Kisah ini berlaku dalam 2, 3 minggu yang lepas.
Aku terkena jangkitan yang aku tak pasti dari mana, tapi pagi tu aku bangun dengan rasa sakit tekak yang kuat, padahal pada malam sebelum itu, rasanya tak ada tanda-tanda akan sakit... Sure, the workload is pressurized, tapi rasanya tak adalah sampai boleh kena demam terkejut...
Kes ni berlaku sama hari dengan gempa di Indonesia yang terasa sehingga ke putrajaya, Facebook gempar habis, semua orang mengadu sakit kepala dan sebagainya. Aku pun membuat hipotesis yang sakit tekak aku ni pun berpunca daripada gempa bumi tu jugak...
Senang kan kalau tak ada sijil doktor perubatan ni?
Ok, makanya aku ke klinik, keesokan harinya kerana malam tu kau memang panas betul, dah demam satu badan. Pada hari terkena jangkitan tu, aku masih boleh ke ofis, tapi mesyuarat sampai setengah hari memang take its toll on my weakened body... Tapi aku tak ke klinik first thing in the morning, which I should... aku bantau tidur dulu bagi panaskan/peluhkan badan. Sebab pagi-pagi nak drive ke klinik, walaupun dekat, rasanya tak larat dengan kepala berpusing...
Tapi disebabkan aku dah tidur hampir keseluruhan pagi barulah aku bergerak ke klinik, keadaan aku dah sedikit baik, kira suhu dah jatuh sikit dan ada tenaga sikit nak ke klinik... Kepala masih sedikit weng, dan selsema lebih teruk dari biasa (dalam keadaan biasa, aku memang mudah tersumbat hidung, genetik kot? huhu), tapi tak ada batuk, dan suara memang hilang...
So, dalam dekat tengah hari sedikit, aku dapat jumpa doktor. Ketika doktor tanya sama ada aku ada batuk-batuk, aku cakap tak ada kerana memang betul-betul tak ada batuk... Then, bila aku mintak MC, dia tak mahu bagi atas alasan demam aku dah agak kebah walaupun tekak aku dah swollen habis... So much for morning extra-sleep...
So, fast forward ke hari ini, memandangkan aku masih tercari-cari alasan untuk menjustifikasikan 'MC' tak bertauliah aku hari tu, aku sedang diserang batuk-batuk paling teruk sejak demam hari tu. Masa jumpa doktor, tak pernah batuk, dah jumpa, kena pulak batuk-batuk ni... Fucking ironic!
To make things worst, aku rasa minggu yang paling busy pada aku adalah minggu yang aku demam tu. Selain harus menyediakan pembetulan dokumen untuk mesyuarat bersama konsultan bagi dokumen-dokumen ISO makmal aku, aku jugak kena re-write assignment aku untuk satu seminar minggu depan, di samping buat slide show untuk perkara yang sama! Selain itu, report untuk keputusan analisis makmal aku masih perlu disiapkan...
Sepanjang minggu itu aku bagaikan superman yang dipaksa bekerja dalam keadaan teruk tak berapa sihat. Ini menyebabkan mood (buat kerja) sedikit turun naik, and I'm forced to heal by workload!
Ironik, jatuh sakit akibat workload(?) dan sembuh kerananya...
So, sekarang, aku tengah batuk kuat tanpa ubat untuknya... Ubat demam dah habis awal-awal lagi, aku pun tak lah rasa demam sangat dah sekarang, akibat selalu terkejar-kejar kat ofis, turun naik tangga... Tapi batuk dan bersin semakin kuat, selsema dah kurang sikit la tapi... Dah la hari ni kiranya hari yang paling kurang sibuk aku untuk 3 minggu kebelakangan ni, tapi minggu depan kena pergi seminar, siapkan report suku tahun (seminar 4 hari, full!), meeting lab, siapkan dokumen untuk hantar kepada Jabatan Standard untuk dapatkan SAMM (Sijil Akreditasi Makmal Malaysia), mesyuarat lagi, dan entah apa-apa lagi...
Kalau demam boleh sembuh dengan bersukan dan berpeluh, batuk?
T/t: kerana busy, aku tak sempat habiskan antibiotik...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL