entri ringkas pagi-pagi buta, kenapa MenYu akhirnya kalah? Cekidaut!!
1. Park Ji Sung tak main... Park the Wolves Destroyer tak main malam ni, entah adakah kerana sedih tak menang Piala Asia, injured ataupun penat naik jet peribadi dari Korea ke England belum hilang... Itulah akibatnya kalau meninggalkan amalan meminum jus katak dengan soju...
2. Sumber motivasi. Rekod tanpa kalah kelab sudah disamakan. Dan pada malam yang mana Arsenal selaku virtually pencabar terdekat terlepas mata walaupun mendahului 4-0 dalam masa setengah jam perlawanan, jika MenYu menang malam ini, jurang mata akan menjadi 7 antara pasukan pertama dan kedua. Ini akan meletakkan pemain-pemain MenYu berada dalam zon selesa dan tidak baik dari segi motivasi dan tumpuan pemain jika mereka berada dalam zon selesa. So, sebagai sumber motivasi, mereka hendaklah kalah juga sekali-sekala, sepertimana Dato' Nicol david yang kalah baru-baru ini untuk memperbaharui motivasinya memenangi pertandingan-pertandingan akan datang...
3. Tahun baru Cina baru sahaja diraikan. Untuk tahun baru ni, apa salahnya membuat sedikit charity untuk pasukan lain ye dok? Tak luak pun kalau 'sedekah' sedikit sebanyak... Lagipun orang yang banyak sedekah ni, rezeki dia murah... Insya-Allah!
4. Marketing strategi. Apalah EPL kalau tiada Manchester United. Tiadalah yang akan memainkan watak protogonis villain dalam EPL. Dan jika EPL itu prediktebel (seperti mana musim ini sudah prediktebel yang MenYu akan juarai Liga kali ke-19), maka marketing EPL pasti punah. Rating merosot, penonton bosan. Maka drama-drama seperti MenYu kalah, dan keputusan pengadil tidak memihak kepada MenYu harus dimainkan. Ye lah, selain untuk bagi Liga lebih 'open', kenalah tunjukkan jugak yang referee tidak dibeli oleh MenYu, so kadang-kadang tu, hand ball dalam kotak penalti, haruslah dibiarkan sahaja...
5. Kalah, tapi masih klasemen... ape ade hal??
T/t: rojer en aut!!
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL