Monday, April 25, 2011

It's Going Down!

Sudah tiba masanya kerajaan menimbangkan dengan serius untuk memberikan para penjawat awam waktu yang lebih fleksibel dalam menjalankan urusan kerja mereka. Maksud aku, yang penting ialah penjawat awam bekerja 8 jam sehari, tidak termasuk waktu rehat, dan terpulang kepada diri masing-masing untuk masuk bekerja pada pukul berapa asalkan mencukupi 8 jam sehari, 5 hari seminggu...

Sudah tentu, lebih baik diadakan imbuhan untuk mereka yang datang lebih awal, terutamanya perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat terus dengan orang awam.

Kenapa perkara ini perlu, aku rasa ia terang lagi bersuluh. Kecekapan adalah kata kuncinya. Waktu kerja yang fleksibel mampu mnghasilkan prestasi kerja yang lebih baik. Kenapa? Bayangkan, jika kita tidak perlu mengharungi kesesakan jalan raya selama sejam setiap hari pergi bekerja, sudah tentu kita akan masuk kerja dengan mood yang lebih baik, motivasi yang lebih tinggi, dan mampu memberikan 100% fokus kepada kerja yang hendak dilakukan pada hari tersebut.

1 jam perjalanan ke tempat kerja dengan kesesakan jalan raya, pada aku secara pribadinya, amat memenatkan mental dan fizikal.

Sudah tentu, banyak lagi langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesesakan jalan raya ni sebenarnya, tapi aku rasa dengan memberikan waktu fleksibel untuk penjawat awam adalah langkah yang paling praktikal untuk dilakukan dalam tempoh masa terdekat.

Cara lain yang munasabah untuk mengurangkan kesesakan ni sebenarnya adalah dengan memberikan had umur terhadap kenderaan di jalan raya-jalan raya utama di ibu kota ni. Dengan menetapkan, mungkin 5-7 tahun had umur sesebuah kereta untuk menggunakan jalan raya di KL dan mana-mana kawasan dengan kadar kesesakan yang tinggi, masalah kereta rosak di tengah jalan pada waktu puncak akan di atasi. Kenderaan-kenderaan di atas jalan juga tidak lagi mempunyai alasan yang munasabah untuk bergerak sekurang-kurangnya 80 km/j pada jalan lurus.

Seterusnya, dengan meletakkan had umur kereta, harga kereta juga wajar diturunkan. Dengan itu, subsidi yang ditanggung sesetengah pengeluar kereta harus dibatalkan, dan pasaran terbuka harus diamalkan! Dengan penurunan harga kereta dan kenderaan amnya, cukai jalan boleh dipertingkatkan dengan sewajarnya. Cukai ini digunakan kembali kepada pengguna jalan raya bagi memastikan mutu jalan raya yang dijamin berkualiti tinggi. Cukai ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan servis pengangkutan awam kepada rakyat. jadi, ia ibarat situasi menang-menang kepada kerajaan.

Dengan penurunan harga kereta melalui penarikan balik subsidi yang dinikmati pengeluar-pengeluar kereta nasional kini, rakyat akan mendapat pilihan untuk memiliki kereta yang lebih berkualiti pada harga yang lebih rendah. Ini juga mampu mengatasi kesesakan yang diakibatkan oleh kegagalan kereta untuk berfungsi di tengah-tengah jalan pada waktu puncak! Oleh itu, sudah sampai masanya kita mengetepikan pride kita untuk menghasilkan otomobil sendiri kerana yang merananya adalah rakyat kita sendiri...

Dengan kata lain, kita ibarat memberitahu orang ramai yang kita menggunakan pinggan dan kutleri yang diperbuat daripada emas, tetapi, tiada sebutir nasi pun di atas pinggan kita... Itu pun , emas ituhanya disadur, bukannya tulen!!

Aku memang berharap yang kerajaan akan, sekurang-kurangnya, mengambil langkah-langkah ini kerana masalah kesesakan jalan raya ni dah membuak-buak bagaikan sel kanser peringkat yang tak boleh diselamatkan lagi jika dibiarkan berterusan! Sekurang-kurangnya pun, kerajaan boleh memandang serius untuk memberikan waktu kerja yang fleksibel... 

Aku dengar swasta dah lama buat macam ni!

So, kurang la dakwat merah pada punch card aku kelak...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL