Member punya pasal, aku terpaksalah bagi tahu dia reason sebenar kekalahan MenYu kepada Men Citeh (selepas ini disebut 'Citeh' sahaja). Lagipun, mamat ni bukan tahu menahu pasal bola pun. Bila aku kata Barka ni kuat pasal Messi je, sebab tu aku panggil kelab tu sebagai Messilona, dia tak caya, katanya Pep Guardiola manager terhebat sepanjang zaman. Walhal, kalau Pep tu hebat sangat, simpan la Messi untuk satu musim, tak pun untuk satu final.
Tapi tak mahu dia (Pep)...
Barca pun tak mahu simpan Pep, apa cerita?
Dah la lawan Real Madrid 10 orang pun tak boleh makan...
***
So, berbalik kepada topik utama. Macam mana MenYu boleh kalah?
Ha... kawan-kawan, MenYu ni bukan pasukan yang senang-senang nak dikalahkan. Kalau tengok track record season ni, Men Yu cuma kalah kepada West Ham (Piala Liga/Carling Cup), Wolverhampton Wanderers, Chelsea dan Liverpool (EPL).
Melihat kepada nama-nama pasukan di atas sedarlah kiranya semua itu pasukan bermasalah. Manager mereka di ambang pemecatan ataupun baru dilantik sebelum perlawanan dengan Manchester United. So, bak kata orang tua-tua, sebaik-baik setan itu adalah setan merah, maka Sir Alex Ferguson (SAF) pun suruhlah pemain-pemain beliau berbuat AMAL JARIAH kepada team -team tersebut...
Jadi, bagi memahami bagaimana amal jariah dapat dilakukan terhadap Citeh, mari tengok track record kedua-dua kelab dalam kejohanan Piala bola sepak yang tertua ini.
MenYU: FA Cup : 11 (1909, 1948, 1963, 1977, 1983, 1985, 1990, 1994, 1996, 1999, 2004)
Citeh: FA Cup : 4 (1904, 1934, 1956, 1969)
Citeh: FA Cup : 4 (1904, 1934, 1956, 1969)
Tengok. Tak kesian ke kat Sheikh Arab, belanja juta-juta, FA Cup pun Citeh boleh kira jari sebelah tangan jer...
Start main lagi MenYu dah rest-kan Giggsy, Rooney dan Chicharito, sebab kalau diorang main, confirm la Citeh kalah... Kalau Citeh kalah, camner nak buat amal jariah sesama jiran tetangga?
***
Nabi Saw sendiri telah memberi peringatan dengan sabdanya (hadis di riwayatkan oleh Bukhari)
Maksudnya ; " Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan ".
nampak relation 'kelaparan' di situ?
Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang. (Sumber: http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=879 )
***
So, minit ke 15 lagi Babitov dah nak score dah, tapi sebab chance tu senang sangat, dia kesian tengok Hart, hingus dah meleleh, air mata dah keluar macam nak nangis dah, tu yang dia sengaja tak bagi gol tu...
Pastu, Citeh ni macam susah sangat nak score gol, second half, Gayrick pulak yang kesiankan Yaya Toure, pindah mahal-mahal dari Messilona, kat sana ada Messi, tiap-tiap tahun boleh merasa menang piala. Kat Citeh? Haram... Ada pun, Mancini jer...
Pasal kalau nak harapkan team mate dia, sekor pun takleh pass bola, maka Gayrick pun pass la kat Yaya yang dah buat muka kesian, lalu dia skor la...
Kalau tengok betul-betul, Vidic ngan VdS pun dah malas nak save kan bola tu...
Pastu, walaupun dah leading, nampak sangat sengalnya Citeh ni, MenYu asak punya asak, 2-3 kali hampir skor! Dasar Korea Park Ji-Sung, SAF dah cakap bagi je Citeh merasa final, bukan boleh menang cup (Citeh) pun, kesian lar kat manager diorang, kang kena pecat pulak, SAF dah tak sanggup berasa bersalah menyebabkan seorang lagi manager kena pecat, tapi Park Ji-Sung ni jenis yang makan katak, mana nak faham loghat Scottish pekat SAF, pergi bantai jugak dribble de Jong, Kompany dan Kolarov, naik krem jugak la kaki si Kolarov tu aku tengok...
Memandangkan PJS dah tak dengar kata, SAF bg arahan sulit kat Paul Scholes (masa tu SAF tengok kat kerusi VIP je pun, tak larat nak jerit-jerit macam Mancini kat tepi padang, "Buang masa" katanya...)
SAF kata: Scholsy, ko tackle je siapa-siapa sampai dapat kad merah, apa jadah la Citeh ni, kalo kita stay main 11 ni, kena main extra time, mau bawak ke penalti pulak ni, kang nanti penat pulak player aku, aku dah la nak tengok SpongeBob dengan cucu lagi lepas ni...
Apa yang berlaku lepas tu, tak payah la aku cerita lagi, itu pun lepas main 10 orang, si Park ni masih tak dengar kata, masih lagi mengucar-kacirkan pertahanan Citeh. Chicharito pun sama. Mesti sebab dia tak berapa paham Scottish accent lagi tu, masih teringat-ingat Nachos Mexicano mak dia la tu kot...
Nasib baik ada Babitov dan Nani yang mendengar kata, akhirnya boleh la Citeh masuk final...
Lepas tu, player MenYu masih lagi baik hati, masih nak buat amal jariah kat wartawan dan MenYu haters (cam korang), so diorang buat-buat gaduh tak puas hati ngan Balo-tellibesen, supaya ada lar jugak modal diorang-diorang nih nak bahan MenYu nanti...
Tamat cerita, lepas esok, MenYu bleh angkut Piala Liga kali ke-19, rekod EPL...
Barcelona ada rekod La Liga??
Oh ya, banner ni masih boleh pakai setahun lagi kot? hehehe :p
T/t: Arsenal pun patut berbuat amal jariah kat sesama jiran London, malam esok...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL