Tuesday, September 28, 2010

Wednesday, September 22, 2010

Iridescent

Do you feel cold and lost in desperation...? You'll build up hope, but failure all you've known...

Remember all the sadness and frustration!

And let it go.....

LET IT GO!


T/t: from "Iridescent", Linkin Park, A Thousand Suns... -Maybe the most touched lyric in their album for me...

Tuesday, September 21, 2010

Who's Hot, Who's Not!

Hot





Not




Hot





Not


sori, gambar lama, pasal gambar baru di'haram'kan dari Internet :P



T/t: you know you're team is shit when Berba'flop' scored a hat trick against your team!

Sunday, September 19, 2010

A Thousand Suns

"This is not the end, this is not the beginning, just a voice like a riot rocking every revision. But you listen to the tone and the violent rhythm, though the words sound steady something emptys within em...
We say yeah!
With fists flying up in the air! Like we’re holding onto something that’s invisible there... Cuz we’re living at the mercy of the pain and the fear, until we dead it, forget it, and let it all disappear!"

***

Now, I don't usually makes any review on !Trash Talk!, the main reason is because I hate it, only occasionally I make Manga Reviews cause I feel like it's worth it!

But the new album from Linkin Park, 'A Thousand Suns' is actually in the category that is worth reviewing!

If you follow the band closely, or read about them from Shinoda's Blog or any source related to them, you would know by now, that their new album are receiving mix critics from the pros and anti-fans/critics... But I do stand with the view that this is a good album if not great!

I might be bias, as a die-hard fan so do I called myself, but I can't help but saying this is a new Linkin Park that good nonetheless as they are before during the Hybrid Theory and Meteora's era.

But, having follow the band from 2006 one should actually saw this one coming, especially after the released of 2007 'Minutes to Midnight' album. I admit, it's might not sound the same and not what their first base fans like to hear it, but even though their overall style do sound like changing, you still can find the old Linkin Park somewhere around their new songs, seriously!

The rapping style might change, but it's maturing, very more relax and more to modern hip hop and not very much gang style anymore [personally for me, it's a pity cause the Shinoda's way of 'gang-like' rapping was the main reason I followed them years ago...], and you might find Chester scream far less in this album, certain songs do sound like a reggae a bit, just like the one I quote above, which is from the track 'Waiting For The End', which I might said, is the favorite of mine from the album...

Again, picking up a favorite songs/tracks from Linkin Park is hard stuff for me, cause I find it's very very rare that their songs didn't satisfy my lust for hearing, but I guess for 'A T S', this song is stand out for me!

But nonetheless, this album is great, it combines all track into a whole one album which is better to be played simultaneously because every tracks, not just related from their music [intro and outro, like LP used to do], but also in their meaning, message and mood...

I say that, once you heard the album, you'll find it is worth listening, buying and repeating! For ol' skool die hard LP fans' outside though, I advise that you prepare for a revolution, while a new listener, get ready for a band that not afraid to change, and ultimately, changing the world itself!

There should be a saying, "The hand that riff the guitar can shake the world!"

I would also said that, just like the lyric I quote above, this is not the end and surely not the beginning of something great coming out from this band!


Oh, did I said the album is great? 

Other reviews:

3. MTV




T/t: from the 'Wretches and Kings'

There's a time, when the operation of the machine becomes so odious.

Makes you so sick at heart, that you can't take part,

You can't even passively take part.

And you've got to put your bodies upon the gears and upon the wheels,

Upon the levers,
Upon all the apparatus. And you've got to make it stop!
And you've got to indicate to the people, who run in to the people own it.
And unless you're free, the machine will be prevented from working at all!

-Mario Savio-

Tuesday, September 14, 2010

Edisi Futsal Raya...

Sultan Kelantan baru dah dimahsyurkan [betul ke aku eja ni?], so, sekarang budak-budak sekolah menengah aku dulu dalam dilema sama ada nama sekolah kitorang akan ditukarkan ke tak... Ini satu masalah serius bagi kami kerana jika ia ditukar, secara automatik nama Farisian Old Boys and Girls [FAROBA] akan ditukar kepada SUROBA [Sultan Faris' Old Boys And Girls]...

Tapi itu cerita lain...

Petang semalam, dalam keheningan 4 Syawal, kamiorang pergi ke majlis Futsal terbuka bagi mereka yang ada Fesbuk sahaja. Walaupun dalam minggu raya dan termasuk minggu akhir puasa hari tu, ni dah kali ke-3 secara 'rasmi' geng-geng FAROBA berkumpul, hanya sekali ni sahaja aku dapat join. Lagipun aktiviti-aktiviti reunion yang sebelum ni bertemakan makan-makan, tapi kali ni bertemakan kesukanan... 

Aku yang sememangnya bersemangat kesukanan tinggi ni pun memang tak boleh miss...

Main takdelah hebat sangat, simpan dowh... rugi lar ketupat rendang kalau bakar awal-awal, kalau boleh biar disimpan jadi lemak, sampai tahun depan... 

Sambil-sambil tukar-tukar team main tu, dekat luar gelanggang tu kami bergossip la apa yang patut, cerita orang jantan. Mana yang bujang tu mintak tips dengan yang dah bertunang, mana yang dah bertunang tu, mintak tips dengan yang dah berkahwin, mana yang dah berkahwin tu mintak tips dengan yang dah beranak sorang...

Aku sibuk tanya siapa nak ikut tengok bola malam esok, Piala Malaysia...

Tapi tu lah, dah berkawan lama ni, bila lama tak jumpa kadang-kadang rasa menyesal jugak, bila kadang-kadang kita terasa hati dengan gurauan kawan-kawan. Berkawan dah lama, sejak dari lepas bersunat hingga ke kenal cara nak mengorat... Kira senang susah sama-sama la dulu ni...

Cuma kadang-kadang kita senang tengok diorang susah, dan diorang susah tengok kita senang, hehehe...

Apa-apa hal pun, memang betul la kata orang, persahabatan yang dibina atas air mata dan darah tu memang kekal dan tahan lama...

Air mata homesick dan tak puas hati masing-masing time didenda secara tak patut oleh brader-brader prefect, dan darah akibat digigit nyamuk dengan rakusnya masa tidur di asrama dulu, huhuhu...

Anyway, wishing you guys Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, yang duduk belajar obersee tu, dah pandai bawak balik awek Jepun tu, jangan dilupa kawan-kawan yang tak pernah pergi lebih jauh daripada Sungai Golok, ni ye... :p 


T/t: When life leaves us blind, love keeps us kind... It keeps us kind!

Monday, September 13, 2010

Update Post-Raya

I


Setiap tahun pun aku raya sampai pukul 9.00-9.30am pagi raya tu je, ye lah, bagi cukup syarat je, jangan berpuasa pada hari tersebut, so, aku break-fast dalam pukul 8.00, pergi sembahyang raya, dengar khutbah sikit, 9.30 balik, sesi bersalam-salaman dan family's potret, sampai la dalam pukul 10 lebih jugak sebenarnya...

Memandangkan raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat, maka sampai lepas sembahyang Jumaat la sambutan dia...

Tapi hairan jugak, masjid tempat aku sembahyang hari tu, lepas Jumaat takde pulak diorang nak takbir sekali lagi...

Lupa agaknya...

Seriously, sambutan Aidilfitri ni semakin lama akan semakin jauh daripada di"associated"kan sebagai satu perayaan agama, sebabnya dah semakin kurang unsur-unsur keagamaan yang diterapkan pada perayaan tersebut...

Ya, ia hari menyambut kemenangan atau kejayaan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, tapi, sebenarnya, Ramadhan ada soul yang jauh lagi tinggi daripada Aidilfitri, sehinggakan pada aku punya POV, Ramadhan itulah sebenarnya perayaan keagamaan...

Aidilfitri hanya hari untuk enjoy... Kalau kamu pergi sembahang sunat Aidilfitri, Alhamdulillah, masih lagi dalam kategori menyambut perayaan keagamaan Islam. Maaf-maafan, saling menziarah, zakat fitrah jangan lupa, sedekah pada budak-budak yang datang beraya... Semua ni masih lagi dalam kategori aktiviti yang dianjurkan dan digalakkan dalam agama Islam.

Yang tak digalakkan ialah, makan-minum-mengumpat secara berlebihan, posing baju raya lupa aurat bagai, saling menunjuk dan berlagak dengan aksesori raya dan dengki-mendengki selain hiburan berlebihan di hari pelepasan setan-setan merah...


II


Setan Merah nampaknya lesu di hari kedua pelepasan mereka... mana taknya, setelah terikat selama sebulan, diorang berpesta selama sehari, dan masa game, terus hancuss...

Takdelah hancuss sangat, pasal seri je pun, dengan Everton (the better Merseysiders) tu!

Tapi main cam hampeh jugak aku tengok awal-awal, lepas tu Pak cik aku tukar Buletin Utama, second half tengok balik dah leading 2-1...

Yang hairannya, lepas gol Berbatov, aku stay tengok masa aku tak tengok Man United leading 2-1, masa aku tengok, 2-1 jugak, tapi Everton la...

Sumpah minggu-minggu depan aku tak tengok lagi away game...


III


Tipikal tIC bekerja ketika bercuti dan bercuti dalam kerja... haha

So, sekarang aku nak bekerja dalam cuti aku, tapi pendrive buat hal masuk virus malingsia kejadah...

Nasib baik hari tu ada colleague bagi aku anti-virus made in Indonesia!

Bagus jugak anti-virus ni...


T/t: prediksi aku salah pasal Roo tak main... :(

Thursday, September 9, 2010

Bola Datang Lagi!!

Manchester United vs Merseysiders!!

Pasukan Setan Merah akan menyambut hari 'terlepas daripada kurungan' Bulan Ramadhan dengan back-to-back fixtures menentang pasukan-pasukan dari Merseyside, diselang-selikan dengan pertembungan Champion's League Group Stage menentang Rangers...

9/11

The better Merseyside vs Kelab Men(ip) U(ref)

vs 


Everton memang kuat! Sekurang-kurangnya lagi kuat dari 'the club which we can't speak out their name' (Voldemort)! Men U dalam misi membalas dendam kekalahan musim lalu disamping terus memberikan tekanan kepada Chelsea dalam saingan Liga...

Jangan dilupa, Chelsea merehatkan dua 'tonggak' utama mereka dalam perlawanan kelayakan Euro 2012 lalu [sekali gus membolehkan team lemah England terusmenang match diorang...] merupakan bukti awal tekanan yang dihadapi mereka dari Men U walaupun baru je awal musim dan diorang masih belum concede goal lagi... menunjukkan dengan jelas aras keyakinan mereka, iaitu... tiada!

Okeh, untuk match ini, aku predict Everton 0 - 1 Men U (Wayne Rooney, pen 90+15' <---ref kesian...)

Cempiyens League, raya ke-5...


VS

Tiada apa untuk dipredik sehingga tamat group stage... layankan saja game yang hanya ingin menguntungkan kapitalis... (ceewah!)

9/19

Bola Sepak Sebenar vs (Bekas) Bola Sepak Sebenar!

 VS

Merah Setan lawan Merah (Ayam?)

North West Derby... boleh dikatakan derby tersohor dan one of bloody hell punya derby dalam sejarah bola sepak Inggeris! 18 League Trophies (and still counting) vs 18 League Trophies (and STOP counting)!

Expect: Lot of 'professional' fouls, red card(s), penalty, and referee 'blunders' :P
Do Not Expect: Players hugging each other after games and Stevie G swap shirt with Scholes or Giggsy...

What to watch: Owen score against 'you-know-who'
What to miss: Garry Neville across field's sprint (to celebrate winning goal) : P

Random Predictor:

United main dekat home, tapi Liverpool rasanya ada advantage pasal rehat lebih minggu tu (ye ke? ke ada fixture EROPAH jugak?? malas nak check...)

so, aku predict, Men Yu 5 - 0 you-know-who (Wayne Rooney pen, Bertabov pen, Nani pen, Carragher o.g., Owen 90+25')

Men Yu menang pasal beli ref... cam biasa!



T/t: Kelab kaya memang ref suka... Ala... korang pun suka duit jugak, kan? Jangan tipu la, tiap-tiap tahun raya 'kandok' duit raya...

Wednesday, September 8, 2010

Rhapsody of Hari Raya?

Gua [ceh, bahasa ala-ala rock skit hari ni...] keluar awal-awal pagi hari ni, ada hal sikit... Jalan Bangi semua lengang siot! Nyesal pulak tak kerja hari ni... : P

I
 
Deruan angin pagi sayup-sayup kedengaran diselang-seli deruman enjinku,
Menghempas ke mukaku bayu pagi yang menggeletarkan seluruh sendi hidupku,

Kadangkala suasana sebegini mengingatkan daku kepada betapa rapuhnya dunia,
Dan betapa mudahnya nikmat dilupakan...

Ketenangan yang dicari tak terjumpa dalam kesibukan kota,
Rupanya ada di sebalik wajah desa...

Selamat Hari Raya!!

II

semua orang nampaknya sibuk dan kecoh pasal iklan TV3, TV3 sendiri pun tak kecoh-kecoh, apa ada hal? ngeh ngeh ngeh...

III
 
Blog minggu ini (wajib baca) : LKNY: Ramadhan


T/t: tema raya - direct, simple yet elegant!! :DD

Saturday, September 4, 2010

Jose Mourinho dan Spekulasi mengenai Kelab Terhebat Dunia Masa Kini, Manchester United...

Update: Artikel ni terpilih untuk 'entri rabu' Blog Sokernet, Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia(lah sangat!!) walaupun terdapat banyak typos dan link yang tak keluar langsung, huhuhu...
 
Mungkin entri ni berjaya diterima masuk kerana tiada entri lain yang dihantar pada minggu lepas, who's know? Fdausmad knows!! : P
 
p/s: sekarang aku dah seri dengan jarr, keh keh keh :DD
 
 
Christiano Ronaldo is no diver - Jose 'the special one' Mourinho...
 



Jadi, Mourinho sekarang ibarat menelan ludah sendiri. Setelah melabelkan bekas pemain sendiri, seperti the 88 goals Drog sebagai diver, kali ini Mourinho mengambil pendekatan untuk memuji Sir Alex 'beli ref' Ferguson kerana mengubah diri Christiano menjadi seorang pemain yang jujur, yang cuba untuk mengejar bola walaupun sudah di'foul'kan oleh pemain lawan. 

"I hate diving, but I'm not happy if a player is kicked by somebody in the box and he tries to remain standing. It's very very rare a referee gives a decision if the player doesn't go down so I tell my players not to be naive, but to be fair" quote dari the special one dahulu...

Kata Jose lagi, Ronaldo mempunyai ciri-ciri pemain  bolasepak British yang biasa dilatih oleh Fergie, kira ala-ala attitude 'never say die' United la, kiranya...

Terdapat beberapa spekulasi yang boleh dibuat di sini. Pertamanya, tipikal Mourinho untuk mem'bekap' player sendiri, sebagaimana yang dilakukan terhadap si Drog, yakni, hanya selepas beliau tidak lagi melatih Chelsea, barulah dia mengakui yang the Drog ialah seorang diver dan primadonna berjaya...

image: terima kasih Lucius...

Mungkin apa yang dikatakan olehnya terhadap C. Ron merupakan contoh klasik bagi situasi yang sama. Now, kalaulah ada manager 'lain' yang bekap player dia walaupun kritik kata dia main macam haram atau kata dia seorang yang diver, pasti manager 'tersebut' akan dikatakan tua nyanyuk, tak sedar diri dan suka beli ref...

Namun Mourinho disayangi ramai, dan pastinya 'sabda-sabda' beliau diterima ramai pengikut beliau diseantero dunia!

Spekulasi kedua yang boleh dibuat ialah ini merupakan satu cara man-management daripada manager terhebat dunia yang boleh kalahkan Barcelona, selain Rubin Kazan, iaitu cara beliau untuk keep the star players happy... 

Dikhabarkan dalam berita-berita muka belakang kebanyakan suratkhabar sebelum ini, antara cabaran terbesar yang akan dihadapi oleh Mourinho ialah bagaimana untuk mengekalkan semangat berpasukan dan ego pemain-pemain bintangnya di Real Madrid. Ini kerana the special one juga terkenal dengan egonya sendiri, dan lebih merupakan seorang yang sangat autonomi dalam pengurusannya, tidak seperti manager-manager Real Madrid yang lain... Jadi, dengan memuji C.Ron sebagai seorang yang hardworking, bukan kaki dive, merupakan salah satu kaedah yang dilihat mampu mengeratkan hubungan pemain-pengurus tersebut.

Lagipun, awal musim baru-baru ini, Mourinho sudah tegaskan yang Kaka' bukan untuk dijual walaupun beliau membawa masuk prodigy baru bolasepak Jerman, Mesut Ozil ke Real. Expect someday Mourinho akan kata C.Ron lebih baik daripada Messi or C.Ron merupakan player yang paling bahaya/hebat yang pernah dia lawan berbanding Messi or something like that... 

Jika ini adalah benar, maka tIc kata: Real Madrid Superstars (C.Ron) 2 - 0 Jose 'the special one' Mourinho... 

Spekulasi ketiga adalah berkaitan dengan khabar angin yang mengatakan bahawa Mourinho akan menggantikan SAF di Man Utd. Seperti yang kita ketahui, setiap kelab yang diterajui Jose 'the special one' Mourinho akan ditinggalkan beliau selepas beliau memenangi Champions League kecuali, heh heh heh... Dan keinginan beliau melatih sebuah kelab Inggeris disamping mengekalkan ciri-ciri tradisi kelab tersebut, English style, telah lama dicirculate dalam paper-paper sukan di Eropah dan seluruh dunia.

Jadi, kemungkinan besar tindakan menjaga hati C.Ron sambil memuji SAF adalah tindakan sambil menyelam minum air bagi Jose 'the special one' Mourinho untuk mengukuhkan kedudukan beliau dalam senarai pilihan untuk menggantikan SAF di Mencester...

Kemngkinan besar juga, beliau ingin membawa bersama-sama beliau ke Mencester kelak, C.Ron kembali, dan juga Mesut Ozil!


Be Scared, be really really scared!! 

January Transfer Rumours

Manchester United dijangka akan menambahbaikkan skuad mereka Januari ini dengan membeli seorang pemain berkelas dunia, sekali gus menangkis tuduhan yang kelab tersebut berada dalam masalah hutang yang teruk!

Pemain ini pernah menyertai trial di Manchester United beberapa musim lepas, dan pernah juga melakukan trial di beberapa kelab bertaraf dunia yang lain seperti Bayern Munich...

Laporan penuh.

gambar dari Yahoo!Sport

Walaupun pemain ini sememangnya terkenal dengan kelajuannya yang tak hingat dunia tu, (asek ingat akhirat je...) dan dia sendiri mengakui ingin bermain di bek kiri, sesuai dengan cita-citanya untuk menggantikan Ryan Giggs di Mencester, namun posisi itu tampak sudah kukuh di Man Utd, yang sekarang di isi oleh Patrice Evra dan Fabio pun boleh tahan jugak... Lagipun, O'shea pun ok kalau main situ kadang-kadang...

So, aku rasa dia bakal diletakkan di posisi penyerang bersama seorang lagi (bakal) penyerang berbisa Man Utd dan England... Danny Welbeck!

Bayangkan kalau salah sorang dari mereka assisst seorang lagi, camne goal celebration diorang agak-agak nya??

Dan yang pastinya, Paul Scholes boleh melakukan 50 yards pass 4 saat sebelum Bolt mula berlari...

Sumber - Peuters

Thursday, September 2, 2010

If Divided We Stand, Together We'll Fall...

"racist & religious extremist...this is how i describe malaysian today. luckily i am not one of them. i mean i am malaysian with my faith [ although i am more like a free thinker], and never get alone with racist & religious extremist because they hate me so much for who i am.. the point is...DO I CARE !!"

Status Fesbuk salah seorang member aku tengah hari tadi, [note: aku rasa dia nak tulis along, bukan alone, tapi dari satu segi, tak lari maksud jugak kot? huhu...] aku agak bersetuju jugaklah dengan pendapat/pandangan dia, kecuali bab free thinker tu, pasal aku Islam sejati... Tak tahu lar pulak kalo aku ni tergolong dalam religions extremist ke tak, tapi setahu aku, orang extreme ni tak ngaku yang dia extreme...

ok la, ok la, aku extreme... LOL!!

Okeh... hari ni aku kena tinggal buka puasa sorang-sorang kat rumah... Semua hausmet aku dah ada plan 'makan luar', takde sekor pun nak menyusahkan diri sendiri dengan memberitahu aku sepatah dua... Ape ade hal, gua bleh berdikari apa... yang gua tak boleh cumalah masak kari... Having said that, actually, aku apa-apa pun tak reti masak [masak air kira kategori lain la, pasal ada heater...]

Dengan patah hati [ceh], aku desaid untuk makan luar jugak, aku capai kunci Cik Pers dan pergi... Mapley!

Apa barang member-member pergi makan luar tak ajak [bahkan sehingga artikel ini ditulis, baru seorang yang balik dari 'majlis' berbuka diorang], aku nak makan sorang-sorang kat rumah, ye dok??

Nak dijadikan cerita, aku terserempak la dengan seorang member dari matrikulasi dan jugak universiti aku dulu... Budak Kelantan jugak, tapi dah lama tak dengar berita. Kitorang pun bukannya rapat sangat, tapi, kalau dah satu negeri, satu matriks dan satu U, pelik la pulak kalau tak pernah bertegur sapa kan... Dia dengan group dia, sampai habis makan tadi, aku syak tu geng-geng kerja dia [yang aku syak ada kaitan juak dengan MLM, Qi Meritus], aku join la diorang pasal awek aku [Maria Sharapova] takleh join bukak puasa dengan aku... 

Gila la korang kalo kutuk2 MLM Qi Meritus ni, betul2 bleh buat duit ni!!

Ok la, apa aku nak cerita tadi? Oh yer... member aku ni dulu budak silat, aktif jugak la, terer tu aku tak tahu sangat la kot, tapi pernah la main MASUM tu kalau aku tak silap, kira ok la, tahap-tahap aku jugak, ngeh ngeh ngeh...[FYI, aku terer :P]

Dalam rancak berbual tu [dia dengan geng-geng dia la, aku pendiam...], masuk la cerita kereta kena cium dan eksiden. Dengarnya member aku ni pernah eksiden dalam setahun lepas [rasanya aku tak jumpa dia dalam 2 tahun jugak la...], teruk jugak kata dia, tapi kereta la, dia aku nampak sihat je... Aku jugak dapat tahu dia dah kahwen dan ada anak sorang.... "ceh, buat kenduri tak ajak aku!" marah aku dalam hati...

Juga aku tahu dia pernah pegang PTD 2 tahun, lepas tu berenti pasal tak tahan nak bangun pagi masuk ofis... Aku pulak ada interview PTD seminggu lepas raya... -_-!

Hah!! Gila korang, member aku berenti PTD masuk benda ni, buat apa susah2 nak masuk PTD, pegi interview bagai nak rak, masuk je Qi Meritus ni, tengok tu, siap bagi ayat perli lagi....huhuhu

Oh, ya... tu cerita lain, masuk cerita tadi balik, member dia tu cerita la yang suatu petang [aku saspek baru-baru ni je...] yang ada kereta cium dia punya kereta. Dalam kereta member kawan aku tu, ada 4 orang lelaki badan bagak-bagak [ni aku tambah sendiri...]. Lepas tercium tu, diorang semua keluar la dari kereta dengan lagak buat-buat gedeber sikit [gila, aku tambah lagi... :DD], dan mamat yang cium kereta diorang tu, mengikut ceritanya, teragak-agak sikit la nak keluar, tapi keluar jugak, and mintak-mintak maaf la dia dengan awek dia tu...

Ok, biasa saja cerita ni, apa point aku? Ayat last ni la yang membuatkan aku tersenyum sinis [sekali lagi, dalam hati je...]

"Nasib baik Melayu..." kata member kawan aku tu.

Gila rasis...


T/t: ok, ok, aku admit, aku cuba men'streotaip'kan orang-orang yang belajar silat plak kan, bunyinya...huhuhu


Wednesday, September 1, 2010

No Road Left but One...

Memang susah mencari kawan dikala susah, tapi kita jarang memikirkan betapa lagi susah nak menjadi kawan ketika kawan susah... Yang kita selalu dengar orang komplen ialah bila tiada kawan ketika susah, tapi jarang kita persoalkan di mana kita ketika ada kawan-kawan yang dalam kesusahan...




T/t: misery, loves company