Tuesday, April 17, 2012

Falling Victim to the Debt, Still... Unpaid in My Head!

*Berkenaan isu PTPTN (Edisi: orang lain bagi pendapat, aku pun tak mahu ketinggalan jugak!)

Pada aku, hutang wajib dibayar, terutamanya hutang belajar sebab ilmu ni perkara yang penting, kena ada keberkatannya... 

Tapi aku takkan hipokrit, aku suka je kalau PTPTN dihapuskan dan hutang aku pun dihapuskan, siapa taknak duit free, ye dok?

Tapi aku rasa cukuplah kalau sekadar bunga yang dihapuskan. In fact, aku suka je kalau bunga dihapuskan terus dari sistem pembankan/transaksi kita seharian.

Tapi, at least, hapuskanlah interest pada hutang pelajaran, sebab macam aku nyatakan di atas, ilmu ni perlukan keberkatan, tapi kalau dah start-start belajar dah bergelumang dengan dosa riba', no wonder lah banyak 'cendekiawan' kita yang korup...

Sebab aku pegang kata-kata sepupu aku dalam 2 tahun lepas, katanya, "Dalam Quran sendiri ada menyatakan, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan perangilah riba'" (Aku tak quote directly because I'm suck at it, tapi lebih kurang begitulah kebanyakan ayat-ayat yang berkaitan diafsirkan...)

Dalam ayat tersebut, sepupu aku tu menyedarkan aku (dan abang aku ketika itu) bahawa, Allah SWT tidak menyuruh kita 'menjauhi' riba', ataupun simply just 'meninggalkan' riba', tetapi Allah SWT menyuruh kita 'MEMERANGI' riba'... 

Ramai orang nak jihad dan perangi golongan murtad, tapi amat sedikit yang sanggup memerangi riba'

Dengan kata lain, kita tidak sepatutnya hanya berpuas hati dengan hanya setakat meninggalkan amalan tersebut, bahkan kita sepatutnya menghapuskannya terus dari amalan ekonomi kita. Dan lebih-lebih lagi apabila ia sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran kita, ilmu pengetahuan kita. Pentingnya keberkatan di situ!

Mungkin akan ada yang mengatakan, "cakap senang lah! (talk is cheap? indeed!! : p)". Tapi mereka harus sedar, it's nothing personal, it's just religion... 

Kalau kau tak percaya, teruskan lah amalkan apa-apa yang telah nenek moyang kamu amalkan dan tengok sejauh mana ia membawa/memacu ekonomi dan kehidupan kamu. Tapi bagi aku, satu-satunya cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi yang agak lembab sekarang ni adalah dengan berbalik kepada sistem ekonomi yang dianjurkan Islam menerusi kitab Al-Quran dan As-Sunnah...

Of course, less talk, more action, helps too!!




T/t: one and only day has come... I paid for all the bad things I've done!

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL