Sekarang ni, semua benda dah ada dalam Facebook... Apa saja yang kita nak ada dalam tu! Nak jadi fan KFC Wedges, misalnya, sudah tiada halangan lagi, apatah lagi fan bagi page-page politikus seperti aku bertaruh pakatan rosak boleh dapat sekian-sekian fan berbanding barisan nyanyuk, dan vice versa serta banyak lagi...
Page-page emo pun tak kurang banyaknya, tak dikira fan page untuk "sayangilah ibu bapa anda", page keagamaan, kemanusiaan, ke-anti-agama/kemanusiaan, I love Malaysia, I hate Kelantan, dan sebagainya... fan page artis toksah ceritala...
Sekarang ni, company-company besar pun dah ada FB. Stesen TV pun dah ambil langkah yang proaktif dengan mem-Facebook-kan setiap program diorang... Bahkan soalan exam PTD hari tu pun ada soalan berkaitan Facebook... Memang Facebook ialah 'in' thing zaman sekarang!
Bukannya laman web sosial ni sesuatu yang baru pun sebenarnya. Kebanyakan daripada kita mesti dah ada Friendster dan/atau Myspace sebelum ada Facebook ni, tapi, dulu, takdela pulak Friendster TV3 atau yang sewaktu dengannya, ye tak? Kalau ada pun, dia punya promote takde la pulak seingat aku sehebat Facebook punya zaman sekarang, ye tak?
So, sekarang aku rasa ungkapan "I can't live without Facebook" akan menjadi sesuatu yang normal pada masa depan seperti mana "I can't live without handphone" sekarang. Apa taknya, hampir semua peringkat umur, latar belakang keluarga dan karier, semua pun dah mula ada Facebook! Kalau ada komputer dan internet je, wajibnya mesti ada Facebook!
Aku sendiri pun belum approved lagi friend request ayah aku ni... dah berapa bulan dah ni! Tapi aku bukannya sengaja tak nak approved...
Lagipun, profile tu adik aku yang pakai buat main Farmville jugak...
Nak benci orang pon pakai Facebook sekarang...
T/t: My phone can't live without me... coz it can't charged itself...<---- ok, bad joke! huhu...
aku dah lama tak masuk pesbuk sejak sakit tu hari..nanti masuk aku add ko ngan deus...:D
ReplyDeleteSo, exam PTD ari tu amek tajuk social networking sites tu ke? *English essay rite.
ReplyDeleteJarr: add la kalo berani... hehe :p (add je ler...)
ReplyDeleteOJ: a'ah, apparently, huhu... pikir2 balik rasa cam ntahape2 je jawab ari tu, akakaka!!