Monday, May 14, 2012

Breaking News: Sir Alex Mendedahkan Kenapa Man Utd 'Gagal' Memenangi Sebarang Piala Musim Ini.


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai faktor-faktor Man Utd TIDAK MAHU memenangi sebarang piala tahun ini. Beliau dipetik berkata, "Seperti umum sedia maklum, Sheikh Mansoor di Manchester City telah membeli sebiji rak piala yang baru dan saya dengar agak luas dan tidak berhabuk. Sistem sekuritinya juga adalah tip top!"

Beliau menambah lagi, "Pada awal musim lalu, Man Utd telah melakukan pembelian beberapa pemain bagi mengisi posisi yang ditinggalkan beberapa pemain yang telah bersara seperti Van De Sar, Gary Neville dan Paul Scholes (yang akhirnya keluar dari persaraan). Disebabkan Glazer yang bangang, selepas melakukan pembelian ini, dia tidak meluluskan permohonan saya untuk membeli kabinet piala yang baru. Katanya perlu ada 'tempoh bertenang' untuk setiap pembelian..."


"Kabinet Piala yang lama sudah terlalu penuh, dan walaupun dijaga rapi, saya risau kabinet itu tidak mampu bertahan untuk sedekad lagi piala-piala yang bakal dimenangi MU. Untuk itu, setelah melakukan perbincangan dengan Michael Owen dan Dimitar, kami bersetuju untuk menyimpan dahulu piala-piala musim ini di beberapa tempat terpilih yang mempunyai ruang lebihan serta sekuriti kabinet piala yang tinggi seperti London (Piala FA), City of Manchester (EPL) serta Munich (Champions League). Sistem sekuriti yang tinggi adalah penting kerana ia diperlukan bagi menjaga Piala-Piala ini sehingga kabinet baru yang ditempah khas siap menjelang musim depan..."

Ditanya mengenai Piala Liga Carling pula, SAF dipetik berkata, "Setelah sekian lama peminat Liverpool menggelarkan piala tersebut dengan nama piala Mickey Mouse, saya kira mereka patut menyimpannya kerana tak silap saya di sana akan diadakan satu lagi Disney Land... Mungkin Mickey Mouse mahu melihat pialanya di situ..."

SAF juga menambah, " Saya agak kasihan kepada Arsenal. Hajatnya kami mahu memberikan satu piala untuk disimpan di sana, tapi Wenger menegaskan yang beliau telah pun menjualkan kabinet pialanya kepada Barcelona bersama-sama Cesc kerana Xavi mendakwa yang ia juga mempunyai DNA Barca."

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Arsene Wenger didapati cuba membida kembali kabinet tersebut setelah menyedari yang kabinet piala tidak mempunyai DNA... - Pewters

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL