Akan berkursus selama 11 hari bermula Ahad ini, dengan kata lain akan tertinggal sekurang-kurangnya empat pelawanan Manchester United LIVE di Estro. Antaranya adalah pertemuan Super Sunday Ahad ini, iaitu pertemuan dengan naib juara Liga tahun lalu, Rejuvenate Chelsea - masih lagi pencabar terkuat untuk United dalam EPL musim ini. Dan juga perlawanan antara musuh tradisi Leeds United dalam saingan Piala Liga, perlawanan EPL menentang Stoke City dan perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan menentang FC Basel...
Barisan United akan kehilangan pemain muda yang semakin meningkat naik iaitu Tom Cleverley. Gandingan Cleverley dan Anderson minggu ini telah menyaksikan tempo permainan Man United yang paling laju semenjak zaman C.Ron-Rooney-Tevez berakhir. Walaupun corak permainan yang lebih konservatif dengan 5 pemain tengah (biasanya dengan formasi Nani-Scholes-Fletcher-Carrick-Valencia) terbukti cukup untuk memenangi kejuaraan Liga tahun lalu, namun aku rasa Sir Alex Ferguson akan lebih cenderung untuk meneruskan corak pantas gandingan Young-Cleverley-Anderson-Nani yang telah menghancurkan Manchester City (2nd half community shield), Spurs, Arsenal dan Bolton.
Namun, memandangkan Cleverley masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan tackle ganas dari Kapten Bolton, ruang tengah bakal diisi oleh salah satu pemain senior yang ada. Persoalannya, siapa yang mampu menggantikan tempat beliau disamping mengekalkan persefahaman yang tinggi dengan Anderson dan meneruskan corak tempo serangan laju dan bertali arus yang hampir menjadi cetak biru pasukan Manchester United dalamsaingan Liga musim ini?
Kemasukan Carrick dalam perlawanan menentang Bolton menggantikan Cleverley nyata tidak mengekalkan kualiti Cleverley dalam perlawanan tersebut. Mungkin fungsi dan kebiasaan kedua-dua pemain adalah berlainan, menyebabkan Carrick bukanlah pengganti yang dikatakan like to like untuk Cleverley. jika United ingin bermain dengan tempo yang lebih perlahan Ahad ini berbanding perlawanan-perlawanan yang lalu, midfield Carrick-Fletcher akan diturunkan. Kedua-dua pemain ini boleh dikategorikan ebagai pemain senior buat United dan cukup berpengalaman menentang Chelsea, namun kelemahan yang mungkin timbul adalah corak permainan yang lebih negatif daripada kedua-dua pemain ini, dan Fletcher yang baru pulih daripada serangan virus misterinya, pastinya kurang bersedia menghadapi perlawanan denga magnitud sebesar ini secepat ini.
Jadi berikut adalah pilihan pemain (formasi 4-4-2) yang mungkin diturunkan SAF dalam perlawanan hujung minggu nanti (dalam kurungan = subs):
Rooney - Chicharito (Berbatov)
A. Young (Park Ji Sung/Gigss) -Giggs/PJS - Anderson - Nani (Valencia)
Evra - Evans/Jones - Ferdinand - Smalling
De Gea
Jika formasi 4-5-1 digunakan:
-Chicharito (Berbatov)
A Young -Fletcher - Rooney - Carrick Valencia
Evra Evans/Jones Ferdinand Smalling/Fabio
De Gea
Chelsea di bawah AVB sudah menunjukkan akan bermain formasi menyerang yang lebih agresif, dengan kemasukan Meirelles dan Juan Mata yang dilihat mampu membantu Fernando Torres menemui sentuhan golnya kembali musim ini (to no avail, at least until now. Hope it will continue this Sunday... : p) serta penyertaan semula Daniel Sturridge, pemain dari akademi Manchester City, yang mula menonjolkan kebolehan bersama-sama skuad Chelsea. Kalou patut dijual, ataupun Torres tak patut dibeli. Disamping itu, Anelka atau Drogba harus bergilir-gilir bermain selaku pemain sokongan terhadap Sturridge, kerana beliau ialah pemain terbaik Chelsea. At least aku rasa itulah yang akan dilakukan SAF jika dia yang mengemudi pemain-pemain ini. SAF juga tidak akan membiarkan Lampard mensia-siakan bakat dan baki kariernya dengan menjadi penumpang dalam skuad Chelsea, dan semakin gagal mengawal berat badannya (spekulatif).
Skuad Chelsea pada tahun ini akan lebih impresif dan menakutkan berbanding Manchester City jika kedua-dua bahagian sayapnya dimanfaatkan dengan kelajuan dan kelincahan Mata dan Malouda. Bahagian serangan dikendalikan oleh Sturridge dan Drogba/Anelka/Torres (dengan syarat beliau menemui sentuhan berbisanya). Dan bahagian enjin tengahnya dijana oleh tenaga dari Meireles dan Essien atau Ramires. Mereka juga mempunyai antara full back yang digeruni di England apabila naik membantu bahagian serangan iaitu Bosingwa dan A. Cole, selain bahagian pertahanan tengah yang kaya, iaitu antara gandingan Terry-Alex-Ivanovic dan D. Luiz.
Cuma masalah bagi Chelsea adalah bagaimana untuk membolehkan Malouda dan Anelka kekal konsisten, mengelakkan kecederan berpanjangan terhadap Essien, mengembalikan sentuhan gol Torres dan prestasi dan keyakinan Lampard, dan memastikan full back mereka mampu cepat kembali bertahan selepas melakukan siri serangan.
Dsamping semua itu, mereka juga perlu mengelakkan pemilik kelab mereka daripada menukar status mode "Coach" kepada "Manual Play" pada Mode Manager dalam game FIFA terhadap Chelsea, kerana, given time, AVB can transform Chelsea into a force to be reckon in Europe while playing an attractive football he so much craved for!
Ayat di atas datang dari seorang peminat The Red Devils, sudah tentu mempunyai sesuatu nilai kepada Chelsea dan peminat-peminatnya, namun, apa yang menarik perhatian aku adalah seberapa lama kesabaran Abramovic akan bertahan sebelum beliau melakukan what he does best; change the manager like a girl change her dress!
T/t: champ20n!!