Thursday, April 29, 2010

Get Real, Madrid!!

 Los Merengues

Selepas tamat 90++ minit di Nou Camp pagi tadi, maka sah lah pertemuan final Liga Juara-Juara Eropah 2009/2010 di Santiago Bernabeu nanti adalah di antara Bayern Munchen (seri dengan Man Utd) dengan Inter Milan (kalahkan Chelsea)!

Kempunanlah Barcelona untuk ke final UCL secara dua musim berturut-turut, sekali gus menyamai rekod Manchester United musim lepas. Ini juga menyebabkan mereka kempunan untuk beraksi di gelanggang arch rival mereka dalam final kejohanan kelab paling berprestij di Eropah ini!! Dan apatahlagi untuk mengangkat, mencium dan mengarak piala keramat yang dimenangi Real Madrid sebanyak 9 kali itu di gelanggang mereka  sendiri... (bayangkan Liverpool menjulang trofi EPL pertama mereka dan 19 keseluruhan trofi Liga mereka di Old Trafford...)

Impian Lionel Messi, Pep Guadiorla dan keseluruhan Catalonia musnah berkecai...

Namun adakah itu bermakna Madridista boleh berasa lega kerana arch rival mereka telah tumbang awal?

Jawapanya sudah pasti TIDAK!

Kenapa?

Kerana faktor-fakta berikut:

1. Projek Galacti-Jokes episode 2 - seperti sedia maklum, Real Madrid telah membelanjakan 265 million Euros untuk membeli piala... eh, maafkan saya, untuk membeli bintang Manchester United (C. Ronaldo), bintang AC Milan (Kaka') dan bintang Lyion (Karim Benzema) serta beberapa pemain lain dari 'kelab kurang ternama'... Namun, Real Madrid masih gagal untuk melepasi pusingan 16 terbaik UCL, satu rekod yang sudah dipegang (dengan bangganya) beberapa musim lamanya...


the galacti-Jokes

Yang lebih menyedihkan ialah, mereka telah kalah di San Siro di tangan AC Milan dalam perlawanan peringkat kumpulan, dan disingkirkan oleh Lyion dalam pusingan 16 terbaik. To make thing worst for Christiano, Manchester United had gone even further, beating AC Milan at San Siro, humiliated them at OT, tersingkir hanya dengan peraturan gol di tempat lawan setelah bermain dengan sepuluh orang, dan Wayne Rooney injured... Dengan kata lain, bukan sahaja Real Madrid melakukan pencaturan yang salah dengan membeli 'bintang-bintang' ini, tetapi mereka (bintang-bintang tersebut) juga membuat pencaturan yang salah dengan berpindah ke kelab yang lebih lemah daripada kelab lama mereka...

Bahkan, mereka juga mungkin tidak akan memenangi sebarang piala pun musim ini...

LOL!!

2. Arjen Robben dan Wesley Sneijder - Logiknya apabila sesuatu pasukan itu melakukan rombakan besar-besaran seperti Real Madrid, sudah tentulah sesetengah pemain terpaksa disingkirkan dengan alasan 'tidak cukup bagus' atau 'surplus to requirement'... Antara mangsa-mangsa Galacti-Jokes ialah Arjen Robben, Wesley Sneijder, Ruud Van Nisterooy, Klass Jan Huntelaar dan Fabio Cannavaro (ever wonder why majority of them are Dutch?). Arjen Robben telah berpindah ke kelab gergasi Jerman, Bayern Munich manakala Wesley Sneijder ke kelab juara Itali, Inter Milan...

Kedua-duanya akan kembali ke Santiago Bernabeu pada Mei ini untuk berentap merebut piala kelab paling berprestij di Eropah ini (ayat ulang, but I can't help it! :p). Kedua-duanya tidak dapat dinafikan lagi merupakan pemain yang instrumental dalam merangka kejayaan pasukan masing-masing untuk layak ke final kali ini. Dengan gol dan kelincahan mereka, telah berjaya merobek dua pasukan terhebat dunia masa kini, iaitu Manchester United dan Barcelona, masing-masing... tidak lupa juga kehebatan mereka menentang kelab kecil yang lain seperti Macabi Haifa dan Chelsea...


yeay!! Balik ke Madrid!! Kali ni nak bawak balik piala!! ;p

Dan Madrid's faithful akan sekali lagi berpeluang melihat kelincahan kedua-dua pemain ini at their own backyard, and wonder what had their team miss, and how they would wish for both of them still running in their white shirt rather than in red (Robben) and blue(Sneijder)...

To make thing worst, Nisterooy might also featured in Europa League Final, if Hamburg could get pass Fulham next week. The only consolation is that Fabio Cannavaro didn't do any better than themselves...

another LOL!!

Jadi, ya... dengan Final UEFA Champions League yang bakal berlangsung di Santiago Bernabeu, stadium kera-mat-ya Real Madrid, antara Bayern dan Inter, antara Van Gaal dan Mourin-who, antara Robben dan Sneider, siapapun pemenangnya nanti, hanya ada satu the biggest loser... REAL (loser) MADRID!!

Extra:
  • Ini bakal merupakan final ke-2 buat jurulatih Inter, Jose Mourinho, selepas final UCLnya yang pertama adalah bersama dengan Juara Portugal, Porto
  • Dan juga Final kedua berturut-turut bagi Samuel Eto'o (seorang lagi  pemain yang boleh lol-kan pasukan lamanya, huhu) tetapi dengan kelab yang berlainan! (tahun lepas Gerard Pique memenangi final UCL dengan dua kelab berlainan dalam dua musim berturut-turut, walaupun dia hanya berada di bangku simpanan dalam skuad United 2007)
  • Dan juga final pertama Inter setelah format pertandingan diperbaharui...
  • Bayern Munich pula semestinya ingin menghapuskan igauan Sepanyol yang dialami mereka lebih kurang 10 tahun lalu, di Nou Camp ketika itu, apabila tewas dengan 2 gol lewat kepada United, dan sekali gus terlepas kejuaraan kelab paling berprestij di Eropah ini.
  • Namun ini bukannya final pertama mereka selepas 1999, bahkan mereka telah memenanginya pada tahun 2001 di San Siro...
  • Sejak format baru diperkenalkan pada tahun 1997, hanya tiga (3) pasukan sahaja yang layak ke final UCL dua tahun berturut-turut iaitu Juventus (3 kali berturut-turut, kerana mereka juga finalis 1996), Valencia dan Manchester United, dan hanya Manchester United sahaja bekas Juara yang berjaya layak ke final pada musim berikutnya (Juve dan Valencia adalah runners-up bagi kedua-dua penampilan final berturut-turut mereka sejak 1997) *untuk rekod, Juve adalah pemenang terakhir untuk format lama pada tahun 1996* 

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL