Thursday, August 5, 2010

Mari Merepek!

Hoh!

Sebenarnya banyak benda yang bermain di fikiran aku siang tadi. Banyak benda aku pikir dalam pelbagai aspek. Dari sekecil-kecil perkara seperti bagaimana untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di KL, sehingga kepada sebesar-besar perkara seperti kenapa pasukan Red Warriors masih belum berjaya memenangi piala pertama mereka selepas Revolusi Merah a.k.a Revolusi Annuar Musa...

Namun, setelah main futsal sebentar tadi, aku dah melepaskan lebih separuh kerunsingan menyebabkan aku dah lupa apa yang aku patut curahkan kat sini... Ye lah, kat mana lagi madah untuk aku berkongsi pemikiran kritis dan kreatif aku ni, ye tak? huhuhu...

Lagipun, aku dah mengantuk dah malam-malam camni. Esok ada training lagi dekat ofis cum lab aku tu... Hari ni dah la dah lewat [bukan aku lewat yer, tapi jalan jem tahap dewa Gaban hari ni!!]

Nak menulis time waktu pejabat ketika idea aku mencurah-curah dan still in mood pulak, selalunya internet connection memang tahap menyakitkan hati la... Sesiapa yang bekerja di TM tu, aku nak mintak ampun banyak-banyak, kerana selain driver yang tak reti bagi signal masa diorang membelok atau tukar lane, TM la yang paling banyak aku maki...

Nak menulis kat rumah pulak, aku dah la takde komputer sendiri lagi ni, main pinjam je laptop hausmet yang ada ni... Dah tu asyik main 'hang' jer, baru je nak layan feeling menulis, dah kena restart komputer... Tak ke naya gitu??

Apa-apa pun ada beberapa perkara yang suka aku kongsi pendapat dan pandangan aku dengan warga blogosfera ni, walaupun aku, secara tipikalnya, seriosly in doubt about ada ke tak orang yang benar-benar serius baca aku punya 'trash' ni...huhu. Mungkin aku punya blogging skill masih tak terlalu bagus, tapi aku seriusli ingin berkongsi pendapat mengenai beberapa perkara, yang bukanlah boleh dikira sebagai isu utama masyarakat kebelakangan ini, namun masih boleh dikira sebagai isu yang hangat. Tak lah pulak isu-isu ini saling berkait, bahkan mungkin tidak penting pun untuk percambahan ekonomi suku ketiga Mozambique, tapi aku tetap tegar ingin memberi pandangan sendiri...

Setakat ini dululah untuk malam ni, mata aku serius mengantuk... Penat main futsal dengan 'budak-budak', gini lah jadinya... Semoga aku berkesempatan untuk menulis mengenai perkara-perkara yang aku mention di atas dalam tempoh terdekat ni... 

Dan semoga juga tiada orang akan emo-emo jika aku gagal menulis apa yang aku dah nyatakan di atas....huhuhu


T/t: I'm no hero but don't think that I didn't care...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL