Itulah sebenarnya maksud PTD bagi yang tidak tahu... atau dalam bahasa omputihnya Blood, Sweat, and Tears -BST (bukan bullshit!!)
Walaupun aku rasa lebih baik kalau translasinya ialah Penat. Tengik. Darah mendidih!
Penat menjawab soklan beratus-ratus, dari jam 9pagi - 4.30 petang. Tengik gak la, dah la aircond tak terasa... hampeh punya Hotel... dan Darah mendidih pasal, er... panas, huhu :p
Bagi yang tak tahu, serba sedikit mengenai format dan jenis-jenis peperiksaan dalam exam PTD ni ialah terdapat 2 bahagian. Bahagian 1 terbahagi kepada 5 seksyen, iaitu A,B,C,D dan E... A ialah bahagian soalan pengetahuan am dan kenegaraan, B merangkumi analitikal data termasuk logik dan matematik, C adalah bahagian kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, manakala D dan E ialah soalan esei BM dan BI respectively...
Soalan-soalan dia agak susah, tapi jawapan dia agak senang... tak banyak putar belit dalam jawapan dia, tapi mungkin tu hanya untuk kali ni saje, huhu... Tapi, bagi mereka yang peka terhadap negara kita, terutamanya hal ehwal kenegaraan dan sejarah Malaysia moden, serta sedikit sebanyak mengenai dunia (which the scope still around about Malaysia or Malaysians), dan paling penting tahu banyak pasal dasar-dasar kebangsaan serta pengaplikasiannya, soalan-soalannya akan menjadi sangat senang bagi anda... Manakala bahagian math dan kefahaman agak mudah, mungkin aku kira tahap PMR sahaja (of course 'mudah' tu still depend kepada betapa mudah anda anggap PMR anda dulu...)
Bagi soalan math dan logik mungkin agak tricky, kerana bahagian logik akan menguji IQ dan ketelitian anda, manakala math pula anda perlu agak cekap terutamanya dalam kira-kira congak kerana tiada kalkulator dalam apa jua bentuk dibenarkan...
Esei pula standard SPM, hanya karangan bentuk pendapat sahaja, yang penting jika anda boleh memasukkan sekurang-kurangnya 3-5 poin untuk isi karangan anda, anda akan dengan mudahnya mencapai bilangan 300 patah perkataan tu. Jika anda seorang blogger yang banyak menulis mengenai isu-isu semasa, aku tak nampak di mana susahnya soalan-soalan sedemikian. Dan jika karangan korang di sekolah dulu memang hebat, aku juga rasa soalan esei ni akan jadi kacang sahaja bagi anda. (of course, again depends pada penguasaan bahasa anda, sama ada BM atau BI yang lebih baik, maka soalan esei bahasa tersebutlah yang akan jadi lebih mudah bagi anda...) Ada tiga pilihan soalan dan hanya perlu jawab satu soalan sahaja dengan tempoh masa 1 jam. Bagi esei BM, bilangan perkataan haruslah dalam 300-500 patah perkataan, manakala bagi esei BI ialah 200-300 patah!
Bahagian 2 ada 2 seksyen iaitu A-Sahsiah, dan B-Minat. Basically soalan ni adalah soalan jenis jawapan dia ya atau tidak ataupun, "A)sangat setuju, B)setuju C)tidak pasti D)tidak setuju dan E)sangat tidak setuju," ataupun "A)Sangat kerap, B)Kerap, C)tidak pasti, D)kadang-kadang, dan E)Tidak pernah". Bentuk soalan bagi sahsiah sama seperti soalan dalam kaji selidik budak-budak sains sosial (kalau korang pernah terlibat dalam kaji selidik diorang la...), manakala minat pula semuanya soalan jenis jawapan 'Ya' atau 'Tidak' sebanyak 227 soalan yang antara contoh soalannya seperti:
"adakah anda boleh atau pernah ... membaiki kapal terbang?"
A)Ya, B)Tidak?
Dan ironinya, aku berjaya menjawab soalan matematik dan analisis data dalam nick of time, tapi terpaksa ambil lebih masa untuk jawab soalan minat yang jawapan dia hanya 'Ya' dan 'Tidak' tu...
Sebenarnya selain daripada esei, soalan-soalan lain agak mudah kerana ia adalah soalan multiple choice, so, kalau mereka yang sudah biasa dengan istilah 'machine-gun' tu, silalah guna tanpa was-was! Aku sendiri pun tak sangka rekod baik aku semalam apabila aku hanya menembak beberapa soalan sahaja, berbanding jika nak diikutkan yang aku langsung tak baca betul-betul nota-nota yang diberikan oleh member-member aku (thanks guys, Seri and Logan!).
angka giliran tu takyah la nak tembak jugak...
Tapi ada hikmahnya aku tak study ni kot... sebab ia membuang semua pressure untuk aku ambik exam ni. Tak macam exam-exam kat sekolah, exam kali ni aku masuk dewan dan ambik exam dalam perasaan tidak nervous langsung, sangat tenang... mungkin sebab aku tidak memaksa diri sendiri untuk mengingati sesuatu apapun daripada nota langsung. Itu pun sebab sebenarnya aku tak berapa mengharapkan apa-apa daripada exam ni sebenarnya. Kalau lulus, bagus la... Kalau boleh ke peringkat seterusnya, alamat kena study betul-betul la sebelum interview (or second exam, aku tak berapa sure)... tapi kalau fail, mungkin aku try untuk satu kali lagi kot... Personally, I don't think this exam come at the best of time this time around, huhu :D
Berbalik kepada sistem pemarkahan. Bagi soalan objektif dan esei, mungkin jelas bagaimana marking system will be held out, mestilah secara tradisional marking system, ye tak? Tapi timbul keraguan dalam diri aku bagaimana mereka akan menilai subjek 'Minat' dan 'Sahsiah' tu. Pada pandangan aku, memandangkan sahsiah tu ada kebanyakannya 5 pilihan jawapan dan semua jawapan diisi dalam borang OMR, sudah tentulah komputer yang akan memeriksanya. Namun, bagaimana pula dengan marking system-nya? Sebab soalan-soalan itu akan diberikan jawapan yang berbeza oleh calon, dan memandangkan ia adalah jawapan berbentuk pribadi (jika benar-benar jujur dengan jawapan mereka), bagaimana untuk memberikan markah betul atau salah?
Jadi aku terfikirkan soalan-soalan kuiz yang biasa kita ambil dalam Facebook. Having once create a quiz myself, I am familiar with their marking system. Pernah terfikir tak macam mana dengan memilih random answer boleh memberikan kita keputusan pada kuiz-kuiz Facebook tersebut? Walaupun aku akui yang ketepatan kuiz-kuiz itu boleh dipersoal, namun itu bukan point aku, point aku adalah kaedah yang digunakan dalam membolehkan satu sistem keputusan dicapai dengan menjawab beberapa soalan secara rawak. Sebenarnya ia bukanlah satu set soalan yang rawak, tetapi sebenarnya adalah berkaitan. Pada pendapat aku, setiap soalan telah diberikan nilai markah kepada pilihan-pilihan jawapannya. Dan apabila setiap pilihan itu dimark (oleh komputer) setiap calon akan memperoleh satu jumlah markah hasil daripada jawapan-jawapan rawak setiap individu. Daripada jumlah markah tersebut, something about the candidates can be learn by the examiner/marker/authorities of the exam. Contoh yang mudah, mungkin bagi mereka yang biasa membaca majalah Gempak dulu-dulu, akan terbiasa dengan kuiz/soalan psikologi dalam majalah tersebut, dan aku rasa itulah kaedah yang digunakan. Dengan kata lain, dalam setiap pilihan jawapan bagi bahagian 'Sahsiah' itu, aku mendapat 450 markah (katakanlah) dengan mengambil kira pemarkahan adalah seperti berikut, A=5 markah, B=4, C=3, D=2 dan E=1 (dan jumlah ini berubah-ubah mengikut nombor soalan), maka katakanlah, bagi mereka yang mendapat julat antara 400-500, akan dikelaskan dalam satu kategori, maka markah aku yang tadinya adala 450 akan termasuk dalam kategori ini.
Begitu jugalah rasanya untuk bahagian 'Minat'
Aku rasanya lah...
Tapi lupakanlah mengenai sistem pemarkahan tu, apa-apa saja resultnya aku terima je... Actually, aku terfikir pagi tadi untuk melupakan saje exam ni, sebabnya memang aku tak prepare apa-apa pun. Kalau pergi pun untuk gagal je, baik aku tengok TV3Kids, ye tak? Ataupun Premier League Preview ke... Dah la peristiwa-peristiwa malang yang berlaku pada ketika sebelum aku pergi ke tempat exam pagi tadi semacam memberi alamat yang aku tak sepatutnya pergi hari tu. Dah la sebelum ni, aku dah terima panggilan exam ni, tapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan, so terpaksa la drop yang tu. Tetapi, untuk tidak menjadi seorang yang mengalah sebelum berjuang, aku kuatkan semangat dan pergi ke exam tersebut... I mean, what worst could happen, ye tak? Habis-habis pun dapat experience, dan kalau gagal of course boleh cuba lagi, ye tak (huhuhu...)
Jadi dalam exam semalam, walaupun lama nak mampus, time rehat aku berjaya juga pekena Nescafe. Memandangkan yang aku ni bukanlah seorang smoker, Nescafe bagi aku adalah seperti rokok bagi perokok, memberi ketenagan dan inspirasi... :p Dan dalam orang lain penuh dalam suasana tegang menjawab exam tadi dengan serius (maunya tak serius, kalau dapat la PTD tu, starting salary mau dalam RM 3000++ huhu) aku boleh pulak bantai gelak kecik bila baca artikel soalan kefahaman yang berunsur humor (sebenarnya aku selalu camtu, sejak sekolah lagi), ataupun bila bab soalan sahsiah yang cam terkena kepala sendiri ataupun ada jugak unsur-unsur humor... Ada jugak soalan yang menyebabkan aku terkeliru sama ada untuk menjawab secara positif ataupun tidak, seperti soalan:
"Kadangkala saya ada juga mengumpat"
A)Ya.... B)Tidak
aku confuse, adakah aku patut jawab tidak kerana aku rasa kerap jugak aku mengumpat, dan bukannya kadangkala, kalau itulah situasinya, maka jawapan 'tidak' adalah lebih tepat (sebab sepatutnya "aku selalu mengumpat, bukan kadangkala...), tapi mungkin jugak kalau aku jawab 'tidak' aku seperti menafikan yang aku pernah mengumpat, so aku rasa baik aku jawab A)...
dan salah satu soalan mengingatkan aku kepada si Logan (anak buah-buahan aku-tiada hubungan darah):
"Perasaan saya tidak akan terganggu apabila ditinggalkan kekasih"
A)Ya... B)Tidak
pasal dia selalu letak status-status jiwang dan frust bila dia clash dengan awek dia dulu, wakakak!! Soalan ini pun memeningkan aku jugak, pasal aku tak pernah ada kekasih, so macam mana pulak aku ni boleh ditinggalkan? So terpaksa lah aku menjawab soalan ini dengan mengandaikan Jessica Alba adalah kekasih aku, dan dia tinggalkan aku (hey, it's not my fault if she have a low taste in man, right??)
dan soalan yang paling aku nak gelak dan confuse ialah soalan:
"Adakah anda pernah berbohong?"
A)Ya... B)Tidak
sebab bagi aku, hanya pembohong sahaja yang akan menjawab B), maka itulah pilihan jawapan aku :p
dan aku memang tak teragak-agak menjawab soalan no. 200 dengan jawapan A):
"Sesekali saya ketawa terhadap jenaka berunsur lucah..."
(sambil gelak dalam hati, huhuhuhu...)
T/t: sesiapa yang mendapat panggilan exam, ataupun berminat, takyah ragu-ragu apply... the exam weren't as worst as I first thought :p