Wrote this for Geneticists_UXX Yahoo! Group 5 YEARS ago! ha-HA! Untuk tatapan generasi baru yang buat praktikal kat situ, dan juga buat orang awam yang tak tahu apa ada kat situ...
1. Air pancut tertinggi di Bangi
2. Satu-satunya taman tema dan jambatan gantung terpanjang di Hulu Langat.
3. Lif ajaib 1. Bangunan tersebut mempunyai 4 aras iaitu aras 0, 1, 2, dan 3 tetapi hanya mempunyai 2 butang sahaja iaitu butang 0 dan 3. Ia akan bergerak ke tingkat 0 dan 3 sahaja.
Jika anda mempunyai urusan di tingkat 1 @ 2, anda perlulah menggunakan tangga. Canggih tak???
4. Lif ajaib ke-2. Lif yang hanya berfungsi apabila 2 butang tertentu ditekan serentak dengan formasi tertentu (4-4-2)?
jika anda hanya menekan 1 butang sahaja ( butang aras yang ingin
anda lawati ), anda hanya membuang masa kerana pintu lif itu tidak
akan tertutup…ia hanya akan tertutup dan berfungsi apabila anda
menekan formasi 2 butang yang betul secara serentak…
5. Bangunan kapal. Dipercayai tersadai semasa banjir besar
tahun 2020…Di dalamnya mengandungi lab2 yang mengandungi alatan untuk
mengkaji bahan2 yang dijumpai berhampiran bangunan kapal tersebut…..
6. Reactor nuclear…Satu-satunya reactor nuclear seperti ini di
Malaysia. Kami berdua telah berjaya memasuki kawasan reactor ini
secara sah & halal….Kami juga sempat mendengar penerangan yang sangat
berguna daripada pengarah reactor nuclear tersebut. Akan tetapi kami
telah terlupa nama beliau.
Apa yang kami ingat hanyalah reactor
nuclear tersebut hanya mempunyai lebih kurang 5 kg uranium, but not
the pure uranium – so, we cannot produce the bomb :(
7. Blok 24. Hanya ejen2 yang terpilih sahaja berjaya membuat
praktikal di sini. Dulu2 ( JACK BAUER & CHASE EDMUND from Counter
Terrorist Unit-CTU ) wat praktikal kat sini gak...Pastu kami berdua take over tempat kat sini…
Blok 24, sentiasa membangkitkan kenangan... |
Sejak kami berdua sampai di sini, banyak perubahan telah berlaku…Antaranya :-
• barang2 banyak rosak…
• tips mikropipet banyak habis (sahabat kami, Mr S pernah
berkata kat lab TDR dulu2 – prinsip group kita mestilah menghabiskan
tips dalam lab, jangan membazir)
• ramai `pelawat' yang terdiri daripada lelaki & perempuan
mengunjungi blok ini setiap hari.
Mereka terdiri daripada pelajar2
LI dari U & blok2 lain. Mereka juga kerap meminjam lab coat kami
semasa mereka menjalankan experimen mereka di blok ini. Selalunya,
apabila kami berdua ingin menjalankan experimen dan ingin memakai lab
coat kami, deria bau kami akan dapat men`detect' bau yang cukup harum
& wangi dari lab coat tersebut. Apabila diselidiki, rupa2nya lab
coat kami yang mempunyai nama kami di depannya menjadi rebutan
pelajar2 perempuan yang datang untuk menjalankan experimen mereka di
sini… [tapi, biasalah tu, kan... :p]
sekian sahaja dari kami, IZWAN & talkIZcheap! melaporkan berita dari
Gelsenkirchen untuk berita Geneticist group….
P/s – kami ingin meminta maaf sekiranya perkataan & ayat yang kami
gunakan agak skema kerana kami telah dilatih di blok 24 agar berbudi
bahasa, gunakanlah bahasa kebangsaan dengan betul. Sayangilah bahasa
anda….
T/t : man... time does fly by~
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL