Kerana harga barang banyak naik. Harga minyak/petrol naik, harga gula naik, hampir setiap benda naik, tapi kerajaan masih mampu membelanjakan RM 1.8 juta untuk buat page perlancongan dekat Facebook. Rakyat rasa tertipu.
Kalau harga barang tak naik dan taraf hidup rakyat tak menurun, tiada siapa peduli berapa banyak wang kerajaan nak gunakan untuk Fesbuk, namun sekarang, situasinya berlainan. Rakyat sensitif dengan kenaikan harga barang, kemerosotan taraf hidup, gaji naik, tapi harga barang pun naik, kadang-kadang gaji tak naik, harga naik. Rakyat tak sanggup berdepan realiti betapa membazirnya kerajaan walhal rakyat semakin kesempitan. Itulah punca sebenar kemarahan rakyat.
Untuk keterangan Tourism Malaysia mengenai perbelanjaan tersebut, klik sini.(Apa? takde Fesbuk? Fesbuk free lar wey!)
Tapi, hakikatnya kita perlu sedar. Malaysia bukan sebuah negara maju, ia sekadar negara membangun. Untuk itu, banyak perkara yang kini kita anggap biasa, sebenarnya adalah barangan mewah. Kereta adalah barangan mewah. Rumah adalah barangan mewah. Gula adalah barangan mewah. Tiket bola adalah barangan mewah. Kalau kita tidak mampu, kita tidak patut memilikinya. Justeru kita harus berpijak pada bumi yang nyata iaitu kita rakyat, masih lagi berada pada taraf kehidupan yang lama, bahkan mungkin semakin miskin...
Mungkin negara kita kaya dengan pelbagai sumber. Mungkin pendapatan negara kita tinggi dan gaji 'orang-orang besar' juga tinggi, tapi bagi orang kebanyakan, kita masih miskin harta. Mungkin orang di atas korup, mingkin juga tidak, kita tiada bukti. Mungkin kita ditindas dan terpaksa bayar cukai itu ini, tinggi pulak lagi, tapi hakikatnya, kerajaan ini, kita sendiri yang undi.
So, siapa yang rugi? Bakal generasi hadapan. Apa yang mampu kita lakukan? Entahlah, mugnkin berubah, tapi kita tak punya banyak pilihan. Nak mengundi pembangkang, mungkin 2 kali 5 jugak. Masalahnya kita dah tak tahu siapa yang kita harus percayakan. Nak diberikan kuasa kepada mereka yang melaungkan alternatif? Ingatlah, Nabi pernah berpesan, jika kita mahu tahu perangai sebenar seseorang itu, maka berikanlah dia kekuasaan!
Demmit! Sampai sini aku mula berasakan yang orang bunuh bayi tu sebenarnya do 'em a favor!
***
Aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang frust. Aku faham manusia itu boleh meraaskan frust. Even professional is a human too.
But then again, I have to cope with someone else frustration and ignore my own...
Demmit! Aku rasa sedikit pening, demam belum kebah lagi...
Frust sungguh tak dapat habiskan menulis pasal ni!
T/t: Beware, evils has its own way to creep into goodness!
untuk menjadikan gula sebagai barangan mewah, perlu dimewahkan juga bayaran pekerja..
ReplyDeleteentahlah. cuma terasa gap antara yg kaya dan yg biasa terlalu jauh.