Monday, February 13, 2012

Hilang

Jumaat, 3 haribulan : aku kehilangan sedikit berat badan, membolehkan aku menyertai kategori 'Bantam' untuk comeback aku dalam bidang sparring Taekwondo.

Sabtu, 4 haribulan : Pasukan aku 'kehilangan' beberapa mata berharga dan pemain berharga dalam pertandingan, disebabkan apa yang disyaki sebagai dubious decisions by the ref. Aku juga kehilangan kasut kerja aku, dicuri di depan rumah...

Ahad, 5 haribulan - Selasa, 7 haribulan : aku kehilangan kesihatan aku, tonsil bengkak, dipercayai infection (tanpa merujuk doktor). Selain kesihatan, aku juga hilang 'waktu' cuti aku...

Rabu, 8 haribulan : aku kehilangan kereta aku, akibat kemalangan. Langgar bontot BMW, bakal kehilangan wang insurans kereta juga...

Khamis, 9 haribulan : aku 'kehilangan' kuota cuti sehari apabila alarm aku tidak berbunyi. Alasan hari tu adalah kononnya utuk selesaikan pasal insurans kereta yang kemalangan semalamnya (which, until this article was written, is still unsolved...)

Jumaat, 10 haribulan : aku 'kehilangan' makmal aku pula. Ditukar ke makmal lain disebabkan makmal asal aku perlukan seorang 'chemist', dan latar belakang pendidikan aku tidak memihak untuk aku didaftarkan sebagai 'chemist' secara terus...

Sabtu, 11 haribulan - Isnin, 12 haribulan : masih kehilangan kereta, kekuatan badan (akibat demam) dan selera makan tak menentu (serta jadual makan tak menentu juga), 'hilang' semangat, dan 'hilang' akal (sedikit)


Satu-satunya perkara yang belum hilang ialah keterunaan aku!





T/t: ...dan aku juga mula hilang kepercayaan terhadap dunia ini, sedikit, demi sedikit...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL