Tuesday, September 14, 2010

Edisi Futsal Raya...

Sultan Kelantan baru dah dimahsyurkan [betul ke aku eja ni?], so, sekarang budak-budak sekolah menengah aku dulu dalam dilema sama ada nama sekolah kitorang akan ditukarkan ke tak... Ini satu masalah serius bagi kami kerana jika ia ditukar, secara automatik nama Farisian Old Boys and Girls [FAROBA] akan ditukar kepada SUROBA [Sultan Faris' Old Boys And Girls]...

Tapi itu cerita lain...

Petang semalam, dalam keheningan 4 Syawal, kamiorang pergi ke majlis Futsal terbuka bagi mereka yang ada Fesbuk sahaja. Walaupun dalam minggu raya dan termasuk minggu akhir puasa hari tu, ni dah kali ke-3 secara 'rasmi' geng-geng FAROBA berkumpul, hanya sekali ni sahaja aku dapat join. Lagipun aktiviti-aktiviti reunion yang sebelum ni bertemakan makan-makan, tapi kali ni bertemakan kesukanan... 

Aku yang sememangnya bersemangat kesukanan tinggi ni pun memang tak boleh miss...

Main takdelah hebat sangat, simpan dowh... rugi lar ketupat rendang kalau bakar awal-awal, kalau boleh biar disimpan jadi lemak, sampai tahun depan... 

Sambil-sambil tukar-tukar team main tu, dekat luar gelanggang tu kami bergossip la apa yang patut, cerita orang jantan. Mana yang bujang tu mintak tips dengan yang dah bertunang, mana yang dah bertunang tu, mintak tips dengan yang dah berkahwin, mana yang dah berkahwin tu mintak tips dengan yang dah beranak sorang...

Aku sibuk tanya siapa nak ikut tengok bola malam esok, Piala Malaysia...

Tapi tu lah, dah berkawan lama ni, bila lama tak jumpa kadang-kadang rasa menyesal jugak, bila kadang-kadang kita terasa hati dengan gurauan kawan-kawan. Berkawan dah lama, sejak dari lepas bersunat hingga ke kenal cara nak mengorat... Kira senang susah sama-sama la dulu ni...

Cuma kadang-kadang kita senang tengok diorang susah, dan diorang susah tengok kita senang, hehehe...

Apa-apa hal pun, memang betul la kata orang, persahabatan yang dibina atas air mata dan darah tu memang kekal dan tahan lama...

Air mata homesick dan tak puas hati masing-masing time didenda secara tak patut oleh brader-brader prefect, dan darah akibat digigit nyamuk dengan rakusnya masa tidur di asrama dulu, huhuhu...

Anyway, wishing you guys Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, yang duduk belajar obersee tu, dah pandai bawak balik awek Jepun tu, jangan dilupa kawan-kawan yang tak pernah pergi lebih jauh daripada Sungai Golok, ni ye... :p 


T/t: When life leaves us blind, love keeps us kind... It keeps us kind!

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL