Monday, September 13, 2010

Update Post-Raya

I


Setiap tahun pun aku raya sampai pukul 9.00-9.30am pagi raya tu je, ye lah, bagi cukup syarat je, jangan berpuasa pada hari tersebut, so, aku break-fast dalam pukul 8.00, pergi sembahyang raya, dengar khutbah sikit, 9.30 balik, sesi bersalam-salaman dan family's potret, sampai la dalam pukul 10 lebih jugak sebenarnya...

Memandangkan raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat, maka sampai lepas sembahyang Jumaat la sambutan dia...

Tapi hairan jugak, masjid tempat aku sembahyang hari tu, lepas Jumaat takde pulak diorang nak takbir sekali lagi...

Lupa agaknya...

Seriously, sambutan Aidilfitri ni semakin lama akan semakin jauh daripada di"associated"kan sebagai satu perayaan agama, sebabnya dah semakin kurang unsur-unsur keagamaan yang diterapkan pada perayaan tersebut...

Ya, ia hari menyambut kemenangan atau kejayaan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, tapi, sebenarnya, Ramadhan ada soul yang jauh lagi tinggi daripada Aidilfitri, sehinggakan pada aku punya POV, Ramadhan itulah sebenarnya perayaan keagamaan...

Aidilfitri hanya hari untuk enjoy... Kalau kamu pergi sembahang sunat Aidilfitri, Alhamdulillah, masih lagi dalam kategori menyambut perayaan keagamaan Islam. Maaf-maafan, saling menziarah, zakat fitrah jangan lupa, sedekah pada budak-budak yang datang beraya... Semua ni masih lagi dalam kategori aktiviti yang dianjurkan dan digalakkan dalam agama Islam.

Yang tak digalakkan ialah, makan-minum-mengumpat secara berlebihan, posing baju raya lupa aurat bagai, saling menunjuk dan berlagak dengan aksesori raya dan dengki-mendengki selain hiburan berlebihan di hari pelepasan setan-setan merah...


II


Setan Merah nampaknya lesu di hari kedua pelepasan mereka... mana taknya, setelah terikat selama sebulan, diorang berpesta selama sehari, dan masa game, terus hancuss...

Takdelah hancuss sangat, pasal seri je pun, dengan Everton (the better Merseysiders) tu!

Tapi main cam hampeh jugak aku tengok awal-awal, lepas tu Pak cik aku tukar Buletin Utama, second half tengok balik dah leading 2-1...

Yang hairannya, lepas gol Berbatov, aku stay tengok masa aku tak tengok Man United leading 2-1, masa aku tengok, 2-1 jugak, tapi Everton la...

Sumpah minggu-minggu depan aku tak tengok lagi away game...


III


Tipikal tIC bekerja ketika bercuti dan bercuti dalam kerja... haha

So, sekarang aku nak bekerja dalam cuti aku, tapi pendrive buat hal masuk virus malingsia kejadah...

Nasib baik hari tu ada colleague bagi aku anti-virus made in Indonesia!

Bagus jugak anti-virus ni...


T/t: prediksi aku salah pasal Roo tak main... :(

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL