Tuesday, November 23, 2010

Sarjana

Baru-baru ni aku melayan iklan-iklan di Astro 105 sambil diselang-selikan dengan tayangan cerita King of Beggar lakonan Stephen Chow. Siapa tak kenal Stephen Chow memang peminat Bollywood...

Dalam cerita tersebut, watak lakonan Si Stephen tu terpaksa mengemis selepas gagal menjadi 'sarjana a.k.a scholar' dalam peperiksaan awam Kerajaan Imperial China pada masa tersebut. Tak silap aku dia ditipu sehingga bankrap dan dek kerana gagal dalam ujian sarjana, dia terpaksa menjadi pengemis dan hidup kais pagi kais petang...

Banyak lagi plot cerita kung-fu tersebut, namun sampai situ je yang aku berminat untuk selitkan bagi memberi point entri kali ni...

Seperti cerita tersebut, kalau korang ada memberi perhatian terhadap kelas sejarah Tamadun Dunia masa tingkatan 4 dulu, mesti korang sudah tahu bahawa sistem peperiksaan awam untuk mencari para sarjana dari seluruh negara telah lama diamalkan oleh kerajaan Beraja China (Apa? China ada raja? Negara Komunis tu ada Raja? ha-HA! Kalau bagitahu budak-budak China zaman sekarang agak-agak diorang boleh terima ke? Cam Melaka ada Sultan? Entah, aku lahir-lahir, ada Ketua Menteri je yang aku kenal, the irony of history, ha-HA!)

Walaupun cikgu sejarah form 4 aku dulu boring nak mampus, tapi ni lah satu-satunya subjek yang aku tak pernah boring belajar, ha-HA!

Ok, berbalik kepada topik. Dalam peperiksaan awam Empayar China ni, terdapat beberapa kriteria yang dinilai dan ia merangkumi beberapa subjek, bergantung kepada pada dinasti manakah peperiksaan itu dijalankan. Pada awalnya, kurikulumnya merangkumi 6 seni/disiplin (ia digelar kurikulum untuk calon peperiksaan Generasi Pertama) yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Disiplin/Seni Kesarjanaan: Muzik, arithmetik, penulisan dan pengetahuan mengenai upacara-upacara tradisi untuk masyarakat umum dan juga persendirian. Keduanya ialah Disiplin/Seni Ketenteraan, kriteria yang dinilai termasuklah kemahiran memanah dan menunggang kuda. dimasukkan untuk setiap peperiksaan tersebut. Kurikulum ini seterusnya berkembang untuk merangkumi 5 Pengajian (5 studies). Subjek-subjek dalam 5 Pengajian merangkumi pengetahuan mengenai agrikultur dan geografi, undang-undang awam, strategi ketenteraan, hasil dan percukaian dan Confucian Klasik ...


Ujian pula merangkumi ujian bertulis dan berlangsung selama beberapa hari, dengan calon-calon akan dikurung dalam satu tempat tanpa ada bentuk hubungan langsung dengan dunia luar. Jawapan daripada setiap calon juga akan disalin oleh pihak ketiga sebelum diserahkan kepada para pemeriksa. Bukan sahaja calon yang akan dikurung untuk beberapa hari di satu tempat khas sepanjang peperiksaan tersebut, bahkan para pemeriksa juga. Jadi, jika para guru hari ini ada yang mengeluh kerana ditugaskan untuk menjadi pemeriksa bagi kertas-kertas ujian peperiksaan awam, ingatlah sekurang-kurangnya anda mampu berbuat demikian di resort-resort hotel yang ditanggung kerajaan, bukannya bilik yang dikawal rapi oleh pengawal bersenjata!

Tujuan meletakkan calon dan pemeriksa kertas peperiksaan insedemikian rupa adalah untuk memastikan yang setiap jawapan calon adalah sahih dan bukan hasil peniruan atau konspirasi. Begitu ketatnya kawalan peperiksaan di sana.

Berbanding dengan kawalan peperiksaan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia hari ini, cuma dengan tanda 'Jangan Bising, Peperiksaan sedang Berlari' sahaja yang ada, dan denda bagi mereka yang ditangkap meniru pula hanya untuk menakut-nakutkan tikus...

Dalam peperiksaan awam ini pula, soalan-soalan dikeluarkan oleh pihak Istana dan kawalan mutunya juga cukup tinggi. Ini bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak sahaja yang boleh lulus dan sekali gus mendapat jawatan penting dalam kerajaan. Dalam bab ini, sistem kita pada hari ini masih boleh diterima walaupun kita tidak lagi mengamalkan sistem penngeluaran soalan berpusat selepas tamat sekolah menengah atau matrikulasi. Setiap institusi pengajian tinggi akan mengeluarkan soalan mereka sendiri. Ada yang berdasarkan mesyuarat jabatan atau pun sekolah-sekolah/fakulti-fakulti, ada juga hanya pada kalangan pensyarah yang mengajar subjek tertentu.

Calon-calon biasanya adalah secara persendirian, yakni tidak diwakili oleh mana-mana institusi pengajian. Pemilihan dijalankan bermula dari peringkat daerah lagi oleh pegawai di setiap daerah masing-masing yang menilai calon-calon yang difikirakn sesuai untuk mengambil peperiksaan tersebut. Jika calon berasal daripada keluarga yang berkemampuan, mereka boleh mengupah guru tuisyen, yang biasanya terdiri daripada para calon peperiksaan yang pernah menduduki peperiksaan tersebut dan gagal. Pada masa tersebut, jika kamu berkemampuan untuk belajar walaupun keluarga kamu miskin, maka kamu layak untuk menduduki peperiksaan tersebut. Namun, sama juga seperti masa sekarang, jika keluarga kamu berkemampuan, chance is, you have a better shot at it kerana kamu boleh mengupah guru yang lebih baik dan lebih banyak. Tapi, sekali lagi, sama juga dengan waktu sekarang, kalau ayah kamu kaya-raya, ataupun kamu itu anak Datuk, the chance is, you will end up finishing your father fortune and won't take education seriously enough...

Chance la, tak semestinya semua pun sama...

Dari satu segi, peperiksaan pada zaman dahulu dilihat adalah lebih baik, terutamanya tahap ke-strict-an peperiksaan tersebut. Dari segi kawalan calon dan kawalan mutu soalan dan keputusan ujian. Namun ada juga kadang-kala soalan bocor apabila berlakunya kes seperti pegawai peperiksaan dirasuah untuk mendedahkan soalan lebih awal daripada waktu peperiksaan sebenar, namun kes-kes sebegini (rasuah), jika ditangkap, will be severely punished!

Dari satu segi yang lain, peluang bagi masyarakat keseluruhannya untuk menikmati pendidikan tinggi sudah semakin baik dengan edaran masa. Di Malaysia, bukan perkara baru kalau anak petani atau nelayan atau penoreh getah boleh berjaya dalam pelajaran... Lihat saja iklan Bank Pertanian dekat-dekat nak raya macam sekarang sebagai bukti...

Dari segi kewangan untuk belajar pula, walaupun masih ada kesukaran, tapi berbanding dengan masyarakat golongan petani di zaman DInasti China, zaman moden di Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai alternatif yang lebih baik... (ceh, puji PTPTN pun, bukan boleh dapat cut interest, ye dok??)

Persamaan antara dua zaman ini ialah penganugerahan Sarjana kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan awam/pengajian tinggi ini. Zaman Dinasti China dulu, mereka yang lulus dan mendapat jawatan dalam kerajaan akan digelar Sarjana (mengikut cerita King of Beggar tersebut, dan banyak lagi cerita lain). Manakala bagi zaman kita sekarang, mereka akan mendapat luminate Ijazah dengan gelaran 'sarjana muda' (jika ijazah undergraduate). So, dari segi akademiknya, aku kekal muda, jika aku tak ambil master ataupun PhD, walaupun umur aku sudah meningkat, mungkin ke 60-an, contohnya...

Jadi selepas dapat ijazah sarjana MUDA tadi, sekarang alhamdulillah, kebanyakan daripada kita berjaya mendapat tempat kerja dalam kerajaan. Dan kalaupun kerja swasta pun, zaman sekarang gaji masyukk jugak...

So, ijazah aku dulu, nama penuh dia ialah, "Ijazah sarjana muda sains dengan kepujian"... Yang part ijazah, sarjana, muda dan sains tu aku bolehlah faham, kan... Tapi yang part kepujian tu aku pelik. Kenapa kena puji? sebab lulus exam?

Ok, mungkin jugak.. tapi, siapa yang puji dan bagaimana pulak pujiannya berbunyi?

Entahlah, sampai sekarang aku masih tertanya-tanya...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL