"racist & religious extremist...this is how i describe malaysian today. luckily i am not one of them. i mean i am malaysian with my faith [ although i am more like a free thinker], and never get alone with racist & religious extremist because they hate me so much for who i am.. the point is...DO I CARE !!"
Status Fesbuk salah seorang member aku tengah hari tadi, [note: aku rasa dia nak tulis along, bukan alone, tapi dari satu segi, tak lari maksud jugak kot? huhu...] aku agak bersetuju jugaklah dengan pendapat/pandangan dia, kecuali bab free thinker tu, pasal aku Islam sejati... Tak tahu lar pulak kalo aku ni tergolong dalam religions extremist ke tak, tapi setahu aku, orang extreme ni tak ngaku yang dia extreme...
ok la, ok la, aku extreme... LOL!!
Okeh... hari ni aku kena tinggal buka puasa sorang-sorang kat rumah... Semua hausmet aku dah ada plan 'makan luar', takde sekor pun nak menyusahkan diri sendiri dengan memberitahu aku sepatah dua... Ape ade hal, gua bleh berdikari apa... yang gua tak boleh cumalah masak kari... Having said that, actually, aku apa-apa pun tak reti masak [masak air kira kategori lain la, pasal ada heater...]
Dengan patah hati [ceh], aku desaid untuk makan luar jugak, aku capai kunci Cik Pers dan pergi... Mapley!
Apa barang member-member pergi makan luar tak ajak [bahkan sehingga artikel ini ditulis, baru seorang yang balik dari 'majlis' berbuka diorang], aku nak makan sorang-sorang kat rumah, ye dok??
Nak dijadikan cerita, aku terserempak la dengan seorang member dari matrikulasi dan jugak universiti aku dulu... Budak Kelantan jugak, tapi dah lama tak dengar berita. Kitorang pun bukannya rapat sangat, tapi, kalau dah satu negeri, satu matriks dan satu U, pelik la pulak kalau tak pernah bertegur sapa kan... Dia dengan group dia, sampai habis makan tadi, aku syak tu geng-geng kerja dia [yang aku syak ada kaitan juak dengan MLM, Qi Meritus], aku join la diorang pasal awek aku [Maria Sharapova] takleh join bukak puasa dengan aku...
Gila la korang kalo kutuk2 MLM Qi Meritus ni, betul2 bleh buat duit ni!!
Ok la, apa aku nak cerita tadi? Oh yer... member aku ni dulu budak silat, aktif jugak la, terer tu aku tak tahu sangat la kot, tapi pernah la main MASUM tu kalau aku tak silap, kira ok la, tahap-tahap aku jugak, ngeh ngeh ngeh...[FYI, aku terer :P]
Dalam rancak berbual tu [dia dengan geng-geng dia la, aku pendiam...], masuk la cerita kereta kena cium dan eksiden. Dengarnya member aku ni pernah eksiden dalam setahun lepas [rasanya aku tak jumpa dia dalam 2 tahun jugak la...], teruk jugak kata dia, tapi kereta la, dia aku nampak sihat je... Aku jugak dapat tahu dia dah kahwen dan ada anak sorang.... "ceh, buat kenduri tak ajak aku!" marah aku dalam hati...
Juga aku tahu dia pernah pegang PTD 2 tahun, lepas tu berenti pasal tak tahan nak bangun pagi masuk ofis... Aku pulak ada interview PTD seminggu lepas raya... -_-!
Hah!! Gila korang, member aku berenti PTD masuk benda ni, buat apa susah2 nak masuk PTD, pegi interview bagai nak rak, masuk je Qi Meritus ni, tengok tu, siap bagi ayat perli lagi....huhuhu
Oh, ya... tu cerita lain, masuk cerita tadi balik, member dia tu cerita la yang suatu petang [aku saspek baru-baru ni je...] yang ada kereta cium dia punya kereta. Dalam kereta member kawan aku tu, ada 4 orang lelaki badan bagak-bagak [ni aku tambah sendiri...]. Lepas tercium tu, diorang semua keluar la dari kereta dengan lagak buat-buat gedeber sikit [gila, aku tambah lagi... :DD], dan mamat yang cium kereta diorang tu, mengikut ceritanya, teragak-agak sikit la nak keluar, tapi keluar jugak, and mintak-mintak maaf la dia dengan awek dia tu...
Ok, biasa saja cerita ni, apa point aku? Ayat last ni la yang membuatkan aku tersenyum sinis [sekali lagi, dalam hati je...]
"Nasib baik Melayu..." kata member kawan aku tu.
Gila rasis...
T/t: ok, ok, aku admit, aku cuba men'streotaip'kan orang-orang yang belajar silat plak kan, bunyinya...huhuhu
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL