"Saya dengar Baskin Robin akan memberikan aiskrim percuma jika saya menang. Sudahlah rakyat Malaysia terkenal dgn penyakit obesiti, diabetis-siti, dan Mencester-sitinya, masih ada hati lagi nak makan aiskrim banyak-banyak? Free pula tu!" ujar Lee apabila ditanya.
"Sehubungan dengan itu, haruslah saya selaku atlet dan warganegara yang bertanggung jawab 'menyelamatkan' mereka semua ini dari kancah obesiti dan diabetis. Bak kata Uncle Ben Spiderman, with great power, come
"Aku penat-penat main, korang yang dapat aiskrim free, mana aci!" katanya lsgi.
Ditanya mengenai perancangannya selepas menggantung raket, anak kelahiran Pulau Pinang ini menyatakan hasratnya bagi meneruskan hidup di Kota London.
"Di kesempatan Olimpik London ini juga, sebenarnya saya sudah plan untuk terus tinggal di sini sahaja. Rumah sudah beli, dan kebetulan boleh datang sini naik kapal terbang free dengan duit pembayar cukai, maka senanglah saya (Ingat korang je suka benda free??)."
"Di England, privasi saya akan lebih terjamin kerana saya tidaklah sebegitu popular di sini. Tiada mana-mana Wanita Pertama yang akan memeluk mahupun mengganggu saya di sini." ujar penyandang juara All-England tersebut.
"Saya bercadang membuka akademi badminton di England. Seperti yang kita sedia tahu, England adalah pengasas sukan Badminton, tapi mainnya, Ya Allah, bengap nak mamp**! Cuba bayangkan kalau mereka dapat berlatih di bawah bimbingan 'former World No. 1', sudah tentu ia akan memberikan publisiti dan promosi yang baik. Peluang bisnes mcam ni, bodohlah kalau saya tidak 'smash'!" ujar beliau dalam nada berseloroh.
"Balik Malaysia pun, kena ikut telunjuk BAM, buat apa?" ujarnya lagi, serius. - Pewters
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL