Saturday, August 14, 2010

Menyokong Poligami 100%

Namun dengan syarat ianya mestilah poligami yang betul-betul mengikut lunas Islam... Old skool punya, ikut sunnah betul-betul punya...

Camna?

So, kita kena faham dulu macam mana prinsip dan praktikalnya poligami dalam Islam. Orang yang buta pengetahuannya senang je cakap yang ianya sebagai satu kelonggaran ataupun worst, kebenaran dalam Islam bagi membolehkan seseorang lelaki muslim itu mempunyai lebih daripada seorang pasangan.

By principle, benda tu memang tak salah. Ia memang membolehkan seorang lelaki muslim itu memiliki lebih daripada seorang pasangan, tetapi persoalannya ialah, what for?

Sex? Money? Pride? or just plain 'serakah'?

Untuk menjawab persoalan ini, kita kena balik ke sirah nabawiyah... Kita nak ikut sunnah Nabi kena belajar betul-betul... kena tahu betul-betul macam mana Nabi buat dulu... bukan main bedal jer! Tu yang ada nanti cerita kawen 4 ikut sunnah, sembahyang puasa tak ikut sunnah... Kita nak ikut sunnah Nabi, bukan sunnah babi, beb!!

So, macam mana nabi berpoligami dulu? macam mana para sahabat berpoligami? Kenapa mereka berpoligami? Dengan siapa mereka berpoligami? Apa kesan dan akibat poligami mereka? Harmonikah rumah tangga poligami mereka?

Now, bila bercakap mengenai kemampuan seseorang lelaki itu untuk berpoligami, mereka yang hanya ikut serakah je hanya melihat kepada kemampuan fizikal sahaja, yakni 'tubuh-badan' [ya know whatta mean!] dan financial... tu pon kadang-kadang yang ke-2 tu pun dah gagal... Tak sure pulak kalau ada yang first pun dah gagal, tapi masih gatal...

Aspek pendidikan diabaikan terus. Ini yang menimbulkan masalah sebenarnya. Masalah bukan sahaja melibatkan individu, bahkan ahli keluarga yang terlibat... psikologi anak-anak dan isteri-isteri, seterusnya membina penyakit umpama kanser kepada masyarakat, seterusnya menjadi pemangkin kejatuhan ummat, and last but not least, before we know it, dah jadi senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam itu sendiri...

Kita, ummat Islam lah yang menjadi punca kepada perkara ini. Sama ada kita mengamalkan atau tidak poligami ini, setuju atau tidak dengan poligami ini, we're still to blame! Why? selagi kita tidak menghapuskan sikap atau ideologi 'Kubur lain-lain', maka selagi itulah kita akan gagal atasi masalah ummah...

Poligami Cara Nabi

Ramai yang tahu, tapi tak ramai yang faham... Kenapa dalam banyak-banyak isteri Nabi S.A.W, hanya Aisyah r.a sahaja yang dikahwini baginda semasa Aisyah masih seorang anak dara? Dari sebelas [citation needed] isteri Nabi S.A.W, kenapa hanya seorang sahaj yang dikahwini dari anak dara? Jika sunnah nabi betul-betul diikut, maka poligami hanya boleh dibenarkan terhadap perempuan yang sudah menjanda ataupun menjadi balu, atau sekurang-kurangnya tidak boleh lebih daripada seorang isteri-isteri tersebut dikahwini daripada anak dara. Kenapa? Kata tadi nak ikut sunnah? Ikut sunnah ialah ikut apa yang Nabi S.A.W buat, dan itulah yang baginda buat!! Apa masalahnya?

Perempuan yang bagaimanakah yang boleh dikahwini?

Bagi tujuan poligami, maka seperti dinyatakan diatas, ialah para ibu tunggal dan/terutamanya balu daripada pejuang/askar yang syahid daripada jihad. Zaman sekarang ini, kalau diikut dari konteks negara kita, Malaysia, susah jugak kita nak tentukan seseorang itu mati syahid ataupun tidak kerana kita bukannya negara yang berperang. Tapi, untuk memudahkan definisi mati syahid ni, kita boleh tukarkan kepada mati berjuang, maka golongan askar ataupun polis boeh termasuk, tapi bukannya satu-satunya golongan yang boleh dikira mati berjuang. Ambil contoh, jika ada seorang pelajar yang belajar di luar negara, dan sudah beristeri sebelum ke luar negara. Ditakdirkan sampai ajalnya dalam proses belajar tersebut di negara orang dan meningglkan balunya, seorang ibu tunggal, say, dengan 3 orang anak. Maka, dalam kes ini, bolehlah kita anggap ibu tunggal tadi sebagai seorang balu orang yang berjihad/berjuang...

Tujuan untuk menolong dan menghindarkan fitnah.

Syarat asas bagi menikahi seorang balu daripada kalangan pejuang yang mati syahid ialah dengan bertujuan menolong mereka, terutamanya anak-anak kecil yang masih dhagakan kasih sayang seorang bapa. Harus diingat, jika perkara-perkara ini, iaitu menolong/membantu si ibu tunggal dan ahli keluarganya [anak-anaknya] dapat dilakukan dengan tanpa berkahwin dengannya dan tidak pula timbul fitnah, poligami adalah tidak diharuskan. Sebaliknya, jika hanya dengan berkahwin barulah seseorang lelaki itu bebas daripada fitnah untuk membantu keluarga si ibu tunggal itu tadi, maka bolehlah dia menjalankan poligami. Bahkan, poligami sebenarnya ialah the last resort, bukannya the first option!! Even Nabi dulu, apabila datangnya tawaran berkahwin ataupun pinangan [normal kalau pada zaman nabi S.A.W, orang perempuan meminang lelaki, sebagaimana dilakukan oleh Saidatina Khadijah], Nabi akan memanggil para sahabat i.e jemaah muslimin sekalian dan bertanya jika ada sesiapa yang masih bujang dan memerlukan isteri...

For God sake baginda tak makan sorang!!

Now,

"bagaimana pula jika ingin membantu gadis-gadis untuk mendapat jodoh? Maklum lah, perempuan lebih ramai daripada lelaki sekarang..."

Itu, kita kena buktikan dulu lah adakah perempuan betul-betul lebih ramai daripada lelaki... I think banci 2010 would help....

dan, even betulpun perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki, adakah lelaki-lelaki ini betul-betul mampu 'menolong' mereka?? For whatever did you believe in sake, cerminlah diri sendiri dulu!!

Dalam syarat berpoligami dengan mengahwini balu ataupun ibu tunggal ni, ada satu pengecualian, iaitu perkahwinan bagi tujuan politikal. Politikal disini bermaksud bagi tujuan hubungan baik dua puak/bangsa/negara, maka perkahwinan dua putera-puteri atau puteri dengan raja sesuatu tempat itu adalah perkara biasa yang boleh diterima. Namun, ini hanya terhad kepada pemimpin yang benar-benar perlu berbuat demikian, yakni mereka perlu berkahwin dengan puteri kaum lain bagi memastikan hubungan lancar dua kaum dapat dijalin dan membantu progress keamanan dan mungkin juga sosio-ekonomi kedua-dua kaum. Dalam Islam pula, kesenangan untuk menjalankan dakwah atas ubungan baik ini merupakan sesuatu yang benar-benar ingin diperoleh, lebih daripada segala kepentingan duniawi semata-mata...

****
Namun, cakap itu mudah, siapa pula yang boleh mengamalkannya? Maka pada part two nanti, insya-Allah kita cuba tengok bagaimana perkara-perkara yang dibincangkan di atas boleh dipraktikkan dalam masyarakat kita...


to be continued/concluded...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL