'Art' atau seni merupakan sesuatu yang undefined, in the sense that, hanya artist itu sahaja yang memahami art-nya sendiri. Art itu wujud dalam semua perkara dan definisinya sendiri sebenarnya adalah bergantung kepada individu. Satu bentuk art pada si Ahmad tidak semestinya art pada pandangan atau pendapat Kamaruzzaman (nama-nama hanya sebagai hiasan), dan begitulah sebaliknya.
Dalam menghargai 'art', penting untuk seseorang itu memahami konsep ini. Kerana, jika tidak, seseorang itu tidak lagi akan bercakap mengenai art, tetapi idealism. Seorang yang berpegang teguh pada satu idealism tidak akan melihat art sebagai sesuatu yang subjektif lagi, tetapi sebaliknya sebagai sesuatu yang objektif. Obejktifnya adalah untuk mencapai idealism yang diimpi-impikan oleh seorang yang idealistik itu tadi.
Dalam menghargai sesuatu, adalah penting, bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa seseorang individu itu akan mencari kesinambungan art terhadap sesuatu itu. Jika seseorang itu tidak merasakan wujudnya 'art' dalam sesuatu, maka biasanya dia tidak akan melakukan sesuatu itu dengan penuh penghargaan dan secara sukarela, sedar atau tidak...
Contoh mudah, bagi Bedah, membuat kek merupakan satu proses yang penuh artistri, tetapi bagi Zamzuri, makan kek adalah lebih artistri daripada membuat kek. Sehubungan dengan itu, jika disuruh Zamzuri membuat kek, jawapan tipikal yang mungkin kita perolehi adalah, "Ala... beli je kat Secret Recipe, abis cerita...". Tapi lain ceritanya apabila kita menyuruh Bedah melakukan perkara yang serupa. Segera sahaja beliau akan membelek kitab-kitab hikmat resipi keknya yang mungkin sudah dikumpulkan sejak zaman beliau bercinta monyet dengan Razak dari kampung sebelah lagi.
Bagaimana dengan art dalam sukan? Satu kaitan ketara antara seni dan sukan terletak pada seni mempertahankan diri. Seperti pada namanya, seni mempertahankan diri aka martial art, sememangnya sudah satu bentuk seni/art. Jika tidak, masakan perkataan 'art' itu diletak pada hujung pangkal namanya, ye tak?
Namun, martial art juga mungkin seni yang paling fizikal, layak meletakkannya sebaris dengan aktiviti sukan secara umumnya. Tetapi, apabila ditanya pada penggiat martial art iaitu martial artist, tentang di manakah letaknya 'art' pada martial art itu sendiri, maka, expect-lah jawapan yang berbeza daripada mereka.
Sesetengahnya akan memberitahu anda bahawa setiap teknik martial art itulah seninya. Ada juga yang akan memberitahu anda disiplin ketika latihan ataupun pengamalannya itulah terletaknya seninya. Ada yang akan argue bahawa keefektifan sesuatu martial arts dalam self-defense itulah terletaknya seni dalam martial art itu sendiri.
Apapun jawapannya, bukanlah salah, tetapi jawapan yang aku rasa secara peribadinya sebagai jawapan yang paling boleh diterima akal ialah, bahawa kesenian sesuatu martial art itu hanya boleh dirasai dan dihayati oleh pengamalnya sendiri. Martial art, dari segi teknik, kekuatan fizikal, ketajaman mental mahupun disiplin hidup yang dibawanya ke atas seseorang itu boleh dikira sebagai faktor 'seni' dalam martial art itu sendiri. Tetapi, untuk mendefinisikan 'seni' itu secara khususnya dalam martial art, maka itu adalah kerja mustahil...
Sama halnya dalam bidang sukan yang lain, contohnya bola sepak!
Terdapat banyak elemen yang diambil kira dalam sesuatu perlawanan bola sepak, namun objektif utamanya tetap adalah menjaringkan lebih banyak gol daripada pihak lawan. Bagi sesetengah orang, ini sahaja sudah cukup untuknya mendefinisikan seni dalam bola sepak itu sendiri. Sesetengah pihak pula melihat kepada taktikal sesebuah pasukan itu sebagai faktor kesenian bola sepak. Ada juga yang melihat kepada skil individu pemain. Ada yang melihat kepada penguasaan bola sesebuah pasukan untuk sesuatu perlawanan. Tetapi ada juga yang melihat kepada keupayaan sesuatu pasukan itu bertahan sebagai satu seni dalam bola sepak. Kemampuan untuk melakukan tackle adalah sama berseninya dengan kemampuan menghasilkan gol screamer dari jarak 35 ela...
Mendefinisikan gol cantik sahaja sudah terbahagi kepada beberapa school of thought. Ada yang melihat kepada kehebatan gol-gol yang dijaringkan itu pada bagaimana kerjasama pemain-pemain dalam sesuatu pasukan itu dalam menghasilkan gol. Ada yang lebih suka gol yang digelecek oleh seorang pemain dari tengah padang hingga menerjah jaring. Ada yang gemarkan gol-gol screamer dari jarak berpuluh-puluh meter dari gol pihak lawan. Ada juga yang gemarkan gol tap-in. Ada yang gemarkan gol set piece ataupun dead-ball daripada sepakan percuma.
Nah! Dalam menilai sesuatu gol sahaja, sudah ada banyak persepsi mengenai apakah itu kesenian dalam menjaringkan gol! Itu belum kita cerita mengenai apakah itu seni dalam beautiful game ini lagi...
Sama juga apabila kita menilai seni dalam bidang seni itu sendiri. Yang paling ketara mungkin bidang muzik. Bagaimana mendefinisikan kesenian sesuatu muzik itu? Kreativiti susunan muzik? Kreativiti alatan muzik? Keharmonian bunyiannya? Keserabutan iramanya (rock)? Ataupun simply mesej muzik tersebut? Anda pilih kerana definisi seni itu adalah milik peribadi masing-masing.
Begitu juga bidang lakonan contohnya. Keseniannya mungkin berganting kepada jalan cerita, pengolahan cerita, dialog watak, perwatakan watak, ataupun simply pada lakonan pelakon tersebut. Ada juga pihak yang sudah cukup berpuas hati dengan kesan khas sesebuah produksi lakonan sahaja. Tiada yang salah asalkan mereka sedar dan yakin dengan definisi seni mereka dan menghormati definisi seni orang lain...
Jadi, pada aku, tidak wujud persoalan mengenai siapa yang lebih berseni. Adakah seni silat lebih berseni daripada disiplin aikido? Adakah permainan Barcelona lebih berseni daripada Manchester United? Adakah Lionel Messi bermain dengan lebih art daripada Samir Nasri? Adakah Linkin Park lebih rock daripada Avenged Sevenfold?
Ini kerana individu tidak boleh mendefinisikan art lebih kepada dirinya sendiri sahaja. Kamu boleh katakan kepada aku, bahkan dunia juga boleh katakan kepada aku bahawa Picasso telah menghasilkan satu art, masterpiece! Tapi jika aku tidak berasakan demikian, ia tetap satu contengan yang tak kurang buruknya daripada contengan budak-budak berumur empat sahaja. Sama juga, bagi kamu, mungkin keupayaan matematik adik Adiputra mencapai tahap genius dan berseni. Namun, jika dia tidak mampu menulis sepanjang entri ini, contohnya, aku akan tetap tidak menganggapnya sebagai genius. Sekurang-kurangnya bukan pada bidang selain matematik...
Jadi aku melihat, cubaan untuk membandingkan kesenian sesuatu perkara itu dengan pandangan yang objektif sebagai satu usaha yang sia-sia dan tidak masuk akal. Senang untuk kita katakan, sebagai contoh, muzik yang dihasilkan Linkin Park tidak boleh dikategorikan sebagai Rock, Sum 41 tidak cukup punk, dan MCR tidak cukup true, tapi sebenarnya, yang boleh menghakimi mereka hanyalah mereka. Tidak sekalipun Linkin Park mendefinisikan mereka sebagai band rock, atau rap-rock atau sebagainya. Mereka mendefinisikan diri mereka sebagai pemuzik. Hal yang sama dengan MCR. Cuma Sum 41 aku tidak berapa pasti sama ada mereka pernah memanggil diri mereka sebagai band punk atau tidak. Walaupun Deryck pernah mengakui mereka menerima pengaruh kuat daripada Green Day, namun tak pula aku pasti sama ada Green Day juga pernah melabelkan diri mereka sebagai kumpulan punk...
Jadi, kesnya jelas! Sedangkan empunya diri pun tidak mengklasifikasikan diri mereka dengan mana-mana persekutuan/kumpulan, kenapa kita pula yang sibuk membincangkan cabang atau ideologi seni mereka? Pada aku, jika kalian berminat, enjoy sahaja hasil kerja mereka. Jika tidak, biarkan mereka dan dunia mereka. Bukannya diorang kacau kita pun, ye tak?
Apa yang aku cuba sampaikan adalah, jika terdapat pihak yang anda tahu, cuba memberitahu anda mengenai maksud kesenian kepada anda terhadap sesuatu subjek, dan anda merasakan bahawa anda tidak bersetuju dengan pendapatnya itu, maka anda bukan berada di pihak yang salah. Ini kerana seni adalah untuk dihayati dan dihargai. Asalkan anda mempunyai sesuatu untuk dihayati dan dihargai, disamping mencapai kepuasan tersendiri terhadap keindahan sesuatu itu, maka anda sudah berjaya mendalami kesenian anda sendiri. Tidak seorang pun di dunia ini yang boleh memberitahu anda tentang apakah maksud sebenar kesenian itu, melainkan memberi kita idea sahaja tentang bagaimana ia sepatutnya dihargai...
Ingatlah, seni itu subjektif, dan tiada jawapan yang salah dalam soalan subjektif. Cuma ada jawapan yang melampaui batas sahaja.
Dan itulah, idealism of art!
T/t: Art is the weapon, the future is bulletproof, the aftermath is secondary, it's time to do it now and do it loud!!

No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL