Tuesday, February 1, 2011

Love Won't Stop This Bomb...

"...yang dengan Luna Maya aku dah tengok dah..." ujar kawan aku yang namanya dirahsiakan, dengan nada kecewa.

"Yang dengan Cut Tari pun aku dah tengok dah..." ujar beliau lagi, masih kecewa...

"Yang dia dengan lelaki jer yang aku belum tengok, camner ni? Mana nak cari??"

Aku kat sebelah dia mula berada dalam dilema...

***

Kehidupan kita sehari-hari dipengaruhi oleh kimia. Tindak balas kimia, bahan kimia, subjek Kimia SPM...

Kimia merupakan central of life dan juga central of science. Kita tak boleh lari daripada penggunaan kimia dan bahan kimia. Bahan-bahan makanan kita banyak yang menggunakan pengawet, dan itu adalah bahan kimia. Kita kebanyakannya mangsa petrol, sama ada menggunakannya untuk kenderaan, ataupun menghirupnya melalui udara 'segar' yang dibebaskan melalui ekzos-ekzos kenderaan tersebut jika kita berjalan kaki, dan itu juga bahan kimia.

Baju yang kita pakai terdiri daripada fabrik yang kebanyakannya adalah sintetik dari bahan-bahan kimia, even yang daripada bahan organik pun, tidak 100% prosesnya adalah bebas kimia. Elektrisiti yang kita guna juga dijana melalui proses kimia, dan kebanyakan sumber elektrisiti kita, terutamanya dari sel basah atau kering adalah based on proses kimia, thus melibatkan bahan kimia.

Pendek kata kimia tu memang mempengaruhi kehidupan kita.

Dan benda ni sebenarnya bukannya 100% buruk kerana ia melibatkan kemajuan sains yang pesat dan banyak membantu kehidupan sehari-harian kita dalam ketamadunan moden kini. Asal kimia sebenarnya adalah usaha 'saintis-saintis' kimia terdahulu untuk menukarkan tanah-tanih dan batu-batan kepada emas.

Ya!

Ketamakan manusia terhadap emas telah menyebabkan kemajuan bidang kimia yang menjadi center of life masa kini... Mungkin saintis-saintis tersebut sebenarnya benar-benar berjaya menukarkan tanah kepada 'emas'...

Namun, keburukan kebergantungan melampau terhadap bahan kimia juga telah mendedahkan sisi buruk kehidupan masyarakat kita zaman moden kini.

Kita mengalami krisis kesihatan, kebersihan, iklim, kewangan bahkan politik disebabkan oleh kimia dan bahan kimia!

Perokok bergantung banyak kepada nikotin dan bahan-bahan lain dalam rokoknya sehingga menyebabkan kanser. Aku secara peribadi bergantung kepada caffein di dalam Nescafe, and who knows just when aku akan mengalami masalah kesihatan disebabkan ia.

Iklim kita banyak dipengaruhi oleh pencemaran udara daripada asap-asap kenderaan dan kesan rumah hijau, disamping pemusnahan alam sekitar daripada pembuangan bahan-bahan sisa kimia secara tidak terancang dan terkawal.

Politik dunia dipengaruhi oleh pengeluaran sejenis bahan kimia terpenting masa kini, iaitu petroleum - emas hitam dari bawah tanah - dan juga uranium, yang menyebabkan peperangan, ketidakstabilan ekonomi dan harga minyak global, spekulasi yang boleh menyebabkan panik, teori konspirasi dan pergolakan politik.

Kimia memainkan peranan penting  dalam kehidupan seharian kita sama ada secara baik atau sebaliknya.

...dan memikirkan yang aku bekerja dalam lab kimia...


T/t: Blow a kiss at the methane sky, see a rust through your playground eyes, we all in love... tonight~

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL