"Biggest Premier League Upset!" - match commentator.
Sebenarnya tiada apa yang peliknya kekalahan Man Utd malam tadi. Sudah tentu bila ditanya pada Sir Alex Ferguson, beliau tidak akan mengakuinya, tapi hakikat sebenar hanya peminat-peminat yang melihat lebih daripada sekadar perlawanan bola sepak sahaja yang memahami kenapa Man Utd 'kalah' malam tadi...
So, apakah faktor-faktornya? Cekidaut!
1. Wigan Atheltic selaku jiran setempat.
Wigan Athletic adalah pasukan paling muda dalam Premier League, ditubuhkan pada 1932, dan merupakan kelab bola sepak ke-5 yang ditubuhkan di Wigan, sebuah bandar yang lebih terkenal dengan pasukan rugby-nya, selepas 4 kelab sebelum ini menemui nasib yang sama dengan nasib yang bakal diterima Johor FC kelak. Jadi, survivaliti Wigan dalam Premier League dilihat penting dalam memastikan bola sepak tidak mati di bandar tersebut. Tidak seperti 'sesetengah' pihak dalam FAM, SAF amat menitikberatkan pembangunan bola sepak setempat di Manchester, sebab itulah beliau dianugerahkan pangkat 'Sir' oleh Queen Elizabeth...
Betapa mulianya SAF, yang bukan sahaja sentiasa mengambil berat dengan nasib-nasib manager yang sering dijadikan biri-biri kibas oleh pemilik kelab yang 'knows-more-than-they-do', bahkan mengambil berat juga dengan kebajikan kelab-kelab setempat. Patutlah beliau dipuja seluruh Mancunia dan dunia, serta semua manager di EPL dan para setan-setan sekalian...
2. Memberi harapan dan motivasi kepada satu lagi jiran setempat, Mancester City.
Bak kata pepatah, "Takkan putus air dicincang"... Entahlah, mungkin kelak akan ada pihak mengatakan yang pepatah sebenarnya ialah, "Takkan putus air dicencang", sebab tak mungkin air dapat dicincang, dan semua perbezaan 'cincang' dan 'cencang' ini terjadi akibat salah tafsiran ejaan jawi dan rumi. Namun itu cerita lain...
Walaupun sentiasa menggelarkan Manchester City selaku 'jiran yang bising', namun hati mulia Manchester United tidak terkira bandingnya. Kalau kita pun, kalau jiran sentiasa bising-bising memaku dinding pada malam-malam buta sekali pun, sampai Hari Raya Aidilfitri, kita tetap menghidupkan budaya kunjung-mengunjung, memohon maaf, dan menghabiskan ketupat-ketupat rumah jiran kita, kan? Ini dibuktikan dan disemarakkan lagi dalam filem P. Ramlee, 'Masam-Masam, Manis", bila mana dua orang jiran yang selalu bergaduh malam-malam boleh sampai ke tahap berkahwin. Betapa tingginya nilai hidup berjiran ni...
Inilah yang cuba dicapai SAF dan Man Utd. Kekalahan kepada Wigan mampu menolong 2 jiran secara serentak. Disamping merancakkan EPL, apa salahnya menolong pihak PR sekali-sekala, ye dok?
Lagipun, dengan masih berbeza 5 mata, Man Utd can afford to lose lah beb... hehe
3. Man Utd terhutang budi terhadap Wigan.
Selain daripada memberikan Steve Bruce peluang pekerjaan di Wigan dahulu, Wigan juga menjual Antonio Valencia dan mengambil Tom Cleverley secara pinjaman musim lepas. Perkara-perkara sebegini tidak pernah dilupakan SAF dan Manchester United. Tidak seperti Sepp Blater yang mendakwa setiap pemain yang tidak bermain di Real Madrid dan Barcelona adalah hamba abdi pasukan lain, Man Utd sentiasa sedar dan sentiasa bekerjasama dengan kelab-kelab lain dalam pembangunan pemain khasnya dan bola sepak amnya.
Dengan memasukkan Antonio Valencia dan Tom Cleverley pada separuh masa kedua, sambil merehatkan Ginger Prince, Genius Paul Scholes, ternyata SAF cuba melemahkan United dari dalam. Kedua-dua pemain tersebut pastinya berasa terhutang budi yang tinggi pada Wigan dan tidak sanggup bermain pada 150% keupayaan sebenar mereka (tahap permainan biasa bagi pemain-pemain Man Utd), sebaliknya mungkin hanya menggunakan 25% sahaja keupayaan sebenar. Dan ketiadaan Scholes membolehkan setiap pemain bermain dengan lebih rileks kerana rekod tanpa kalah sejak Paul Scholes keluar dari persaraan masih kekal dan sekali gus menafikan kenyataan Patrick Viera mengenai 'keterdesakan' mengambil Scholes kembali...
4. Memastikan Motivasi Pemain Kekal Tinggi sebelum bertemu Man City.
Adalah penting bagi Man Utd untuk memastikan pemain-pemain baru dan muda mereka faham mengenai betapa berharganya kejuaraan Liga dan piala-piala yang ditandingi oleh Man Utd. Ada sebabnya kenapa Man Utd terkeluar awal daripada saingan Carling Cup dan Champions League, disamping tersingkir awal pada Europa League dan FA Cup. Of course, given choices, aku harap Man Utd menang balik FA cup sebab dah lama sangat dah tak menang, tapi SAF ada idea lain...
Umum mengetahui bahawa pasukan Man Utd kali ini agak muda dan mentah. Kalau dah Wayne Rooney boleh dianggap sebagai salah seorang pemain senior, maka team tersebut pastinya sangat muda. Chicharito dan Chris Smalling kedua-duanya telah memenangi EPL dan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada musim pertama mereka di Man Utd. Pencapaian ini amat bagus, namun, bagi memastikan pemain-pemain muda ini kekal bersemangat dan 'dahagakan' kejuaraan, mereka harus belajar mengenai erti kekalahan... SAF belajar erti kekalahan selama 5 tahun pertamanya di United. Begitu juga banyak pemain-pemain yang lain. Ryan Giggs belajar melalui kegagalan memengani Divisyen Satu pada 1991/92.
Jadi, generasi pemain-pemain baru seperti Phil Jones, Tom Cleverley, Welbeck (first full season dengan skuad senior), De Gea, Da Silva's brothers, dan Ashley Young, mereka ini perlu didedahkan dengan kepahitan kekalahan sebelum diasuh dengan semangat United, iaitu sentiasa dahagakan kemenangan, relentless, never-say-die attitude dan sebagainya... Kekalahan adalah guru yang paling baik. Jika ikut logiknya, SAF boleh sahaja menurunkan Berbatov dan Park Ji Sung (big game player) contohnya untuk menang mudah dalam kelayakan Kumpulan Champions League, ataupun Europa League, ataupun untuk perlawanan semalam, tapi atas sebab ini lah SAF sentiasa mahu menurunkan pemain-pemain baru...
Kaedah yang sama juga digunakan oleh Cikgu Muten semasa melatih Kurin dan Son Goku!
Sebagai kesimpulannya, menang atau kalah, kontroversi pengadil atau tidak, kesemua ini adalah genius evil plan daripada Sir Alex Ferguson. Akhir kata, aku akhiri artikel ini dengan satu ayat yang amat cliche, "Be scared, be really, really scared!!" :p
T/t: anda rasa kesemua sebab ini adalah rekaan semata-mata? Ikut suka hati andalah kalau tidak mahu percaya, yang penting, Man Utd masih tetap menang jugak, bwarharharhar-HA!!