Showing posts with label galactijokes. Show all posts
Showing posts with label galactijokes. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Saturday, September 4, 2010

Jose Mourinho dan Spekulasi mengenai Kelab Terhebat Dunia Masa Kini, Manchester United...

Update: Artikel ni terpilih untuk 'entri rabu' Blog Sokernet, Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia(lah sangat!!) walaupun terdapat banyak typos dan link yang tak keluar langsung, huhuhu...
 
Mungkin entri ni berjaya diterima masuk kerana tiada entri lain yang dihantar pada minggu lepas, who's know? Fdausmad knows!! : P
 
p/s: sekarang aku dah seri dengan jarr, keh keh keh :DD
 
 
Christiano Ronaldo is no diver - Jose 'the special one' Mourinho...
 



Jadi, Mourinho sekarang ibarat menelan ludah sendiri. Setelah melabelkan bekas pemain sendiri, seperti the 88 goals Drog sebagai diver, kali ini Mourinho mengambil pendekatan untuk memuji Sir Alex 'beli ref' Ferguson kerana mengubah diri Christiano menjadi seorang pemain yang jujur, yang cuba untuk mengejar bola walaupun sudah di'foul'kan oleh pemain lawan. 

"I hate diving, but I'm not happy if a player is kicked by somebody in the box and he tries to remain standing. It's very very rare a referee gives a decision if the player doesn't go down so I tell my players not to be naive, but to be fair" quote dari the special one dahulu...

Kata Jose lagi, Ronaldo mempunyai ciri-ciri pemain  bolasepak British yang biasa dilatih oleh Fergie, kira ala-ala attitude 'never say die' United la, kiranya...

Terdapat beberapa spekulasi yang boleh dibuat di sini. Pertamanya, tipikal Mourinho untuk mem'bekap' player sendiri, sebagaimana yang dilakukan terhadap si Drog, yakni, hanya selepas beliau tidak lagi melatih Chelsea, barulah dia mengakui yang the Drog ialah seorang diver dan primadonna berjaya...

image: terima kasih Lucius...

Mungkin apa yang dikatakan olehnya terhadap C. Ron merupakan contoh klasik bagi situasi yang sama. Now, kalaulah ada manager 'lain' yang bekap player dia walaupun kritik kata dia main macam haram atau kata dia seorang yang diver, pasti manager 'tersebut' akan dikatakan tua nyanyuk, tak sedar diri dan suka beli ref...

Namun Mourinho disayangi ramai, dan pastinya 'sabda-sabda' beliau diterima ramai pengikut beliau diseantero dunia!

Spekulasi kedua yang boleh dibuat ialah ini merupakan satu cara man-management daripada manager terhebat dunia yang boleh kalahkan Barcelona, selain Rubin Kazan, iaitu cara beliau untuk keep the star players happy... 

Dikhabarkan dalam berita-berita muka belakang kebanyakan suratkhabar sebelum ini, antara cabaran terbesar yang akan dihadapi oleh Mourinho ialah bagaimana untuk mengekalkan semangat berpasukan dan ego pemain-pemain bintangnya di Real Madrid. Ini kerana the special one juga terkenal dengan egonya sendiri, dan lebih merupakan seorang yang sangat autonomi dalam pengurusannya, tidak seperti manager-manager Real Madrid yang lain... Jadi, dengan memuji C.Ron sebagai seorang yang hardworking, bukan kaki dive, merupakan salah satu kaedah yang dilihat mampu mengeratkan hubungan pemain-pengurus tersebut.

Lagipun, awal musim baru-baru ini, Mourinho sudah tegaskan yang Kaka' bukan untuk dijual walaupun beliau membawa masuk prodigy baru bolasepak Jerman, Mesut Ozil ke Real. Expect someday Mourinho akan kata C.Ron lebih baik daripada Messi or C.Ron merupakan player yang paling bahaya/hebat yang pernah dia lawan berbanding Messi or something like that... 

Jika ini adalah benar, maka tIc kata: Real Madrid Superstars (C.Ron) 2 - 0 Jose 'the special one' Mourinho... 

Spekulasi ketiga adalah berkaitan dengan khabar angin yang mengatakan bahawa Mourinho akan menggantikan SAF di Man Utd. Seperti yang kita ketahui, setiap kelab yang diterajui Jose 'the special one' Mourinho akan ditinggalkan beliau selepas beliau memenangi Champions League kecuali, heh heh heh... Dan keinginan beliau melatih sebuah kelab Inggeris disamping mengekalkan ciri-ciri tradisi kelab tersebut, English style, telah lama dicirculate dalam paper-paper sukan di Eropah dan seluruh dunia.

Jadi, kemungkinan besar tindakan menjaga hati C.Ron sambil memuji SAF adalah tindakan sambil menyelam minum air bagi Jose 'the special one' Mourinho untuk mengukuhkan kedudukan beliau dalam senarai pilihan untuk menggantikan SAF di Mencester...

Kemngkinan besar juga, beliau ingin membawa bersama-sama beliau ke Mencester kelak, C.Ron kembali, dan juga Mesut Ozil!


Be Scared, be really really scared!! 

January Transfer Rumours

Manchester United dijangka akan menambahbaikkan skuad mereka Januari ini dengan membeli seorang pemain berkelas dunia, sekali gus menangkis tuduhan yang kelab tersebut berada dalam masalah hutang yang teruk!

Pemain ini pernah menyertai trial di Manchester United beberapa musim lepas, dan pernah juga melakukan trial di beberapa kelab bertaraf dunia yang lain seperti Bayern Munich...

Laporan penuh.

gambar dari Yahoo!Sport

Walaupun pemain ini sememangnya terkenal dengan kelajuannya yang tak hingat dunia tu, (asek ingat akhirat je...) dan dia sendiri mengakui ingin bermain di bek kiri, sesuai dengan cita-citanya untuk menggantikan Ryan Giggs di Mencester, namun posisi itu tampak sudah kukuh di Man Utd, yang sekarang di isi oleh Patrice Evra dan Fabio pun boleh tahan jugak... Lagipun, O'shea pun ok kalau main situ kadang-kadang...

So, aku rasa dia bakal diletakkan di posisi penyerang bersama seorang lagi (bakal) penyerang berbisa Man Utd dan England... Danny Welbeck!

Bayangkan kalau salah sorang dari mereka assisst seorang lagi, camne goal celebration diorang agak-agak nya??

Dan yang pastinya, Paul Scholes boleh melakukan 50 yards pass 4 saat sebelum Bolt mula berlari...

Sumber - Peuters

Wednesday, July 14, 2010

Release The Kraken!!

"ku hanya sotong biasa, mencari makan di akuarium terbuka..."

Paul d Oracle Octopus dikatakan akan bersara, sekali gus menamatkan spekulasi yang Jose Mourinho ingin membawanya ke Real Madrid. Paul, berkaki 8, dipercayai semuanya bangku, ingin dimiliki oleh pengurus baru Real Madrid itu bagi meramalkan keputusan el-classico pada musim depan... Sekarang Jose terpaksa melupakan hasratnya itu...

"kalau ada Paul ramal result el-classico kan senang, takyah pecah2 kepala pikir strategi... game lain dah memang tak penting pun kat La Liga ni..."


Sementara itu, Spain dijangka akan membida sotong tersebut, dengan yuran perpindahan sebanyak €38k. Katanya untuk menggantikan Xavi Hernandes, jika beliau bersara kelak... "Paul dengan 8 kaki pastinya mampu menggelecek dan passing lebih baik dan lebih cantik daripada Xavi...", kata Spanish FA spokesman tanpa menyedari yang si Paul ni kaki bangku...

Namun, bidaan tersebut pastinya mendapat saingan tinggi daripada parti politik tersohor di Malaysia iaitu Bee Enn, yang juga ingin mendapatkan sotong tersebut untuk meramalkan keputusan PRU akan datang...

Ketepatan ramalan Paul dikatakan menarik minat pemimpin tertinggi parti komponen tersebut...

Namun, penulis memang percayakan si Paul peramal keputusan bola sepak ni...

Penulis percaya yang Paul memang sedap jika dibuat Takoyaki!!

yummy...

Sementara itu, para pengkaji konspirasi mula mengaitkan Piala Dunia, Paul d Sutun dan kejayaan Spain merangkul kejuaraan Piala Dunia pertama mereka dengan konspirasi-konspirasi besar di seluruh dunia...

"Paul meramalkan Spain muncul juara, dan sekarang Spain melengkapkan senarai 8 pemenang World Cup... sotong 8 kaki, 8 pemenang Werl Kap, memang bukan kebetulan..." ujar seorang peminat kajian konspirasi.

8 juga adalah no. jersi Xavi Hernandes, pemain terbaik Sepanyol, dan blog Mr Deus yang dikecam teruk pengkaji konspirasi baru-baru ini juga berkaitan dengan no 8 [erk888]

tIc amat positif, kesemua ini dikaitkan berikutan tersiarnya gambar ini di internet baru-baru ini...

sumber: Sokernet

Maunya Belanda tak mengamuk!!

T/t: Aku masih percaya yang Hatsu masih merupakan sotong yang paling popular pasal reti masak takoyaki...

Thursday, April 29, 2010

Get Real, Madrid!!

 Los Merengues

Selepas tamat 90++ minit di Nou Camp pagi tadi, maka sah lah pertemuan final Liga Juara-Juara Eropah 2009/2010 di Santiago Bernabeu nanti adalah di antara Bayern Munchen (seri dengan Man Utd) dengan Inter Milan (kalahkan Chelsea)!

Kempunanlah Barcelona untuk ke final UCL secara dua musim berturut-turut, sekali gus menyamai rekod Manchester United musim lepas. Ini juga menyebabkan mereka kempunan untuk beraksi di gelanggang arch rival mereka dalam final kejohanan kelab paling berprestij di Eropah ini!! Dan apatahlagi untuk mengangkat, mencium dan mengarak piala keramat yang dimenangi Real Madrid sebanyak 9 kali itu di gelanggang mereka  sendiri... (bayangkan Liverpool menjulang trofi EPL pertama mereka dan 19 keseluruhan trofi Liga mereka di Old Trafford...)

Impian Lionel Messi, Pep Guadiorla dan keseluruhan Catalonia musnah berkecai...

Namun adakah itu bermakna Madridista boleh berasa lega kerana arch rival mereka telah tumbang awal?

Jawapanya sudah pasti TIDAK!

Kenapa?

Kerana faktor-fakta berikut:

1. Projek Galacti-Jokes episode 2 - seperti sedia maklum, Real Madrid telah membelanjakan 265 million Euros untuk membeli piala... eh, maafkan saya, untuk membeli bintang Manchester United (C. Ronaldo), bintang AC Milan (Kaka') dan bintang Lyion (Karim Benzema) serta beberapa pemain lain dari 'kelab kurang ternama'... Namun, Real Madrid masih gagal untuk melepasi pusingan 16 terbaik UCL, satu rekod yang sudah dipegang (dengan bangganya) beberapa musim lamanya...


the galacti-Jokes

Yang lebih menyedihkan ialah, mereka telah kalah di San Siro di tangan AC Milan dalam perlawanan peringkat kumpulan, dan disingkirkan oleh Lyion dalam pusingan 16 terbaik. To make thing worst for Christiano, Manchester United had gone even further, beating AC Milan at San Siro, humiliated them at OT, tersingkir hanya dengan peraturan gol di tempat lawan setelah bermain dengan sepuluh orang, dan Wayne Rooney injured... Dengan kata lain, bukan sahaja Real Madrid melakukan pencaturan yang salah dengan membeli 'bintang-bintang' ini, tetapi mereka (bintang-bintang tersebut) juga membuat pencaturan yang salah dengan berpindah ke kelab yang lebih lemah daripada kelab lama mereka...

Bahkan, mereka juga mungkin tidak akan memenangi sebarang piala pun musim ini...

LOL!!

2. Arjen Robben dan Wesley Sneijder - Logiknya apabila sesuatu pasukan itu melakukan rombakan besar-besaran seperti Real Madrid, sudah tentulah sesetengah pemain terpaksa disingkirkan dengan alasan 'tidak cukup bagus' atau 'surplus to requirement'... Antara mangsa-mangsa Galacti-Jokes ialah Arjen Robben, Wesley Sneijder, Ruud Van Nisterooy, Klass Jan Huntelaar dan Fabio Cannavaro (ever wonder why majority of them are Dutch?). Arjen Robben telah berpindah ke kelab gergasi Jerman, Bayern Munich manakala Wesley Sneijder ke kelab juara Itali, Inter Milan...

Kedua-duanya akan kembali ke Santiago Bernabeu pada Mei ini untuk berentap merebut piala kelab paling berprestij di Eropah ini (ayat ulang, but I can't help it! :p). Kedua-duanya tidak dapat dinafikan lagi merupakan pemain yang instrumental dalam merangka kejayaan pasukan masing-masing untuk layak ke final kali ini. Dengan gol dan kelincahan mereka, telah berjaya merobek dua pasukan terhebat dunia masa kini, iaitu Manchester United dan Barcelona, masing-masing... tidak lupa juga kehebatan mereka menentang kelab kecil yang lain seperti Macabi Haifa dan Chelsea...


yeay!! Balik ke Madrid!! Kali ni nak bawak balik piala!! ;p

Dan Madrid's faithful akan sekali lagi berpeluang melihat kelincahan kedua-dua pemain ini at their own backyard, and wonder what had their team miss, and how they would wish for both of them still running in their white shirt rather than in red (Robben) and blue(Sneijder)...

To make thing worst, Nisterooy might also featured in Europa League Final, if Hamburg could get pass Fulham next week. The only consolation is that Fabio Cannavaro didn't do any better than themselves...

another LOL!!

Jadi, ya... dengan Final UEFA Champions League yang bakal berlangsung di Santiago Bernabeu, stadium kera-mat-ya Real Madrid, antara Bayern dan Inter, antara Van Gaal dan Mourin-who, antara Robben dan Sneider, siapapun pemenangnya nanti, hanya ada satu the biggest loser... REAL (loser) MADRID!!

Extra:
  • Ini bakal merupakan final ke-2 buat jurulatih Inter, Jose Mourinho, selepas final UCLnya yang pertama adalah bersama dengan Juara Portugal, Porto
  • Dan juga Final kedua berturut-turut bagi Samuel Eto'o (seorang lagi  pemain yang boleh lol-kan pasukan lamanya, huhu) tetapi dengan kelab yang berlainan! (tahun lepas Gerard Pique memenangi final UCL dengan dua kelab berlainan dalam dua musim berturut-turut, walaupun dia hanya berada di bangku simpanan dalam skuad United 2007)
  • Dan juga final pertama Inter setelah format pertandingan diperbaharui...
  • Bayern Munich pula semestinya ingin menghapuskan igauan Sepanyol yang dialami mereka lebih kurang 10 tahun lalu, di Nou Camp ketika itu, apabila tewas dengan 2 gol lewat kepada United, dan sekali gus terlepas kejuaraan kelab paling berprestij di Eropah ini.
  • Namun ini bukannya final pertama mereka selepas 1999, bahkan mereka telah memenanginya pada tahun 2001 di San Siro...
  • Sejak format baru diperkenalkan pada tahun 1997, hanya tiga (3) pasukan sahaja yang layak ke final UCL dua tahun berturut-turut iaitu Juventus (3 kali berturut-turut, kerana mereka juga finalis 1996), Valencia dan Manchester United, dan hanya Manchester United sahaja bekas Juara yang berjaya layak ke final pada musim berikutnya (Juve dan Valencia adalah runners-up bagi kedua-dua penampilan final berturut-turut mereka sejak 1997) *untuk rekod, Juve adalah pemenang terakhir untuk format lama pada tahun 1996*