Semalam, aku dan rakan-rakan serumah a.k.a hausmet pergi ke pasar malam pertama kami... selepas 3 tahun (+/-)!
Sekarang ni dah tua, geng dah banyak berpecah, tiga kali round pun dah tak larat, so, round sekali setengah je... Tu pun jumpa sorang je familiar face, yang tiap-tiap minggu jumpa masa main futsal...
Dah takde pengaruh dah...
Bagus jugak pergi pasar malam balik ni, training sebelum Pasar Ramadhan bulan depan. Puasa kitorang dah biasa, tak payah training dah... Pergi Pasar Ramadhan je kitorang kurang biasa, ya lah, kata Nabi S.A.W, syaitan suka berkumpul dekat kawasan pasar-pasar macam ni, tu yang pemuda harapan bangsa macam aku ni jarang nak duduk lama-lama kat pasar-pasar atau shopping complex... Tapi kalau tengok wayang tu, nak tak nak, 2 jam jugak baru habis tayangan...
Hey, that wasn't our fault... :p
Biasanya dulu jarang beli sikit-sikit untuk pasar malam, boleh la 2,3 juadah walaupun time student dulu, kitorang miskin...
Sekarang ni walaupun lebih kaya daripada time student dulu, kitorang (aku dan hausmet) cuma nak cari pau sahaja...
You know... 'pau'!
T/t: asal pasar malam je nasik ayam, asal pasar malam je nasik ayam... aku rasa dah patut dipanggil pasar nasik ayam dah rasanya...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL