Tuesday, November 9, 2010

Faktor-Faktor Kekalahan Chelsea

Rumah siap, pahat masih berbunyi...


Kekalahan Chelsea kepada Liverpool di Anfield adalah satu kejutan... Tidak!

Bahkan atas faktor-faktor dibawah, dapat disifatkan bahawa pasukan Chelsea sebenarnya mennggali kubur sendiri atas taktikal yang dimainkan Ancelotti...

Taktikal Ancelotti punca kekalahan Chelsea? Tu la, banyak sangat berasap...


1. Tidak Memulakan Didier Drogba


ihsan Sokernet

Tidak dinafikan pasukan Chelsea dibarisi bintang-bintang pada semua posisi, dan ketiadaan Drogba sepatutnya tidak dirasai oleh barisan serangan dengan nama-nama besar seperti Anelka, Salomon Kalou, Malouda dan Norshahrul Idlan Talaha.

Namun sebaliknya terjadi, apabila Chelsea gagal memecahkan kebuntuan di depan pintu gol...

Kenapa?

Kerana Ancelotti terlupa, tanpa Drogba, barisan midfield Chelsea terus kekeringan idea untuk memberikan lorongan-lorongan cantik kepada barisan serangannya. Ini kerana tiada siapa dapat membaca hantaran pemain 'ace' Chelsea, Steven Gerrard sebaik Didier Drogba. Contoh di bawah adalah bukti terbaik!




"Boss, why don't you started the Drog?? We're like, BFF!"



2. Terlampau Mengambil Berat Terhadap Perlawanan Pertengahan Minggu




Clash of the titans!



Perlawanan derby menentang kelab setempat, Fulham, pastinya berlegar-legar di kepala setiap pemain dan jurulatih Chelsea. Realistiknya, perlawanan menentang Fulham adalah lebih penting, lagipun, finalis Europa League serta bekas kelab bimbingan Uncle Woy  itu adalah lawan yang lebih tough berbanding kelab kendalian Uncle Woy yang sekarang. Ini menyebabkan aturan taktikal Ancelotti menjadi sedikit tidak munasabah dan para pemain juga tidak bersunguh-sungguh bagi memastikan tahap kecergasan mereka adalah yang terbaik menjelang pertemuan dengan Fulham kelak....

Fulham di final Europa League


Secara logiknya, taktikal Ancelotti untuk merehatkan pemain bintang untuk menentang kelab yang lebih inferior adalah satu taktik dari dalam buku teks, namun Chelsea bukan Manchester United yang mempunyai all-round team... Sekian!


T/t: Torres pun takleh nak jaga, camna nak jaga Berbatov, Chicharito dengan S. Chanturu kelak??

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL