Sebagai seorang pemain bola sepak yang baik, kebolehan untuk menggunakan kedua-dua belah kaki adalah amat penting...
Heck, kalau kamu bermain apa-apa sukan yang melibatkan kaki sekalipun, keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah kaki adalah amat penting. Sepak Takraw, Futsal, Taekwondo, semua pun jenis sukan yang menggunakan kaki selaku 'alat' yang utama. Jadi kemahiran menggunakan kedua-dua belah kaki bagi sukan-sukan tersebut amatlah penting, dan jika anda mampu, anda akan menjadi seorang pemain yang berharga dalam sukan tersebut!
Ini sebenarnya tidak terhad kepada sukan yang melibatkan penggunaan kaki sahaja!
Dalam sukan yang lebih banyak menggunakan tangan, keupayaan menggunakan kedua-dua belah tangan dengan keberkesanan yang sama adalah juga penting. Juga dalam sukan yang memerlukan penggunaan otak, kemahiran menguasai penggunaan otak kanan dan kiri secara baik pastinya memberi kelebihan kepada seseorang atlet itu berbanding mereka yang hanya menggubakan otak kiri atau kanan sahaja dengan berkesan.
At this point, aku bagaikan dapat mendengar jeritan pembaca (jika ada) menjerit, "Apa yang ko merepek ni, SetaNN!!"
Well, aku pun confuse jugak...
Tapi aku tetap nak teruskan juga. Point di sini sebenarnya ialah keseimbangan penggunaan badan kiri dan kanan merupakan satu kemahiran sangat berharga dalam bidang sukan. Bahkan bukan bidang sukan sahaja.
Ambil contoh seorang pemandu kereta...
Seorang pemandu yang baik/cemerlang, haruslah mahir menggunakan cermin pandang sisi sebelah kirinya secekap dia menggunakan cermin pandang sisi sebelah kanannya. Berapa ramai pemandu yang agak gagal dalam skill menggunakan cermin pandang sisi sebelah kiri berbanding sebelah kanan? itu yang membezakan antara mereka yang memandu 120km/j di highway PLUS dengan mereka yang masih memakai lesen 'L'...
Jadi, dalam dunia yang majoriti penduduknya adalah pengguna tangan kanan, menjadi satu isu besar bagi majoriti kita untuk melatih bahagian badan sebelah kiri, agar ia menjadi lebih efisien seperti bahagian badan sebelah kanan, dalam bidang selain untuk beristinjak...
Bagi individu kidal, sila anggap artikel ini sebagai sesuatu untuk melatih bahagian badan sebelah kanan anda.
Ok, sebagai seorang yang lebih cenderung kepada sukan yang melibatkan kaki, seperti bola sepak, futsal dan Taekwondo, sudah semestinya aku akan menumpukan kepada cara-cara melatih kaki kiri, berbanding melatih tangan kiri.
Caranya mudah sahaja iaitu kita kembali kepada definisi 'Latihan' itu sendiri. "Latihan merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara perulangan bagi membolehkan sesuatu yang dilatih itu menjadi biasa dengan gerakan/aktiviti pengulangan itu sehingga ia menjadi satu tabiat yang biasa bagi pelatih..." or something like that.
Jadi, satu-satunya cara melatih kaki kiri adalah dengan melakukan sesuatu, seperti menyepak bola (ataupun orang bagi kes Taekwondo) secara berulang-ulang seperti mana kita menyepaknya dengan kaki dominan kita, iaitu kanan* sehinggakan kita terbiasa dengan gerakan tersebut pada kaki kiri kita. Bunyinya mudah, dan sebenarnya ia memang mudah, cuma sama ada kita mahu atau tidak untuk melakukannya. Percubaan pertama memang kekok, but, hey... Rome was not build in one day!
Rahsia Latihan Kaki Kiri Taekwondo
Seorang pengamal silat akan memberitahu anda bahawa silat itu banyak pengaruhnya dari agama Islam, dan dari itu, sesuai dengan ajaran Islam, segala-galanya harus dijaga kesuciannya, lantas pergerakan silat biasanya bermula dari sebelah kanan.
Lain halnya dengan Taekwondo, kerana ia berasal dari Korea, maka prinsip yang digunakan banyak dipengaruhi prinsip Yin dan Yang, negatif-positif...
Bagi masyarakat Asia, kiri biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang lebih negatif daripada kanan, justeru, dalam Taekwondo, berdasarkan susunan nama yin yang, iaitu dari yin kepada yang, maka pergerakannya adalah dari kiri ke kanan. Yakni membawa simbolik dari negatif ke positif, dari tiada kepada ada, dari jahil kepada mengetahui.
Jadi dari situ timbulnya konsep memulakan langkah dalam seni mempertahankan diri Taekwondo dengan pergerakan dari sebelah kiri badan. Asas pertama dalam Taekwondo, iaitu tumbukan lurus dengan kekuda duduk (Horse riding stance, middle punch), adalah dengan mengeluarkan penumbuk kiri terlebih dahulu. Begitulah seterusnya, setiap langkah dalam Taekwondo dimulakan dengan bahagian kiri, dan ini sangat evident dalam seni pomsae Taekwondo!
Seperti yang dinyatakan dalam perenggan di atas, memahirkan gerakan bahagian kiri sebelum kanan adalah simbolik kepada konsep yin dan yang. Itu secara simboliknya. Secara hakikatnya, penekanan terhadap latihan badan sebelah kiri akan menyediakan keseimbangan kepada bahagian badan sebelah kiri, terutamanya bagi individu 'menganan'. Disebabkan mereka biasa menggunakan bahagian badan sebelah kanan (i.e tangan kanan dan kaki kanan), maka kebanyakan kerja yang mereka lakukan akan melibatkan penggunaan bahagian badan sebelah kanan melebihi bahagian badan sebelah kiri!
Dengan kata lain, sepanjang hidup mereka, mereka telah melatih bahagian kanan badan mereka lebih daripada mereka melatih bahagian badan sebelah kiri (latihan = pergerakan/aktiviti yang berulang-ulang). Jadi dalam Taekwondo, bagi mencapai keseimbangan (yin yang), latihan bahagian kiri ditekankan bagi pelatih baru...
Jadi, bagi seorang yang mahir dalam Taekwondo, sama ada dari segi seninya atau sukannya atau kedua-duanya, tidak aneh untuk melihat mereka mempunyai keupayaan menggunakan kedua-dua belah kaki yang agak tinggi ataupun sama tinggi dalam sukan-sukan lain yang juga melibatkan penggunaan kaki.
Of course bagi si kidal, mereka agak kurang bernasib baik dengan sistem latihan Taekwondo (and for a matter of fact, almost all the other oriental martial arts, but Silat), kerana mereka ini sudah biasa dengan menggunakan bahagian badan sebelah kiri, dan jika mereka tidak mendedikasikan latihan untuk kaki kanan mereka, mereka akan dapati kaki kiri mereka sudah sangat kuat, namun kaki kanan mereka akan masih kekok untuk menyepak...
OK, pada masa akan datang aku akan menceritakan pula kesan latihan terhadap kaki kiri, dan rahsia kekuatan sebenar kaki kiri* kepada mereka yang 'menganan'...
Doakanlah agar aku rajin-rajin menulis... huhu
T/t: Left, is the new Right!
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL