Friday, April 9, 2010

I need to f*cking kick this out from my damn system!!

Entri pendek yang korang patut meragui kependekannya...

Exam PTD lagi 2 hari... fakkit!! Lagi sehari sebenarnya, ni dah kira 9hb, Jumaat, bukan lagi Khamis...

Moral down pasal United kalah (dan tersingkir UCL)? Hell yeah!!

I always been a good exam taker regardless how I am/was as a student, somehow I always know how to tackle exams! My proud record is I never failed in written exam for entire school days (Standard 1- Form 5, not even once!!) *I don't keep a record after matriculation, but I don't remember suffering any failed papers...

Maybe come close every there and here, sometimes just one point above Fail, but never failed!! huhu.. bunyi berlagak ke??

But, what with PTD?

a lil' scare actually...

Katanya dia akan tanya isu-isu semasa, pasal kenegaraan dan apa yang kita tahu pasal negara dan dunia, kan? So, since dia tanya apa yang kita tahu, what's the point of study atau baca last minit kan? Jawab saje apa dalam kepala time tu!

Aku tahu banyak pasal dunia... tapi kebanyakannya pasal EPL ataupun bola sepak la kan... dah tu memang interest aku! Kalau nak cerita pasal politik, aku hanya ambil berat pada yang berkaitan je... tapi, kalau dah exam untuk jawatan kerajaan, takkanlah dia nak jawapan yang tidak pro-kerajaan, kan?

Aku tidak melihat diri-sendiri sebagai anti-kerajaan, mungkin aku cuma anti/tidak bersetuju dengan beberapa isu, tapi tidak semuanya, kadang-kadang kita kena rasional jugak... kalau baik untuk jangka masa panjang, kita kena terima jugak... Kalau baik untuk majoriti, since kita ni demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan, kena la terima decision majoriti... Perkara yang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, kita kena terima jugak, tapi pendapat orang lain pun, kita kena dengar dan kadang-kadang, if it's make sense, kena terima jugak! ye tak??

So, mintak-mintakla dia tak tanya soalan-soalan kontroversi, atau sekurang-kurangnya boleh menerima jawapan naif aku sama ada kontroversi ataupun tidak, huhuhu...

Berkenaan dengan soalan-soalan berkaitan kenegaraan dan Malaysia.. aku rasa logik la kalau mereka nak tanya pasal Perlembagaan, sistem negara, pasal Parlimen, dan sebagainya, yang tu, aku boleh terima yang aku kena study balik... nasib baik aku ada jumpa buku teks Tamadun dan Kenegaraan Malaysia 'B' time universiti dulu, dan aku dah menyesal pasal tak beli yang 'A' punya... but if my memory didn't betray me, yang 'A' tu banyak pasal sejarah dunia or pasal agama Islam (ko ingat tak Azx?)...so safe la aku kat situ, pasal aku rasa pengetahuan aku pasal Islam, actually not bad... pasal dulu aku rajin pergi kuliah Maghrib dan usrah, hehehe :D (ya, aku tulis 'dulu' maknanya sekarang dah tak lagi, entah apa nak jadi...)

Tapi, kalau timbul soalan seperti "Berapakah bilangan alat digunakan untuk persembahan Mak Yong?" seperti yang aku ada tengok kat satu blog hari tu masa aku google, "soalan ramalan peperiksaan PTD", confirm aku tak boleh jawab, and I don't give a damn to look for the answer!!

Why?

Honestly, because I don't care! Why actually I must know about something I don't care? Bukannya tak ada orang dalam Malaysia ni yang menjaga warisan mak yong. Bukan tak ada orang yang masih praktis Mak Yong, ye tak? so, tanya la diorang, apsal tanya aku?? Cuba tanya aku benda yang aku berminat atau tahu contohnya, mesti aku dapat jawab! Seperti, "bagaimanakah untuk melakukan Outer fore-arm block dengan betul?", "apakah formasi terbaik digunakan oleh Manchester United di perlawanan Eropah?", "siapakah natural defender terbaik yang England pernah ada mengikut Fergie?", "Siapakah yang lebih hebat, Pele atau Maradona?", "Terangkan proses Translasi DNA" soalan-soalan sebegini mestilah aku boleh jawab sebab itu semua dalam interest dan pengetahuan aku!!

Tapi, buat apa lah aku nak kompelin, ye tak? Sebab tujuan diorang bagi soalan-soalan tu adalah untuk mencari mereka yang mampu menjawab dan mengetahui mengenai perkara tersebut untuk memudahkan dalam urusan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik kelak... Honestly, jawatan tersebut tidak mengecurkan air liur aku sikit pun... gaji basic RM5-6K? so what?? huhu...

I'm a man of a dream, takkan aku nak bekerja dengan benda yang aku tak minat? I've tried it before and it's end terribly... Aku isi jawatan tu pun sebab jawatan-jawatan lain dalam SPA hari tu langsung tak make sense dengan aku dan kelayakan aku... (apsal takde jawatan manager bola, player bola mahupun coach Taekwondo dalam tu? aku ada Coaching license level 1 Taekwondo apa! huhu)

ceh...

sebenarnya, kalau betul-betul berminat dengan jawatan tu, study ler betul-betul... cuma bagi pihak aku, kalau dia nak tahu apa yang aku tahu, maka kalau aku study dulu sebelum tu, that's not gonna make sense, just feel like cheating...huhu

Nanti lepas dah exam, mungkin aku akan cerita pasal experience dia, dan kalau mood baik, aku bagi sekali apa soalan-saoalan dia (walaupun aku tak sure sama ada soalan dia akan repeat sama macam exam kat Universiti dulu...huhu)

T/t: tak mau jadik hipokrit... for others, good luck!! Esok (tengah hari karang) nak pergi majlis cukur jambul anak sepupu, mungkin bleh release tension sikit...huhu

1 comment:

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL