2004...

aku masih sangap nak isi borang claim...


T/t: tiada kebaikan yang boleh didapati daripada Piala Dunia melainkan hati sakit dan mata mengantuk...

Wednesday, July 7, 2010

Que Sera, Sera...

What ever fucking happen, let it fucking happen!!

Quote minggu ini: Aku suka Cafu dan Maldini pasal dua orang ni memang legend... Ke'legendary'an [celaka, bahasa apa ni!?] seorang defender terletak kepada keupayaannya untuk menjaringkan gol!

Seperti juga legendary-nya Pele sebab berjaya save penalty dalam perlawanan akhir Brazil-Italy World Cup 1994... -tIc


T/t: Leceh sialll nak isi borang claim... ada sape2 nak tolong? aku bagi 20%!!

Monday, July 5, 2010

You tired of running, tired of listening, tired of hurting...

Aku ingin cuba mengutarakan sesuatu yang serius, namun gagal...

Kegagalan ini berpunca daripada ketidakpekaan aku terhadap situasi isu semasa yang serius. Perkara yang paling serius aku tahu ialah World Cup, which hardly serious enough unless you're an Africa, Brasilian other Nation who still left in the tournament...

Aku rasa jengkel dengan diri sendiri apabila 'terpaksa' menggunakan bahasa rojak, tapi aku hanya tulis apa yang terlintas, so, kalau yang terlintas tu dalam bahasa Inggeris, apa boleh aku buat? Satu-satunya yang aku cuba jaga dalam penulisan aku ni ialah ejaan... Kadang-kadang tu, aku sengaja buat kesalahan tatabahasa untuk memudahkan pembacaan, walaupun aku tahu sesetengah ayat itu salah dari segi tatabahasanya, sama ada bahasa Inggeris atau Melayu...

Penggunaan istilah pun aku jaga jugak...

Ok, enough about me! This blog ain't about me anyway, ye tak?? [huhu]

Sepanjang Julai [which is understatement, since Julai baru masuk hari ke-5] ni, aku asyik travel je... First balik kampung pada 30 Jun malam, sampai pagi 1 Julai di KB, and then, petang tu jugak bergerak ke Kemaman. Esoknya, ada program di Kemaman dari pagi [8.00am] sampai petang [7.00pm]. I thought of blogging about it, but then I thought, it would be boring... [which, again, an understatement, coz my blog IS boring :p]

Then, lepas je program tu, terus gerak ke Batu Pahat dari Kemaman, ikut Segamat, Labis and so on... [note that, untuk program kat Kemaman tu, aku dah berpeluh bagai, terus je travel ke Batu Pahat tanpa mandi dulu atau tukar baju...huhu]. Berhenti kejap dalam 11.30 lebih, lebih kurang, dan sempat tengok gol pertama dan kedua Belanda ke atas Brazil [sekali gus menafikan teori aku yang Brazil hanya boleh dikalahkan oleh Itali atau France...], then terus ke Batu Pahat, berpusing-pusing cari hotel sampai pukul 2.00 pagi [lebih kurang].

Oh, aku tak travel sendiri, aku travel dengan family, sebab nak hantar adik aku ke Batu Pahat tu, register first year undergraduate...

Sepanjang perjalanan, banyak benda berlegar-legar di ruang otak berkarat aku ni. Banyak jugak benda-benda yang tak kurang seriusnya aku nak cuba kongsi di sini...

Tapi malangnya, aku memerlukan mood untuk mendapatkan idea, dan memerlukan idea untuk menulis. Lagipun banyak point-point dalam perjalanan hari tu aku tak jot down pasal dah habit... [hehehe]

So, kita cerita pasal bola sekejap [pembaca: tipikal!! BOO.]

Seperti diketahui, aku support South Korea tahun ni just for the Lulz [pinjam ayat Obe plak...]! Tak, sebenarnya sebab saje je nak support team asia, dan team asia yg paling kuat pada pandangan aku ialah South Korea [Yes! I'm a glory hunter! Cursed me!!].

Lepas SK kalah, terus jadik neutral. Macam tu la aku setiap kali World Cup pun, pilih satu team, bila depa dah kalah, terus jadik neutral. Yang aku favor pun kiranya ikut match la... Tapi biasanya yang aku support memang kalah! [so, sape-sape yang nak team dia menang tu, pujuk la aku untuk support team lawan korang, huhuhu...]

Tahun-tahun sebelum ni, aku favor Argentina lebih sikit dari team-team lain... Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku support Argentina, sebab ia penuh ironi...

Negara miskin, walaupun reputasi dan bakat tinggi, tapi pencapaian tak memberangsangkan, ramai bintang, but feel like missing something. Dan yang paling ironinya ialah, tiada seorang pun pemain Argentina yang berada dalam skuad Man Utd lebih dari 3 musim [tak silap - ke 2 musim?], menyebabkan aku tertanya-tanya, apsal Fergie susah nak melekat dengan player Argentina?

Tapi skuad Argie sentiasa menunjukkan mutu permainan yang tak disangka-sangka. Contohnya, masa 2002, diorang feveret, tapi main hampeh gila. Bila 2006, tak feveret, tapi terus jadik feveret lepas belasah Serbia 6-0, best match of 2006! Pastu terus sampah bila kalah ngan Jerman tanpa menurunkan pemain prodigy time tu, Lionel Messi, dan mengeluarkan maestro Riquelme sebelum 90 minit... Tahun ni pun sama,nyawa-nyawa ikan nak lepas qualifying, tapi,lepas cruising through group stage, kena lauk dengan Jerman pulak... cam bangang, kan?

Mungkin sebab utama aku support Argentina sebab kena psiko ngan ayah aku dulu, katanya Maradona sangat otai! Lagipun, sepupu aku dah pick Brazil, dan abang aku, seperti biasa ialah lalang, [walaupun Itali merupakan satu-satunya team bolasepak yang dia support dengan paling konsisten, guess which team dia support tahun ni?]. So, untuk lari dari klise, aku support la Argentina time 1994 dulu (time tu, mana nak kenal Korea atau Jepun lagi...)

Ok enough about me... [again]

Prediction aku untuk Final kali ni agak bercampur baur sebenarnya. Banyak faktor nak diambil kira. Ya lah, bola ni bukan kira skil, team spirit atau taktikal saja, kena kira luck jugak... Bila mana pengadil terlepas off-side, terlepas bola lepas line gol ke tak, terlepas pandang foul atau lakonan... semua faktor tu kena diambil kira!

Tapi satu yang pasti, semua team di semi-final aku kira mempunyai peluang 50-50, bukan sahaja untuk berjaya masuk final, tetapi jugak untuk muncul Juara edisi kali ni! [by right it should be 25-25-25-25, sebab ada 4 team, kan?]

Uruguay

nampaknya nasib team ni sangat kuat, terutamanya diambil kira daripada dua perlawanan kalah-mati sebelum ni. Diasak teruk oleh South Korea setelah mendahului pada minit ke-8, tapi berjaya restore lead sebelum permainan tamat. Lepas tu, seri 1-1 dengan Ghana sehingga masa tambahan, dan satu penalti Ghana pada minit ke-90 terkena palang gol. Dah la penalti tu akibat daripada 'tangan Tuhan' Suarez, yang, kalau dia tak tahan bola tu, confirm-confirm Uruguay dah terkeluar [talk about from hero to zero to hero again...]. Then, seperti yang sedia maklum, kalau nak menang penalti, memang kena ada luck yang kuat!

'Luck' sekali lagi akan menjadi kata kunci kepada kejayaan Uruguay apabila menentang in form Belanda dalam semi final, tanpa kelibat 3 tonggak utama mereka, termasuk Suarez [kalau aku tak silap]. Jika mereka boleh lepas dengan Belanda, tak kira dengan betapa bernasib baiknya mereka, aku tips diorang boleh menang World Cup, sebab, biasanya team yang kuat dia punya luck memang tak mustahil jadi juara...

Belanda

If you can beat Brazil, chance is, you can also win World Cup. Lagipun, bukan calang-calang team Brazil yang diorang kalahkan, dah tu diambil kira hakikat yang mereka ketinggalan untuk hampir keseluruhan game tersebut. Dua key players diorang, Robben dan Sneijder pastinya menjadi senjata utama diorang. Aku tips Sneijder confirm menang Ballon d'Or dan FIFA Player of the Year tahun depan, regardless of the outcome of the World Cup!


Masalahnya, jika Belanda ke Final, mereka akan berdepan, sama ada Spain, pasukan yang dah malukan mereka di Euro 08, atau Germany, pasukan counter-attacking terbaik untuk edisi kali ni [remember Netherland-Italy Euro 00?]

Germany

Pastinya dilabel feveret untuk menang Wrold Cup kali ni, selepas muncul pasukan dengan jumlah gol terbanyak untuk World Cup 2010... Pasukan yang aku lihat paling stabil selepas Brazil, bahkan mungkin lebih lagi! Defend kuat, midfield kuat, striker boleh score... what more can you ask? Player pun ada ramuan muda-tua yang cukup berkesan, taklah terlalu muda, dan tak terlalu tua jugak, kira average age tu cantik-cantik je... Taktikal ok, tidak individualistik, [yang mana adalah faktor terpenting untuk mana-mana team bola sepak untuk berjaya]. Boleh passing, boleh dribble, tahu bila nak cross, bila nak tackle, dengan kata mudahnya, jika Spain ialah hot feveret sebelum tournament, maka German adalah hot feveret ketika ini!

Masalahnya, selain bertemu Spain di semi final, yang telah kalahkan mereka di Final Euro 08, German juga dilabel feveret di World Cup Germany 2006, tapi kalah. Dah masuk 2 Final kejohanan antarabangsa sejak 2002 [WC 02, Euro 08] dan beberapa kali semi final, mereka masih gagal menang major trofi sejak WC 1990...

Tapi... [Ha! ada tapinya...], dalam beberapa kejohanan yang lepas, mereka ada Michael Ballack sebagai Captain, Bekas pemain tengah Chelsea yang sengaja memakai jersi no 13 untuk membuktikan yang kepercayaan bahawa no 13 membawa malang tu adalah tahyul, sebenarnya tidak sedar, yang dialah pembawa malang kepada team German. Tanpa beliau, bukan sahaja German bermain baik, bahkan terlalu bagus untuk Australia, England dan Argentina, dan silap haribulan, mungkin juga Spain! Dan, time diorang kalah dekat Spain dulu, Fernando Torres tengah in-form, tapi sekarang...

So, peluang German dilihat agak tinggi! Nak tahu lebih lanjut, sila ke sini...

Spain

Hot feveret sebelum tournament, namun segala-galanya membangkitkan persoalan selepas perlawanan pemanas badan yang kurang meyakinkan, kecederaan kepada striker utama, Fernando Torres, dan ditambah kekalahan mengejut kepada Swit-we-hold-the-World-Cup-clean-sheet-record-zerland pada perlawanan pertama. Namun Spain bangkit(?) dengan memenangi baki kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan mereka, dan menang (kontroversialli) dengan Portugirl, dan dengan Para[-Para Sakura]Guay.

Jika pasukan lain, menang 1-0 biasanya akan dianggap bernasib baik, tapi Spain ialah satu pasukan menyerang yang dipenuhi oleh majoriti pemain-pemain dari kelab 'mighty migthy Barca, tim bolasipak paling hebat di bumi, di langit dan kesemua yang ada di antaranya, tak boleh kalah kecuali bila team lawan main tipu seperti meletakkan bas di depan pintu gol', mereka sepatutnya bukan sahaja menang mudah kesemua perlawanan mereka, bahkan me'rojak'kan pasukan lawan mereka, sesuai dengan nickname mereka, 'La Furia Rojak'. 

Tapi, hakikatnya, dengan meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menjaringkan gol kepada seorang pemain [David Villa] dan pemain-pemain lain bertanding siapa yang boleh pass bola paling banyak, mereka hanya menang 1 atau 2-0 je sepanjang edisi kali ini... tipikal Barca!

Tapi, walaupun hanya 1-0, dan gol dijaringkan pada minit-minit akhir [atau gol off-side], menang tetap menang, dan jika, sekali lagi, nasib diambil kira, seperti Uruguay, Spain juga memiliki luck yang tinggi, sesuatu yang tidak mereka miliki pada kejohanan-kejohanan besar sebelum ini [kecuali Euro 08, mungkin]! Jadi, kecederaan Fernando Torres maybe is blessing in disguise after all...

Jadi, itu lah prediksyen aku untuk World Cup kali ni, memang susah nak ramal siapa yang boleh menang, sebab masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri di atas faktor-faktor berlainan...

Apa yang aku nak tengok di final nanti ialah:

Uruguay vs Spain [perlawanan antara siapa yang mempunyai 'luck' paling kuat]

atau, German vs Uruguay [taktikal vs luck]

Yang aku harap jadi juara, Belanda [ironi, bukan? huhu,] supaya ramalan aku yang Sneijder akan dapat Ballon d'Or dan FIFA World Player of the Year akan jadik kenyataan without doubt [unless ada orang main pakai kabel dalam...]


T/t: prediksyen: Final - Kalau Uruguay vs Germany, Uruguay menang
Belanda vs Germany, Germany menang, Belanda vs Spain, Spain, Uruguay vs Spain, Spain [kecuali jika perlawanan berlanjutan ke penalti, aku tips Uruguay menang...]

take note tahi judi sekalian, prediksyen aku biasanya akan jadi sebaliknya....