Banyak persamaan antara Park Ji Sung dengan watak hero manga kegemaran ramai masa kini, iaitu "Naruto".
Antara lain:
1. Sama-sama Asian
2. Sama-sama mata sepet (no offence)
3. Sama-sama kuat stamina
4. Sama-sama makan 'jus katak'...
Uzumaki Naruto |
Ramai yang tak tahu mengenai team fantasy football ni. Namanya chichariGO, takdelah hebat manapun, point minggu lepas pun 19.50 je...
Signifikannya team ini adalah ia merupakan team fantasy football aku, dan perasankah anda kesebelasan utamanya terdiri daripada pemain-pemain dari pasukan mana? Apa? Tak tahu?
Ok lah, hint dia ialah, "bukan pasukan yang menang 19 kali juara liga"...
Sedikit info mengenai diri aku, aku ni bukanlah jenis orang yang secara generalnya mempercayai kepercayaan karut mahupun tahyul-mahyul. Bukan niat nak berlagak, tapi dulu masa masih student, aku selalu pulang ke kolej kediaman aku dengan berjalan kaki seorang diri, melalui lorong belakang bukit, yang penuh semak, pada waktu tengah malam, dan to be honest, aku tidak pernah cuba memikirkan perkara yang bukan-bukan, terutamanya yang melibatkan makhluk halus, walaupun kolej kediaman aku tu pernah popular sebagai 'kampung bunian', katanya...
Of course, memasang mp3/cd player dengan kuat di telinga membantu perjalanan aku malam-malam...
Tapi point-nya ialah, jika aku seorang yang taksub kepada kepercayaan terhadap makhluk halus yang boleh menganggu kehidupan harian kita, maka mustahil aku akan teruskan dengan latihan Taekwondo aku selama 3 tahun di universiti, kerana latihan Taekwondo itulah yang biasanya memaksa aku balik berjalan kaki seorang diri pada waktu-waktu macam tu...
Kalau bukan sebab tu, aku pun tak gila nak cari pasal...
Tapi, lain halnya apabila sampai kepada bidang sukan. Ya, aku ni agak tahyul sikit dalam bab ini, kiranya macam kelemahan peribadi jugak lah... Tahyul aku tu, takde lah sampai tahap aku kena pakai seluar dalam yang sama pada setiap kali pertandingan, ataupun aku tak boleh basuh uniform (Taekwondo) bertuah aku, supaya aku akan terus menang [walaupun jika diikutkan logik, aku tiada uniform bertuah, kerana semuanya KALAH! ha-HA!], tetapi, kadang-kadang perkara kecil akan mempengaruhi aku.
Ambil contoh team fantasy aku ni. Aku pun tak tahu kenapa, setiap kali ada player yang aku beli, mesti player tu tak perform, thus menyebabkan team fantasy aku amat lemah. Berdasarkan faktor ini, lama-kelamaan aku tidak lagi membeli pemain-pemain Men Yu, walaupun untuk perlawanan-perlawanan menentang kelab-kelab yang biasanya MenYu boleh 'makan' dengan senang-lenang...
Berdasarkan pengalaman aku, setiap player yang aku beli juga cenderung untuk underperform, tidak kiralah walaupun minggu sebelumnya dia sudah menjaringkan 3 hatrick untuk 3 minggu berturut-turut sekalipun... With that in mind, aku sentiasa beli player-player utama daripada team lawan Men Yu untuk match sesuatu minggu tersebut, thus selection team aku di atas...
So, anda dah tahu kenapa Men Yu boleh menang semalam? :P
Untuk rekod, 2 minggu lepas aku terlupa menukar player aku kepada player-player Arsenal, and as I sit in horror apabila teringatkan perkara ini selepas 10 minti match bermula... Dah lah geng-geng Chelsea awal-awal lagi dah
Dan ketika Men Yu lawan Liverpool kat Anfield hari tu juga aku terlalu yakin dengan Men Yu menyebabkan aku tidak menukar banyak pemain utama Liverpool ke dalam team fantasy aku ketika itu. Lagipun, kadang-kadang aku akan bernasib malang jugak, pilih player yang tak akan diturunkan langsung, macam Benayoun dan Anelka, contohnya...
Dan satu lagi pattern yang aku perasan ialah, player yang aku lepaskan/jual pada sesuatu minggu itu, cenderung untuk memperoleh markah yang tinggi pada minggu aku menjual beliau... Untuk itu, aku telah menyimpan Ashley Cole dan Florent Malouda untuk hampir satu musim lamanya sudah...
T/t: Only takes one tree to make a thousand matches, only takes one match to burn... A thousand trees!!
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL