Kita selalu dengar yang Academy Barca sangat hebat sehinggakan pemain pasukan B mereka pun kononnya boleh memenangi La Liga dan lain-lain kejohanan jika diberikan peluang... Tapi, jika betullah akademi Barca sebegitu hebat, kenapa:
1. Dengan berita ini? Adakah untuk 'membeli balik' bekas pemain akademi mereka, bukan sahaja terpaksa mengugut Arsenal, tetapi juga terpaksa mengurangkan budget ofis kelab mereka sendiri? Kesian pejabat Barcelona, takleh nak fotostat salinan IC pemain-pemain diorang lagi sebab dakwat habis takleh beli baru...
2. Dari 2009-2012, kerugian dalam aktiviti perpindahan pemain adalah sebanyak Euro 116 000 000. Ini setelah diambil kira Barcelona mempunyai 3 pemain terbaik dunia, dan kononnya akademi terbaik dunia, tapi kenapa perlu membeli sebanyak itu bagi 'menguatkan' pasukan? Player akademi dah habis kena jual ke??
*Dari jumlah ini termasuklah pembelian Ibrahimovic (satu musim je main), Maxwell (masih memanaskan bangku simpanan), Mascherano (asyik main out-of-position), Aleh Hleb (asyik di loan keluar), dan Bojan (memanaskan bangku simpanan sehingga dijual musim ini ke AS Roma).
3. Jika betul akademi mereka adalah yang terbaik, sepatutnya jumlah keuntungan jual player adalah lebih tinggi daripada perbelanjaan beli player kerana mereka boleh jual dengan banyak. Tetapi mengikut rekod perpindahan Barca, mereka lebih suka memberi pinjam (loan) pemain mereka secara percuma (cuma gaji dibayar oleh kelab yang meminjam). Langkah ini diambil berdasarkan dua faktor utama:
a. mereka takut untuk menjual potential players atas pengalaman terhadap Gerard Pique dan Cesc Fabregas. Setelah dijual, mereka cemerlang di bawah kelab baru mereka, dan akhirnya Barca terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli balik pemain yang asalnya adalah produk mereka sendiri. Ini satu pembaziran...
b. dengan menanggung hutang sebanyak 442 juta Euro, mereka tidak mampu untuk membayar gaji pemain-pemain akademi yang diserap masuk ke pasukan utama. Memandangkan pemain-pemain akademi ini kebanyakannya tidak akan bermain pun untuk pasukan utama, membayar gaji mereka tanpa mendapat perkhidmatan mereka adalah satu kerugian. Cara terbaik ialah dengan menyebarkan 'berita' kehebatan akademi mereka dan meminjamkan pemain-pemain 'berbakat' mereka kepada kelab-kelab lain tanpa yuran perpindahan dengan syarat kelab meminjam akan membayar gaji pemain-pemain yang dipinjamkan. Dengan itu, pemain akademi akan dapat game-match experience, dan jika pemain tersebut cukup bagus utk Barca, ia akan diambil kembali tanpa Barca perlu membayar sesen pun!! Dan jika pemain tersebut cukup bagus, tapi tidak cukup bagus untuk Barca, ia akan dijual, dan kelab meminjam tersebut perlu membayar yuran perpindahan bagi pemain yang mereka sendiri gilap bakat pemain-pemain tersebut...
4. Hutang sebanyak Euro 442 juta adalah diakibatkan oleh kos pengurusan kelab, dan kebanyakan hutang tersebut adalah disebabkan aktiviti perpindahan pemain yang dilakukan oleh Barcalona. Barcalona telah memenangi hampir kesemua piala yang dipertandingkan pada peringkat kelab di Eropah mahupun dunia dalam tempoh 4 musim kebelakangan ini. Membeli pemain untuk menguatkan pasukan adalah normal bagi mana-mana kelab bolasepak, tetapi persoalan terhadap Barca ialah:
a. dengan pasukan terbaik dunia yang mereka miliki, kenapa perlu berbelanja besar untuk membeli pemain yang tidak pun digunakan?
b. kenapa tidak memberi peluang kepada pemain-pemain akademi 'hebat' mereka untuk bermain dalam first team??
-Jawapan sebenarnya adalah mudah, kerana kehebatan akademi Barcelona, La Masia, sebenarnya adalah satu DONGENG, kah kah kah!!
T/t: at least, hutang Manchester United adalah disebabkan oleh hutang orang lain yang diletakkan di bawah nama kelab, bukan sebab beli player membabi-buta!!
T/t/t: ya, Man United pun pernah beli pemain dengan harga tinggi dan didapati tidak berguna sesen pun, tapi itu bukan sebab kelab berhutang, berbeza dengan Kelab terhebat di bumi, di langit dan segala yang ada di antaranya, yang juga memiliki akademi terhebat di bumi, di langit, serta segala yang ada di antaranya... kah kah!!
T/t/t: ya, Man United pun pernah beli pemain dengan harga tinggi dan didapati tidak berguna sesen pun, tapi itu bukan sebab kelab berhutang, berbeza dengan Kelab terhebat di bumi, di langit dan segala yang ada di antaranya, yang juga memiliki akademi terhebat di bumi, di langit, serta segala yang ada di antaranya... kah kah!!
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL