Wednesday, April 6, 2011

My Laboratory Romance...

Kerja aku sekarang, memang tak banyak bezanya dengan zaman sekolah-sekolah dulu...

Kami kena masuk tepat pada waktu yang ditetapkan. Walaupun tanpa uniform, tapi kami tetap kena pakai kemeja dan tuck-in, report harus dihantar apabila tiba waktu matang, kena masuk lab, masalah disiplin kena dan akan dilaporkan kepada ketua seksyen, yang bertindak bagaikan pengetua di situ.

Waktu lunch/rehat dan waktu balik masih lagi waktu yang paling dinanti-nantikan. Kadang-kadang kena masuk kelas. Kalau beruntung, boleh join lawatan sambil belajar.

Di tempat kerja aku sekarang ni jugak ada banyak dramanya. Popularity contest masih menular. Dan klik-klik tersendiri juga ada wujud. Mengata belakang itu rutin. Memang saling tak tumpah dengan zaman sekolah menengah, or for some, mungkin jugak zaman sekolah rendah mereka!

Cuma, kali ini, kami dibayar untuk melakukannya...



T/t: kerana aku hanya pemain dalam hidup ini, cereka ciptaan sendiri, mengisi posisi sebelum kembali...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL