Wednesday, April 21, 2010

Gomo Kelate Gomo!!

Setelah 14 tahun (tambah tolak...) aku tak ke Stadium untuk perlawanan Live bola sepak professional (if Malaysian League are anything near Pro at all, huhu..), semalam, aku pergi tengok Kelantan vs Key EiiL di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, dengan sepupu aku yang baru balik dari Ostrolia hari tu...

Cerita banyak tak guna... Beberapa perkara penting dalam match semalam:

1. Fans are hard to please... selepas leading 3-0 dalam minit ke-60, penonton masih marah-marah untuk setiap miss chances, dan mengharapkan mereka(pemain) untuk score lagi 3 gol (termasuklah aku, hehehe :D)

2. Kelantan boleh main cantik jugak... Back line orait, walaupun kerjanya asyik clear bola je, tapi, kalau aku coach pun, aku akan suruh diorang buat benda yang sama, banyak hantaran dan lorongan yang cantik... selain daripada 3 gol yang dijaringkan, strikers agak hampeh sebab banyak mensia-siakan peluang baik, yang kalau Wayne Rooney yang terlepas peluang-peluang tu, memang kena maki dengan Fergie...

3. Indra punya free-kick memang class bila tengok dengan mata kepala sendiri... tapi sayang, second free-kick betul-betul luar kotak dia tak shoot terus, huhu...

4. Orait apa Akmal Ridza...

5. Key EiiL ada potensi, tapi nampak cam tak cukup pengalaman

6. Kelantan turunkan keeper ketiga, tapi kept a clean sheet... keeper tak bergerak banyak pun, tapi banyak routine save, huhu...

7. Kelantan ni main bengap juga bila dah leading... asek hantar bola yang sia-sia antara 4 backline, nyaris-nyaris bagi Key EiilL score sjibik dua...

8. Penonton ada la dalam separuh stadium... aku doubt ada seorang pun penyokong KL, pasal kawan aku budak Gumback, yang mengaku KL, tapi sapot Negeri Sembilan la, Selangor la, Kedah la... dasar glory hunter...

9. tak boleh masuk air dalam stadium rupanya, terpaksa budak yang jual burger dalam stadium bawak seludup ikut bakul burger dia... kesian, burger tak laku pasal semua orang nak air je... huhu

10. ada sekali ada orang campak air masuk dalam padang pasal ref lambat tiup bola foul, dan player KL lambat keluarkan bola untuk player Kelantan dapat rawatan... Tapi yang bestnyer ayat brader belakang aku, "Kalu jual kkito pon, kito beli air tu, (daripado buat pekong)" -har har har!!! [tak faham? sila cari translator anda sendiri, huhu]

11. burger stadium memang jimat kos...huhu

3-0 jer...

T/t: tiket RM 12... RM 4 per gol... air seludup masuk stadium=RM1, burger luar stadium=RM1 (kalo beli kat dalam kununya RM 1.50, jimat 50 sen...), dapat makan burger kat stadium setelah 14 tahun tak pergi stadium, priceless...*

2 comments:

  1. Napoknye Ganu kecundang di Pasir Gudang..tapi dakpe..sebab Kelantan duk bowoh Ganu...agagagagagaa...

    ReplyDelete
  2. buke meney ko Ganu? aku tgk Berita Hairan meney 3-6? ko kakah surat khabar nih nipu aku?? huhuhu...

    *sikit jah bezo tu, haw haw!!

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL