Apakah definisi kejayaan/success? Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan? Bagaimana mengukur kejayaan?
Apakah maksud kejayaan bagi anda, jiran anda, kawan-kawan anda dan ahli keluarga anda? Adakah ianya sama antara satu sama lain?
Lain orang, lain latar belakangnya, maka lain pula tanggapan/persepsi mereka terhadap success!
Ambil contoh yang mudah, Ali, seorang yang warak. Dia dibesarkan dalam keluarga yang warak. Ayahnya Imam masjid! Ibunya ustazah sekolah agama pondok. Dia sendiri pun belajar di sekolah pondok sampai SPM, dan sambung pengajiannya ke Universiti Al-Azhar. Bagi Ali, mendalami ilmu agama, berbuat baik kepada ibu-bapa dan keluarga serta membantu masyarakat sedayanya adalah definisi kejayaan...
Bagaimana pula dengan Samad? Dia lahir dalam keluarga seni. Ayahnya seorang percussionist, ibunya seorang penyanyi dan penulis lirik. Kadang-kadang dia mendapat tawaran berlakon teater dan drama swasta. Samad membesar dalam keadaan keluarganya mengajarnya muzik. Muzik sudah menjadi sebahagian daripada hidup Samad, dan Samad membesar menjadi orang-orang seni juga. Menjadi percussionist, banyak percussion dan alat muzik mampu dimainkannya. Dia boleh menulis lirik dan menyanyi untuk band yang ditubuhkan bersama-sama rakan-rakanya sejak berumur 17 lagi. Kejayaan bagi Samad adalah apabila dia berjaya menyiapkan sebuah lagu, mendendangkannya, merakamkannya, jual album dan buat tour...
Atilla pula, ibunya seorang pensyarah. Ayahnya pula seorang engineer. Ayahnya ada degree Master in engineering. Bukan calang-calang. Sejak kecil lagi Atilla didedahkan dengan pelagai buku ilmiah. Sains kebanyakannya. Sejak kecil keputusan sekolah yang cemerlang menjadi sesuatu yang mustahak baginya untuk dicapai, dan dia jarang-jarang mengecewakan. Bagi Atilla, mendapat keputusan yang cemerlang merupakan sesuatu ang 'personal'!
Menjadi seorang ilmuan ataupun professional, seperti doktor atau engineer merupakan definisi Atilla terhadap kejayaan....
Lain ceritanya dengan Suzi, anak hartawan tersohor di ibu negara. Daddy dan Mummynya ialah businessman dan businesswoman yang berjaya. Sangat berjaya. Duit bukan masalah dan Suzi membesar dalam keadaan mewah. Membeli-belah merupakan hobinya dan kredit kad ialah sahabat baiknya. Pelajaran bagi mummy dan daddynya tak berapa penting. Asalkan lulus cukup makan sudah cukup. Bagi Suzi, mendapat seorang suami yang mampu memberikannya kemewahan seperti yang dikecapinya seluruh hidupnya adalah satu kejayaan!
Jadi jelas, latar belakang berlainan, memberikan definisi success yang berlainan. Tapi, ini bukan kes yang universal. Kenapa? Dengan latar belakang yang sama juga, seseorang itu boleh mempunyai definisi kejayaan yang berlainan dalam diri mereka.
Contoh mudah, seorang pemain bola sepak professional. Bagi si A, success adalah dengna memenangi kesemua piala dan anugerah yang dipertandingkan. Menang dalam setiap perlawanan yang disertainya dan membina legasi. Bagi si B pula, menang kalah adalah soal kedua, yang penting ialah berjaya menyertai kelab impiannya yang disokong olehnya sejak dari zaman kanak-kanak lagi... Lain pula halnya dengan si C, baginya, sekadar mampu bermain, walaupun hanya satu perlawanan dalam perandingan bola sepak professional sudah cukup bagi mereka, manakala si D pula menganggap,jika dia mampu menjadikan sukan bola sepak sebagai punca pendapatan dan mengumpul harta kekayaan daripadanya, maka itu dikira sebagai success...
Jadi, secara jelasnya, success itu hasil daripada persepsi. Persepsi berbeza terhadap impian menjadikan definisi terhadap success itu berbeza-beza.
bersambung...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL