Tuesday, May 31, 2011

Barcelona 3 - 1 Manchester United

Demi tidak terus berada dalam denial, selepas kekalahan Man Utd dalam final UCL tempoh hari, maka aku pun membuat entri ini. Sebenarnya ini bukanlah entri mengenai ulasan perlawanan, ada beribu-ribu artikel lain yang mengulas mengenai perkara tersebut. Ini juga bukan entri mengutuk taktikal Man Utd mahupun lakonan pemain-pemain Barca.... Maksud aku, dalam game tersebut, pemain-pemain Barca tidak berlakon, jika ada pun, mungkin tidak se-ketara seperti dalam perlawanan menentang Real Madrid sebelumnya.

Tiada guna juga berbincang mengenai taktikal kerana setiap taktikal ada pro dan kontranya. Tukar taktik tak semestinya menjamin kemenangan pada malam tersebut. Lagipun siapa yang dapat menafikan kualiti pemain-pemain Barca seperti Iniesta, Xavi, Pique, Alves, Villa dan Messi?

Ya, jauh dari fantasi, sebenarnya Man Utd sememangnya disekolahkan oleh Barca. Namun, apakah sebenarnya hakikat ini memberitahu kita? Adakah mengenai kelemahan pemain-pemain Man Utd jika dibandingkan dengan Barca? Adakah Man Utd adalah sore loser, jaguh kampung yang mustahil dapat menandingi bakat-bakat yang dihasilkan Barca, dari akademi mereka, falsafah kelab mereka; mes que en club, hinggalah kepada keupayaan scout mereka merekruit bakat-bakat muda berskill tinggi? Adakah ini menunjukkan bahawa kelab dari Stretford End itu tidaklah sebesar dan semegah kelab Catalan tersebut?

Bagi persoalan-persoalan di atas, mungkin ada benarnya yang Man Utd tidak setanding, sebesar mahupun segah Barcelona, sekurang-kurangnya peminat Barca akan bersetuju dengan pendapat sedemikian. Namun, blog ini tidaklah akan dipanggil "!Trash talk!" jika aku hanya bersetuju sahaja dengan pendapat-pendapat sedemikian...

Apakah perasaan aku sebelum, semasa, dan selepas perlawanan? Sebelum perlawanan, seperti mana penyokong Man Utd tegar (bajet tegar!) yang lain, aku memang mempunyai semangat "BEL|EVE" tersebut... I mean, anything can happen in football, seperti quote popular tahun 1999, "Football, bloody hell..." Semangat ini kekal sehinggalah Villa menjaringkan gol ke-3 Barca...

Semasa perlawanan, selepas gol ke-3 Barca dan melihat bagaimana Barca mengekalkan possession, bohonglah jika aku katakan bahawa harapan masih tinggi. Harapan tetap ada, tetapi teramat nipis. Game sangat lancar, masa berlalu pantas dan pastinya sedikit waktu kecederaan. Kemudian Fabio terpaksa dikeluarkan, terus malap harapan tersebut. 

Gutted! Itulah perasaan aku ketika itu... Melihat pemain-pemain Barca sekali lagi menjulang piala UCL in expense of the United squad, membuatkan aku geram, terutamanya melihat muka Dani Alves... Rasa nak pulas-pulas je telinga dia...

huhuhu

Namun, selepas perlawanan, semuanya menjadi jelas! 

Aku rasa perasaan yang betul ialah, aku sepatutnya berasa bangga! Ya, selaku peminat (bajet) tegar Man Utd, aku seharusnya bangga dengan pencapaian Barca. Begitu juga dengan peminat-peminat tegar Man Utd yang lain, aku menyeru agar kita semua berasa bangga dengan pencapaian Barca!

Manakan tidak, dulu kita/Manchester United telah 'menyekolahkan' Barca, dua video di bawah adalah buktinya...



dan,




Nampak tak? Dalam dua perlawanan pada pertengahan 1980-an dan awal 90-an, Man Utd telah menyekolahkan Barca, menunjukkan Barca apa itu bola sepak sebenar! Main cantik pun, tapi kalau tanpa semangat "Never say die" yang United tunjukkan kepada Barca, mustahil mereka boleh menghasilkan skuad semantap sekarang ini!

Jangan lupa, skuad Barca yang kalah dengan Manchester United pada 1991 itu, telah memenangi European Cup di Wembley buat kali pertama dalam sejarah mereka pada tahun 1992. Sudah tentulah mereka telah sedikit sebanyak mencedok ilmu daripada Manchester United hasil daripada kekalahan mereka itu, kan?

Bahkan perlawanan pada tahun 1984 tersebut telah mengajar Barca betapa pentingnya untuk mengejar bola dan menjaga possession bola dalam sesuatu match itu...

Jadi, sudah tentulah kita berasa bangga. Kenapa pula kita tdak berbangga? Kerana skuad Barcelona hari ini, skuad the Mighty Barcelona yang kita lihat hari ini, yang telah mengalahkan Man Utd di Wembley tempoh hari, merupakan hasil daripada 'tunjuk ajar' dan 'penyekolahan bola sepak' oleh Manchester United kepada mereka pada tahun 80 dan 90-an dahulu.

Skuad yang dibarisi oleh kebanyakan pemian hasil daripada akademi Barca semestinya mengambil idea daripada Fergie Fledgling yang juga merupakan produk akademi Manchester United pada pertengahan 90-an.

Disamping itu, setelah disekolahkan oleh Manchester United pada separuh akhir 2008, mereka berjaya muncul juara pada tahun berikutnya, iaitu 2009...

Dengan kata lain, Barcelona merupakan sebuah kelab 'murid' kepada Manchester United, dan murid ini terlalu cergas dan cerdas, cepat belajar!

Sebagai sebuah kelab guru, tentulah kita berbangga kerana mempunyai seorang murid yang begitu cemerlang... The student had defeated the master, but they'll always learned from us...

Tak caya? Ni satu lagi bukti Man Utd "menyekolahkan" Barca...

Carrick mengajar Busquet mengenai etika, dan bagaimana rasa sebenar untuk jatuh sambil menutup muka...

Jadi, Barca fans, once you see the light and find the truth, you're welcome to thank us, the Red Devils... :p


T/t: Meanwhile, Mascherano done what the Reds (Liverpool) done best;  If you can't beat 'em, join others who can... :P

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL